aktiviti semasa

Susah nak cari manusia pandai bercakap dan mencari keb aikan manujsia yang lain ini.

Melainkan seseorang yang mempunyai prasangka baik terhadap semua orang. Insha-Allah dia akan memiliki kemampuan untuk bersangka baik dengan orang lain.

Walaupun mungkin tidak mampu untuk mencari kebaikan dan berkata akan perkara yang baik,

Setiap orang masih tetap perlu berusaha untuk mencari dan berusaha untuk berbuat kebaikan.

Bukan untuk orang lain, tetapi untuk manfaat diri sendiri.

 

Siapa yang kata buat baik itu untuk orang yang lemah?

Ini anggapan yang jahil dan tak tepat. Sebenarnya orang yang buat baik merupakan orang yang paling kuat.

Sebab… nak buat baik itu bukan mudah. Tetapi nak buat jahat itu amatlah mudah.  Jadi, bukankah orang yang kuat sahaja boleh buat benda yang susah, sedangkan orang biasa boleh buat benda yang mudah?

Salah faham ini benda yang biasa. Ia berlaku disebabkan suasana, fikir risau dan keinginan kepada buat kebaikan itu tiada.

Banyak kepentingan diri sendiri, daripada mengusahakan kepentingan peribadi orang lain.

 

Alkisah….

Hari ini baru berakhir program amal istimak di pulau pinang.

Ramai yang datang. Mungkin seribu lebih (wallahualam) untuk tempoh satu hari setengah secara penuh.

Dalam program tersebut, sangat indah melihat keadaan dan suasana masyarakat yang mengamalkan agama yang diredhai Allah s.w.t.Percakapan yang menyenangkan dan mententeramkan jiwa, suasana manusia bercakap tentang Allah, kebesaranNya, dan hari kemudian. Pakaian yang rata-rata secara sunnah dan menampilkan personaliti agama. Makanan, berehat dan beribadah pula secara bersama-sama.

Sukar nak cari kelompok masyarakat sebegini hari ni. Yang lebih mengesankan, di mana-mana ada yang memberi salam, bersalam dan beramah mesra seperti berjumpa setiap hari.

Sukar bukan nak cari suasana begini dalam kalangan masyarakat sekarang?

 

Ada bangsa Melayu, India Muslim, origin India, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Arab dan lain-lain. Orang bisu ada, orang buta, orang sakit, uzur dan lain-lain berhimpun bersama-sama. Ada yang tua dan ada yang kanak-kanak. Ada yang tidak bekerja, ada yang berkerja setiap hari, tetapi juga bersama-sama bagi masa.

 

Daku terlibat secara langsung dengan aktiviti ini. ya.. duduk dengar penerangan agama di dalam bersama-sama orang lain.

Tetapi… kali ini ada perbezaan pula. Selalu daku sibuk di dalam. Tetapi.. sejak tahun ini Allah s.w.t memberi daku tugas dan tanggungjawab,

Bukan sekadar berusaha untuk mengajak orang ke masjid dan bicara tentang Dia. Tetapi turut kena mengusahakan aktiviti syarikat dan bicara tentang kepentingan sunnah Nabi s.a.w. Di tempat yang sama.

 

Daku sentiasa berfikir keadaan yang lalu. Muhasabah keadaan atau apa-apa yang telah berlaku semasa tempoh yang lalu.

Dulu, masa istimak atau lain-lain aktiviti dakwah, Daku hanya ada satu fokus. Namun, kini jadi dua fokus. Satu fokus untuk dakwah Ilahi, satu fokus lagi untuk syarikat ini.

 

Jika diikutkan hati…. daku tak mahu buat macam ini. Hal ini kerana, sebenarnya banyak pengorbanan untuk daku perlu lakukan. Dari pandangan orang lain, mungkin nampak daku dapat pulangan. Tetapi sebenarnya makin banyak pengorbanan dan khidmat perlu dilakukan. Malah, hasil yang ada diperoleh pada setiap bulan, daku akan agihkan pada beberapa golongan sehingga akaun syarikat kembali menjadi minima boleh simpan dalam bank.

 

Tetapi… walaupun begitu keadaan yang berlaku (seperti daku tak dapat apa-apa),

Ada sesuatu yang membuatkan daku terus bergerak dengan kemampuan yang ada.

Iaitu, sentiasa terasa usaha ini dalam keberkatan dan bantuan Allah s.w.t. Pernah suatu ketika, kami buntu siapa yang akan jaga untuk promosi barangan sunnah. Daku pun buntu macamana nak buat.

Dengan tidak semena-mena, Allah s.w.t hantar satu orang kenalan. Dia jarang datang ke tempat tersebut. Setelah suai kenal dan bicara apa-apa yang sedang berlaku sekarang, dia bersedia. Dengan rela hati dia sedia menjaga. Malah, dia akan berusaha untuk jaga di waktu yang diperlukan.

 

Keberkatan pula terasa apabila usaha ini terus bergerak dan berkembang. Jika dulu sekitar universiti, kini susah pergi ke kawasan luar universiti sehingga ke Balik Pulau. Selain itu, walaupun kami ini bergerak setiap bulan tiada dana tetap, tetapi sentiasa ada pergerakan dan pulangan yang mampu diagihkan pada setiap bulan.

 

Kami mesyuarat antara ahli setiap minggu. Sekali setiap minggu. Banyak aktiviti yang dirancangkan. Dengan keberkatan dan pertolongan Allah s.w.t, kebanyakan aktiviti tersebut mampu dilaksanakan pada masanya. Subhanallah.

Tambahan lagi, walaupun daku ini sibuk dengan macam-macam benda nak kena buat, tetapi semua benda yang didiskusikan ini mampu dilaksanakan dengan kemampuan yang ada. Mencukupi dan tidak terasa terlalu banyak bebanan.

Wallahua’lam.

 

Doakan yang terbaik. Walaupun tiada sesiapapun yang tahu apakah yang terbaik untuknya melakukan, tetapi dengan doa mohon yang terbaik, Allah s.w.t akan membimbing untuk jadi arah yang lebih baik.

(Sebab itu… walaupun terasa hati tak mahu, tetapi bila fikir Allah s.w.t tahu yang terbaik untukku lakukan maka daku akan usahakan. Apa yang suka dan direhdai Allah s.w.t, daku akan cuba berusaha untuk lakukannya. Insha-Allah.)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: