Kesibukan 3 perkara

Huh… minta maaf….

Memang minggu ini sangat sibuk.

Berdepan dengan tiga situasi besar ini, ketiga-tiga memerlukan daku berusah dan beri tumpuan,

Memang bukan perkara yang mudah.

Sangat sukar!

Tetapi mungkin memang Allah s.w.t mengetahui kemampuan dan keupayaanku, maka Allah s.w.t memberikan daku kekuatan untuk melakukan, walaupun terlalu suntuk untuk melihat kepada ketiga-tiga keadaan.

 

Hahaha…

Itulah Daie. Memang multitask punya manusia! Kalah Komando dalam hutan.

Apa-apa sekalipun,

Alhamdulillah ada sedikit kelapangan untukku menulis di sini pada waktu ini.

 

Mungkin tak beri peringatan, sekadar berkongsi cerita itu ini, dalam kehidupanku kini,

Da usaha ketiga-tiga perkara ini.

Pertama: Pelajaran.

Alhamdulillah, kini telah masuk bab tiga.

Bab ini lagi taough daripada bab pertama. Hal ini kerana memang kena menyulusri pemikiran tokoh kajian. Sedangkan bukan senang nak explore pemikiran beliau. Masa yang panjang diperlukan. Satu persatu nak kena selidiki, mathing dengan skema dan matlamat kajian.

Isnha-Allah bab ini akan selesai sebelum masuk bulan Oktober.

 

Kedua: Syarikat.

Hah… ini memang mencabar juga.

Banyak perkembangan. Buku, promosi dan talk.

Semuanya ada perkembangan. Buku sudah menjadi buku kedua (alhamdulillah!), Promosi telah banyak tempat yang masuk barang produk, sera talk akan diadakan dalam sedikit lagi jangka masa.

Kini, ahli telah kuat daripada tahun pertama. Alhamdulillah, semua bagi komitmen dan ambil tugasan yang diberikan.

 

Ketiga:Dakwah.

Ini… Masha-Allah!

Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui.

Memang kerja dakwah lah yang paling mencabar! Emosi, mental, rohani dan jasmani.

Tetapi, disebabkan ini ialah kerja Allah, maka tekanan dan semua halangan itu mampu dikawal. Jika hanya kerja sendiri, nescaya boleh pening dan macam-macam keadaan yang sukar diungkapkan terjadi.

Disebabkan kesukaran mengahdapi setiap halangan dengan sabar dan tabah, maka impak kedua-dua perkara di atas dapat digerakkan. Jika dakwah yang serba menguji ini tidak bergerak, maka…

Kedua-dua perkara di atas lagi tak dapat digerakkan.

Dakwah ialah suis utama kepada semua suis yang lain. Tanpa suis yang utama, tiada suis yang akan dihidupkan.

Sabar… tabah… dan tahan diuji,

Itu memang sifat dan lumrah hidup seorang Daie.

 

Doakanlah.

Moga Allah sentiasa merahmati, mengurniakan kemudahan dan kebaikan kepada diri dan yang lain.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: