Sabar dan pengorbanan.

Kesabaran itu memerlukan pengorbanan. Tidak akan mampu manusia didik sifat sabar sekiranya saban ketika hidup dalam keadaan senang lenang dan mewah segala-galanya.

Keadaan yang serba susah payah, derita, menahan ego dan pendirian, serta lain-lain usaha yang menekan kehendak diri, akhirnya sifat sabar terbentuk pada diri insan.

Sebegitupun,

Akhlak yang baik sebenarnya terdidik dengan adanya rahmat dan taufik dari Allah s.w.t.

Tidak akan mampu manusia itu berubah, melainkan Allah s.w.t memberi keizinan untuknya berubah.

Perancangan dan keinginan dalam diri manusia menunjukkan kelemahan dan ketidak kemamuan manusia itu menentukan segala keinginannya. Tetapi dengan keinginan dan perancangan, buat dengan perintah dan kehendak Allah, maka akan berlaku hasil yang diharapkan atau mungkin lebih baik lagi.

Begitulah yang akan berlaku untuk mendidik akhlak mulia. Bukan mudah, malah perlu menghadapi pelbagai rintangan dan halangan yang berganda-ganda.

 

Disebabkan akhir zaman ini terlalu banyak perkara yang melalaikan, maka mujahadah menahan nafsu itu amat tinggi.

Ramai yang terkandas.

Segelintir yang terlepas.

 

Berikutan berlaku ehwal yang benar-benar menduga iman,

Maka usaha untuk meniti titian sabar itu memang satu pengorbanan.

 

Antara lelaki dan wanita

Menilai pada keupayaan untuk sabar bagi kalangan lelaki atau wanita,

Ada perbezaan yang ketara.

 

Kesabaran untuk lelaki ialah untuk menahan emosinya. Manakala kesabaran untuk wanita ialah menahan keinginannya.

Lelaki emosinya tipis. Tipisnya emosi lelaki membuatkan mereka cepat terasa, mudah marah dan lain-lain faktor berbanding wanita. Namun, disebabkan ada ego, mereka tidak mahu menonjolkan ia.

Berbanding wanita, mereka mempunyai emosinya yang tinggi. Hal ini membuatkan wanita ini lebih tabah daripada lelaki. Malah, lebih sabar daripada lelaki.

Tetapi disebabkan banyaknya keinginan atau kehendak pada wanita, emosinya tersebut tidak berjaya dikawal dengan sempurna. Oleh hal demikian, melonjaknya keinginan memaparkan emosi sabar dan tabah itu teruji dan nampak kelemahan.

 

Namun, jika wanita itu mampu mengawal keinginannya, maka pasti dan pasti mereka ini sangat penyabar dan tabah berganda-ganda daripada lelaki.

Sehingga darjat mereka terlalu tinggi.

 

Oleh itu,

Sebagai kesimpulan tazkirah hari ini,

Kelompok manusia hari ini perlu banyak bersabar. Lelaki atau wanita, sentiasa perlu bersabar.

Janganlah terlalu mengikut perasaan sehingga menjadi manusia yang sukar menahan perasaan.

 

Sifat sabar itu mengangkat darjat manusia di sisi Allah s.w.t. dengan sabar, pelbagai perkara dalam dilakukan dan terasa mudah diuruskan.

Semoga Allah s.w.t. memberikan taufik untuk mengamalkan.

 

Semoga Allah s.w.t merahmati, melindungi dan memberi banyak kemudahan kepada diri dan yang lain.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: