Merancang atas takdir

 

Manusia ini, tidak dapat lepas daripada takdir.

Takdir ini menunjukkan bahawa mereka ialah makhluk Allah s.w.t. Ada yang memiliki dan menentukan buat manusia.

Bagaimana sekalipun manusia itu berusaha, pasti dan pasti takdir akan mengatasi mereka, dan perancangan mereka tidak mampu melepasi garisan takdir yang telah ditetapkan.

Namun, tak semua orang mampu fahami dan mengetahui hakikat akan takdir. Dikelabui lagi oleh Allah s.w.t dengan kelalaian mengejar duniawi, maka garisan takdir ini tidak mampu dikesan dan diyakini.

Mereka rasa seperti kehidupan ini mereka yang tentukan. Sedangkan ia telah ditentukan, dan mereka hanya merancang dan lakukan atas tempoh yang telah ditetapkan.

Itu sahaja.

 

Orang mukmin.. ibarat penjara.

Takdir ini juga menyebabkan seorang mukmin berhak merasakan hidup di dunia ini,

Bagai tinggal di dalam penjara.

 

Dalam penjara, telah ditetapkan oleh pihak mahkamah akan tempoh yang mereka perlu berada di sana. Contoh: 10 tahun. Dalam tempoh 10 tahun ini, mereka hanya boleh duduk dalam petak empat dengan jeriji di sekeliling mereka.

Tugas mereka diberikan pilihan. Dan mereka boleh melakukan tugas yang mereka pilih itu bagaimana sekalipun dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ada upah diberikan kepada mereka disebabkan melakukan tugas (kemahiran) itu. Makan minum diberi. Mereka hanya perlu rancang nak makan bagaimana dan hendak makan atau tidak atas rezeki yang telah diberikan.

Dalam tempoh hidup di penjara, orang mukmin sentiasa ada keinginan dan perancangan lain. Tetapi disebabkan mereka hidup dalam jeriji besi, maka mereka rancang hanyalah untuk ketika berada di dalam jeriji besi.

Itulah wajah yang sepatutnya digambarkan kepada hidup orang mukmin, apabila mereka berdepan dengan takdir.

 

Kelebihan merancang atas garis takdir

Kelebihannya, apabila dirancang hidup atas garis takdir:

  1. Tidak akan berhutang. Buat apa nak berhutang, sedangkan tempoh masa telah tetap, tempat dan keadaan telah tetap. Maka, rancang sahaja berdasarkan tempoh, tempat dan keadaan. Tidak perlu lebih-lebih. Tengok pada kemampuan.

Contoh, nak beli rumah. Harga rumah kini melambung beratus-ratus ribu. Nak tak nak, rancangan manusia yang biasa, mereka akan katakan,

“Saya perlu pinjam bank. Saya perlu berhutang. Dan saya terpaksa ambil riba.”

Tetapi, bagi orang mukmin (yang hakiki), mereka tidak perlu berhutang.

Caranya:

  1. Sewa bulanan.
  2. Beli tunai dengan kadar rendah.
  3. Bayar ansuran dengan kadar tanpa riba, dan dibeli atas orang mukmin yang lain.

Jadi, mereka akan terhindar daripada riba, atau melambung bayar balik. Selain itu, jika berhutang dengan orang mukmin, maka akad dipercayai, dan ada keberkatan untuk pembayaran tersebut untuk selesai. Caranya ialah jaga amalan dan doa yang nabi s.a.w sarankan dalam bab hutang.

(Mungkin nampak lusuh pada awalnya, tetapi dengan lamanya masa berubah, tentu sahaja akan ditambah baik atas kelengkapan yang telah ada. Asalkan ada benda yang digunakan cukuplah. Merancang sekadar kemampuan.)

  1. Merancang dengan kadar yang ada.

Tiada orang hidup di penjara dengan bawak duit lebih. Mereka pasti hidup sehelai sepinggang.

Jadi, apa yang ada, itu sahaja digunakan. Esok rancang bagaimana untuk terus hidup lagi.

Disebabkan tidak berhutang, maka tak perlu fikir nak ambil esktra duit. Jika perlu pergi kedai dobi atau beli makanan di kantin, telah ada kerja kemahiran yang dilakukan dengan gaji setiap hari.

  1. Menambah yakin pada janji Allah s.w.t.

Akan bertambah yakin dengan janji Allah s.w.t disebabkan tiada sesiapa yang boleh diharap untuk membantu ketika dalam kesusahan. Dengan keadaan begini, jika ada musibah bersabar, jika diberikan nikmat sudah pandai untuk bersyukur kepadaNya.

  1. Menambah iman mereka kepada Allah s.w.t.

Apabila keyakinan telah bertambah, iman seorang mukmin juga akan bertambah. Maka, makin bertambah seronok untuk melakukan apa-apa yang diperintahkan olehNya.

  1. Dilepaskan atau terlepas daripada beban yang berlebihan.

Dengan keyakinan yang ada pada seorang mukmin kepada Allah s.w.t, maka beban belanja yang lebih akan dilepaskan olehNya. Selain itu, disebabkan perancangan menurut kadar takdir, maka tidak perlu merancang pada benda yang tidak pasti.

Rancangan sekadar tempoh sehari, seminggu atau sebulan. Bulan depan ialah kisah kedua pula.

Itulah antara kelebihan seseorang yang telah mengenal takdir dalam hidupnya. Mereka merancang atas keperluan dan kehidupan dengan kadar yang minima.

 

Gagal merancang sebab tak yakin takdir

Perkara yang menyebabkan manusia kini gagal merancang sebab tak yakin pada takdir:

  1. Mereka tamak nak lebih. Jadi, pulunlah bagi masa untuk perkara keduniaan disebabkan banyak barang yang berhutang dan nak kena beli lebih daripada kemampuan.

(Jika mereka yakin akan takdir, mereka usaha untuk melepaskan beban belanja tersebut sahaja. Selain daripada itu, mereka tidak bertungkus lumus mencari dunia. Mereka usaha sekadar masa yang telah ada sahaja. Minima sahaja, bukan sampai overtime, part time dan full time cari dunia.)

  1. Mesti rasa tak cukup.

Disebabkan masalah iman, kemudian belanja dah lebih, dan rancang nak beli lebih, maka rasa tak cukup sentiasa di kepala. Hari-hari terbayang hutang, nak beli itu ini dan lain-lain lagi.

  1. Beban hutang bertambah.

Beban hutang tak berkurang. Bila hutang tak kurang, maka terpaksa ambil dan beli insurans pula dan lain-lain lagi.

Hal ini bukan mengurangkan kadar penggunaan mata wang, tetapi makin bertambah pula.

  1. Susah nak bagi tumpuan pada ibadah.

Bila dah banyak fikir untuk dunia, maka lagi kurang nak bagi masa untuk urusan akhirat. Bila dah berlaku, maka lagi susahlah nak yakin pada Allah, dan nak dapat iman sempurna.

  1. Tak tahu bila nak terlepas daripada masalah duniawi.

Oleh hal demikian,

Penting untuk merancang atas garis takdir. Barulah urusan hidup dan keperluan pada duniawi ini terasa mudah.

Cuma, untuk berusaha, perlukan beberapa perkara nak kena buat:

  1. Baca doa bebaskan hutang yang nabi s.a.w ajar pada setiap kali solah.
  2. Banyakkan bersedekah. Setiap hari buat.
  3. Komited atau fokus pada tugas atau keperluan dunia yang dibuat. Tak payah buat overtime, part time dan lain kerja kalau dua perkara di atas dibuat.

Allah s.w.t akan lepaskan hutang tersebut dengan asbab kerja pada tempoh masa minima atau telah ada yang diberikan.

  1. Jangan tamak. Apa-apa sahaja yang dapat, bersyukur. Jika telah Allah sw.t. langsaikan keperluan (beban belanja) yang diperlukan, tetapi masa kerja masih ada, maka lakukanlah kerja tersebut. Komited pada tugas.

Tetapi ingat! Jangan suka-suka nak tambah kerja sebab tamak dengan harta dan mata wang.

  1. Bersabar dalam doa dan amal sedekah. Bersabar berharap Allah membantu melepaskan beban hutang. Bersabar untuk hutang tersebut dilangsaikan dalam kadr yang minima tetapi berterusan dibayar.
  2. Satu perkara yang penting dan ditinggalkan hari ini,

UMAT ISLAM HARI INI DAH HILANG PERASAAN NAK BUAT DAN SEBARKAN KEBAIKAN. Hal ini menyebabkan mungkin ada yang bersedia amalkan saranan di atas, namun tak mahu mendidik orang lain.

Kesannya, mungkin dia terlepas daripada masalah dunia, tetapi masalah ini akan bersambung kepada generasi atau orang lain.

Jadi, penting untuk mendidik orang lain akan sifat ini. terutama pada murid-murid, teman yang rapat dan baik, serta anak-anak di rumah.

 

Jangan dimanjakan dengan kemewahan, jika tak pernah nak ajar dengan hidup berTUHAN.

Jangan diseronokkan dengan material-material keduniaan, jika tak pernah nak bentuk dan ajar nilai dan kisah agama serta peristiwa di akhirat.

Jangan diseronokkan dengan mengejar nafsu, jika tak pernah tekan nafsu untuk buat apa-apa yang Dia perintahkan.

Wallahua’lam.

Moga Allah s.w.t merahmati, memudahkan urusan dan mengurniakan nikmat kesihatan dan keimanan, buat diri dan lain-lain.

 

-daku ini komited dengan tugas dan masa. Maka, pada setiap masa dan tugas yang daku terima, daku akan berusaha sedaya upaya nak buat. Daku tetap akan buat tugas tersebut, walaupun dengan masa yang sangat minima.

Daku tidak mengharapkan nilai atau result daripada kerja tersebut. Sebab daku tahu result Allah s.w.t akan beri, asalkan daku buat.

Jika tak dapat result memuaskan atas kerja dilakukan, daku tak kisah. Asalkan daku buat kerja yang diperlukan pada masa tersebut.

Namun, jika tak buat kerja pada masa tersebut, walau mungkin dapat result memuaskan, inilah yang menimbulkan kekecewaan.

 

-maaf, tak sempat nak menulis. agak sibuk sekarang ni.

Esok, nak kena jumpa pensyarah. Tak tahu sempat atau tidak nak siapkan tugasan yang sepatutnya kena buat.

Tak apalah. Daku cuba settlekan mana yang sempat dulu. Kalau tak, mungkin Jumaat boleh jumpa pensyarah baliik.

 

Smoga sentiasa sihat, dipermudahkan urusan, iman dan takwa buat diri dan lain-lain . Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: