Membentuk jiwa yang tenang.

Hari ini, ramai orang tahu bagaimana untuk membentuk keadaan fizikal atau benda yang nampak. Tetapi, ramai orang yang tidak tahu bagaimana untuk membentuk keadaan atau jiwa yang tidak nampak.

 

Ya… mungkin sukar disebabkan kurangnya yakin ke perkara yang tidak Nampak, maka terlalu mencabar untuk dilakukan sesuatu pada pekara ini.

Sekalipun  begitu, perkara yang tidak nampak itu sememangnya wujud. Ia sentiasa berubah dan membentuk sepertimana pembentukan dan perubahan pada benda yang yang nampak.

Bangunan berubah, usia berubah, rupa paras berubah, system berubah, dan macam-macam perubahan yang lain lagi. Namun, kebanyakan perubahan benda yang nampak ini hakikat keadaannya menjadi makin lusuh, tidak dipercayai dan mudah dirosakkan, walaupun sistemnya makin canggih.

Contohnya, telefon bimbit smartphone model sekarang. Berapa jangka  hayat dan ketahanannya jika terhempas? Singkat jangka hayatnya dan mudah rosak, bukan? System penggera atau CCTV pula, dulu letak satu, kini sudah ada tiga di sesuatu tempat kerja atau kawasan perumahan. Makin selamatkah atau makin tidak mempercayai alat tersebut? Kereta model terkini. Bertambah aksesories dan peranti, tetapi makin tahan lasak dan lama, atau makin cepat rosak dan perlu segera diperbaik?

 

Bagitulah keadaan hakikat kejadian untuk duniawi. Makin cepat rosak, lusuh dan tiada ketahanan. Tetapi, mengapa masih ramai yang kejar perkara ini? Sebab:

  1. Tidak sedar diri. Sedang lalai dan ralik mengejak benda-benda.
  2. Sebab hati itu rosak. Bila hati rosak, makin tak faham benda hakikat dan perkara sebenar yang sedang berlaku. Nak cerita pun jadi macam tak masuk akal.
  3. Tak pernah sucikan hati, dengan amalan soleh dan suasana yang soleh.

 

 

Pembentukan pada perkara tidak nampak

Perkara yang tidak nampak ini sebenarnya sangat penting untuk diusahakan. Ada perkara yang tidak nampak itu baik, ada juga yang buruk. Yang baik ialah ilham, firasat, wahyu, pengetahuan mata hati, ilmu laduni, kasyaf dan lain-lain. Perkara tidak baik seperti berkawan dengan jin, amalkan sihir, angan-angan mat jenin, cita-cita duniawi dan lain-lain.

Perbezaan yang ketara antara perkara baik dan tidak baik hanya satu. Iaitu,

Perkara baik ia lantun ke hati. Perkara tidak baik ia lantun ke nafsu.

Bila lantun atau sampai ke hati, maka tiada dasar nafsu atau ikut kehendak nafsu pada perkara tersebut. Tetapi, jika lantun ke nafsu, maka banyak kehendak dan cerita-cerita tambahan dilakukan. Kesannya, tiada perubahan dan hanya membawa banyak keburukan pada masa akan datang.

 

Jadi, untuk betulkan keadaan atau alignment perkara yang tidak nampak itu berkeadaan baik, ada beberapa perkara kena buat. Daku cuba nyatakan dalam bentuk amalan dan pada masanya.

Pertama: ketika pagi-

  1. Lepas bangun tidur, baca doa tidur dan gosok gigi. Kemudian ambil wudu’ serta solat sunat tahajud (walaupun hanya sempat untuk dua rakaat.)
  2. Solat subuh. Bagi lelaki di masjid, dan wanita di rumah. Sebaiknya dilakukan secara berjemaah.
  3. Selesaikan zikir. Iaitu Subhannallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, dan La Ilaha Illallah (paling baik 100 kali. Tak sempat pada waktu itu, sambung di tempat kerja).Selawat paling kurang 100 kali serta istighfar.
  4. Berdoa untuk diri sendiri, keluarga, orang terdekat dan seluruh umat. Doakan kebaikan untuk umat ini sentiasa. Semoga mereka kembali kepada agama Allah dan usaha atas agamaNya. Jangan terkesan dan terikut keadaan zaman yang makin rosak. Nanti tidak boleh keluar bila keadaan itu tiba.
  5. Selesaikan perihal keperluan hidup di waktu pagi. Urusan makan minum, anak-anak, mandi dan apa-apa sahaja.
  6. Pergi ke tempat kerja/ sekolah/ university.

 

Kedua: waktu siang-

  1. Baca doa untuk mulakan pagi tersebut dengan keberkatan, kebaikan, kemudahan.
  2. Sebaiknya, jika sempat amalkan solat sunat isyrak. Ia bermula 20 atau 25 minit lepas waktu syuruk, dan berakhir 20 atau 25 minit lepas waktu syuruk. Solat ini untuk minta bantuan Allah dipermudahkan segala urusan hidup pada hari tersebut. Tunaikan sebanyak 4 rakaat dengan dua kali bagi salam.
  3. Masuk waktu pejabat atau sekolah dengan muka manis. Banyakkan bagi salam, dan masuk ke pejabat pun dengan bagi salam. Baca doa masuk pejabat. Doa ini nak elakkan syaitan sekali masuk pejabat dan buat hasutan ketika duduk sorang-sorang dalam pejabat.
  4. Jangan mulakan urusan harian di pejabat atau tempat untuk kerja dengan angan-angan. Bila mula angan-angan, telah berkuasa syaitan untuk pagi tersebut.

Jadi, mulakan dengan bacaan al-Quran, walaupun hanya dua muka surat pada waktu pagi. Kemudian, buka MP3 surah al-BAqarah atau Ali Imran.

  1. Buat kerja dengan doa. Mohon Allah betulkan niat dan mudahkan urusan pada hari tersebut.
  2. Istiqamah amalkan dhuha.

 

Ketiga: waktu petang-

  1. Sibukkan diri dengan aktiviti umat atau masyarakat. Jangan duduk fikir nak berehat sahaja balik rumah.
  2. Aktiviti umat boleh dibahagikan kepada beberapa keadaan, iaitu anak-anak, jiran tetangga, tetamu yang datang ke rumah, orang yang berada di kawasan perumahan, aktiviti di masjid, dan lain-lain aktiviti lagi.
  3. Ada zikir petang. Zikir ini lebih kurang pada zikir pagi. Selesaikan kalau boleh waktu lepas asar. Jika tak sempat, selesaikan selepas maghrib.

 

Keempat: waktu malam-

  1. Waktu ini khusus bersama keluarga, bagi para wanita. Bagi lelaki, khususkan waktu ini untuk amalan dan masyarakat masjid. Hubungan wanita dengan ahli keluarga perlu dibentuk walaupun sibuk dengan belajar atau bekerja. Ehwal pelajaran atau pekerjaan itu hanya ehwal peribadi, sedangkan ehwal umat ini dalam perintah Allah s.w.t.

Lelaki pula, lepas maghrib ke isyak jangan duduk terperap di rumah macam wanita. Mereka perlu ke masjid untuk bergiat dalam amalan masjid dan masyarakat di masjid. Anak lelaki ajar untuk duduk dan buat usaha di masjid, manakala anak perempuan bersama ibunya buat usaha di rumah.

Seorang ibu juga perlu ada ilmu dan kemahiran agama seperti lelaki. Sebab, mereka perlu bentuk dan bombing anak-anak di rumah ketika lelaki tiada. Antara aktiviti yang boleh dibuat ketika ini ialah baca quran, berzikir, belajar bagi tazkirah. Sudah selesai, boleh buat kerja rumah bersama-sama atau tolong masak kat dapur.

  1. Lepas isyak sehingga dalam pukul 10 malam, ahli keluarga berkumpul sekali untuk bacaan taklim. Taklim ini maksudnya bacaan dua atau tiga kitab, iaitu kitab fadilat amal, muntakhab hadith, dan fadilat sedeqah. Tumpuan diberikan kepada ketiga-tiga kitab ini kerana pelbagai faktor dan kesan yang diterima. Antara factor tersebut ialah kitab ini ditujukan kepada perubahan umat ke arah yang lebih baik. Kesannya, ahli keluarga dalam kasih sayang, sakinah, dijauhkan daripada pertelingkahan, dan kepanasan disebabkan jin syaitan duduk bersama di kawasan perumahan.
  2. Anak-anak jangan diajar tidur lewat. Kawal waktu tidur mereka. Kawal aktviti yang menyukarkan mereka untuk tidur seperti internet, handfone dan lain-lain. Kerja sekolah pastikan siap awal. Ingatkan kepada amalan sebelum tidur dan selepas tidur.
  3. Bagi ibu-bapa, selesaikan dulu aktiviti harian tersebut dengan beberapa perkara:
  4. Solat sunat taubat. Taubat mana tahu kesalahan yang dilakukan.
  5. Baca dua surah, iaitu surah al-Mulk dan sajadah.
  6. Doa untuk kebaikan hari esok, umat ini dan istiqamah seluruh manusia untuk agamaNya.
  7. Bertanya ehwal yang perlu diselesaikan dan diperbincangkan. Selesaikan sebelum tidur. Bincang bersama (seperti mesyuarat ringkas sebelum tidur). Perbincangan ini penting untuk rapatkan hubungan sesama ibu bapa dan mencari penyelesaian di sebalik masalah yang diterima.
  8. Doa dan Niat bangun tahajud

 

Ok. Alhamdulillah daku sudah bentangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi aktiviti harian untuk membentuk ehwal yang tidak nampak. Lakukan istiqamah setiap hari, insha-Allah keyakinan yang pada tidak nampak itu akan terarah kepada yang baik, daripada yang tidak baik.

Daku ingatkan, sentiasalah berhajat kepada benda yang baik (ilham dan lain-lain). Jangan melihat sentiasa kepada perkara yang tidak baik. Dorongan sentiasa kepada perkara tidak baik, menunjukkan syaitan sedang berkuasa ke atas diri orang tersebut. Ia tidak menyelesaikan masalah, tetapi membuka pintu syaitan untuk terus menghasut kepada benda yang lebih teruk dan jahat. Selain itu, kehendak nafsu makin besar dan mengongkong manusia untuk menurutinya.

 

Jika berhajat, mohonlah sentiasa pada Allah s.w.t. Yakin sentiasa pada doa tersebut. Minta lagi dan lagi. Allah s.w.t sentiasa mendengar doa hambaNya. Dia akan membantu hambaNya, dan memakbulkan apa-apa yang hambaNya hajatkan, dengan cara yang Dia suka. Dengan ini, keyakinan kepada Allah s.w.t sentiasa bertambah, dan yang dihajatkan juga ada penyelesaiannya. Insha-Allah.

Semoga Allah s.w.t sentiasa memelihara dan memberikan banyak kemudahan urusan kepada diri dan yang lain.

 

 

– 🙂 :).

-Jangan lupa untuk sentiasa doakan kebaikan untuk umat dan keteguhan agamaNya, ya. Mungkin tidak nampak perubahan di mata kasar, tetapi yakinlah dengan sebab doa kita, maka banyak perubahan yang telah berlaku tanpa disedari.

Pelihara kesihatan dan keimanan pada diri dan lain-lain.

 

🙂 Semoga sentiasa memiliki jiwa yang tenang 🙂 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: