Intuisi: hati, akal atau nafsu?

Assalamualaikum w.b.t.

 

Moga sihat wal afiat dan kekal dalam hidayat Allah s.w.t.

Daku ingin monolog di sini. Monolog untuk menghuraikan berkaitan dengan intuisi atau ilham yang timbul di hati.

Dalam bayangan nafsu, akal atau hati itu sendiri.

(Jadi, bunyi tulisan ini seperti untuk diri sendiri).

Hhmmm….

Antara fikir dan hati ini,

Terasa ada perbezaan. Kenapa ya?

 

Hati ke arah B. FIkir pula ke arah C.

Tak bersatu.

 

Jadi,

Mana satu yang patut diutamakan? Mana satu yang betul?

 

Antara nafsu, hati dan akal

Dalam ketiga-tiga komponen rohani ini,

Ketiga-tiga ada fungsi yang berbeza.

Fungsi nafsu mendorong kepada syahwat dan marah.

Fungsi hati mendorong kepada intuisi atau ilham.

Fungsi akal pula mendorong kepada pergerakan minda untuk berfikir.

 

Untuk nafsu, ia sebenarnya mempunyai kedudukan kedua selepas hati. Maksudnya, suatu intuisi itu pertama sekali menyentuh kepada hati, bukan nafsu.

Tetapi apabila ia bertepatan dengan nafsu, atau seronok di nafsu, maka intuisi itu menjadi warna-warni. Maksudnya, nafsu itu memberikan gambaran tambahan pada intuisi yang timbul.

Impaknya, intuisi menjadi tokok tambah. Sepatutnya jadi perkara A, ke lorong C (ikut warna gambaran nafsu).

 

Akal pula…. ia akan hanya berfungsi apabila jangkaan telah lama pada intuisi hati.

Maksudnya, intuisi yang timbul di hati, akal tak dapat berfikir lagi. Akal akan mula menyatakan fungsinya apabila masa yang lama digunakan untuk mengkaji dan menyelidik.

Impaknya, intuisi tersebut selerong ke lorong B.

 

Menentukan kebenaran intuisi

Maka,

Intuisi yang nak pastikan tepat,

Hindarkan nafsu yang bagi warna, dan hindarkan akal yang bagi fikir pelbagai perkara.

Nak kuatkan intuisi hati,

Maka lihat kepada zat Allah s.w.t.

Iaitu, dengan zikir.

 

Maka, dapat dilihat ketepatan intuisi hati. Yang penting,

Hindarkan kedudukan atau pengaruh nafsu. Diamkan nafsu daripada bersuara. Renung ke dalam-dalam relung hati yang menyampaikan intuisi.

Kemudian, hindarkan akal nak merancang atau bina kata-kata sendiri.

Ketiga, hidupkan zikir di hati. Nampakkan kalimah zikir yang diucapkan.

Insha-Allah, intuisi itu akan jadi benar.

 

Menghindarkan dorongan sentiasa di jiwa

Pertama: fikir dan rancang kerja yang menggunakan tenaga otak daripada tenaga badan. Yang terbaik, badan dan otak bergerak bersama. Jika otak sahaja berputar, maka dorongan itu tetap bergolak. Contoh: tengah solat. Otak sahaja memutarkan pada solat,  maka tetap terasa dorongan yang sentiasa. Maka, gerakkan jari beberapa ketika, untuk mengikis dorongan tersebut. Contoh lain: tengah belajar atau bekerja yang hanya menggunakan otak. Jadi, … kena usaha untuk pergi ke tempat berbeza atau ada teman belajar @ bekerja sekali.

Kedua: bina suasana yang meletakkan pemikiran di tempat berbeza. Contoh: suasana belajar bersama, atau grup kerja bersama.

Ketiga: mohon pertolongan dan lihat kehendak Allah s.w.t.

 

Intuisi yang benar: untuk orang beriman.

Intuisi yang benar untuk orang beriman kebiasaannya benar. Hanya diperlukan

IMAN.

Iman ini dengan kata lain, hati itu bersih daripada dorongan hawa nafsu. (Tanda didorong hawa nafsu: mata meliar-liar atau perbuatan yang dilakukan tidak melibatkan atau teringat kepada Allah.) Maka, orang beriman pada perkara intuisi akan terus daripada Allah s.w.t ke pancaran hati.

Tanpa singgah dulu kepada nafsu.(Tetapi, jika lepas itu intuisi itu rasa seronok di nafsu, maka nafsu mula bagi warna pada intuisi tersebut. Tokok tambah.)

 

Kebiasaannya, intuisi itu dalam beberapa keadaan:

Pertama: dalam bentuk perkataan.

(Tiba-tiba ada beberapa keluar dalam hati dan fikiran. Contoh: I…M….A…N….)

 

Kedua: dalam bentuk gambaran.

(Terus dapat gambaran. Kebiasaan ini berlaku apabila dorongan dari pemberi itu terlalu kuat menyatakan keinginan. Maka gambaran pada intuisi diperlihatkan).

 

Ketiga: dalam tiada bentuk.

(Terasa nak pergi ke tempat tersebut. Tiada punca, tetapi keinginan nak pergi ke tempat yang dalam intuisi).

 

Apa-apa sekalipun, intuisi ini tidak dapat kepastian yang tepat.

Jika daripada Allah, maka buat sahaja yang dapat intuisi itu. Nescaya ada ibrah selepas dilakukan. (Kebiasaannya, intuisi daripada Allah s.w.t hanya sekali lintasan yang terus menusuk dalam hati. Tak banyak kali).

Jika daripada manusia, maka perhati berkali-kali. Baru dapat kepastian. Sebaik-baiknya, terus bertanya kepada orang yang dirasakan intuisi (Kebiasaannya, intuisi manusia ini berkali-kali. Hal ini disebabkan manusia sentiasa ada keinginan dan dorongan. Keinginan dan dorongan ini berkata-kata berkali-kali.)

 

Ok. Itu sahaja dulu.

Semoga ada lah orang yang memahami.

 

Semoga Allah s.w.t merahmati dan melindungi, buat diri dan yang lain.

 

-sebenarnya rancang nak nyatakan perkara yang lain. Lebih serius. Tak apalah. Ia berkenaan putaran zaman mutakhir. Boleh rujuk balik artikel:https://kaimislam.wordpress.com/2015/09/07/dunia-akhir-zaman/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: