Category Archives: anak dan keluarga

Nak Cite Sikit…

Beberapa hari yang lepas.

Ada bersembang dengan seorang kenalan.

Dah tua dan berusia. Dah ada anak dan keluarga.

Sebenarnya dia nak sembang dengan kawan seorang lagi. Tetapi dah duduk makan sekali, dengar jer lah kan..

Sedang bincang sana, bincang sini.

Daku tertarik akan salah satu isi perbualan tersebut.

Perkara ini membuatkan daku berfikir sejenak…

“Betul juga ye…”

Continue reading →

Suatu Pergorbanan Yang Tiada Noktahnya…

Hhmmm…

Hari ini hari Sabtu kan?

Hari apa ya? …… Sebab jarang jika hendak menulis hari Sabtu.

Entahlah. Tapi macam ada sesuatu yang menarik saja untuk cuba menulis pada hari ini.

…………….

Continue reading →

Selamat pagi sonata!

Hari ini hari istimewa pada seseorang. Walaupun kini tidak pernah bertemu, rasanya tiada masalah meraikan kegembiraan.

Seorang insan yang lahir membawa panji kalimah Allah, semgoa sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah swt.

Amin.

  Continue reading →

Hati Seorang Ibu

Menyelami hati seseorang. Yang digelar sebagai ibu (walaupun sekarang bukanlah musim atau hari Ibu). Walaupun diri ini seorang lelaki, tidak bermakna tidak pernah dilahirkan oleh seorang wanita yang cekal dan tabah, iaitu seorang ibuku sendiri.

Seorang yang sanggup berkorban nyawa dan jasad kerana ingin melahirkan seseorang untuk melihat dunia ini.Seorang yang sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata ingin melihat anaknya berjaya dan gembira suatu hari nanti.

Continue reading →

Pesona Rasulullah dengan Anak Kecil

Perjalanan semakin menuju ke pengakhiran.

Rintangan, dugaan, dan keseronokan yang ditimba dalam kembara kali ini,

daku cuba mengambil iktibar, pengetahuan, dan pengajaran dalam rencana kehidupan.

Apa yang daku peroleh, dalam mengenali dan mencari nilai cinta kepada Allah, ia perlukan pengorbanan dan mujahadah. Berhijrah dari kehidupan biasa, mencari nilai hidup manusia diciptakan di dunia.

Apa-apapun, daku akan selesai kembara ini tidak lama lagi. Insya-Allah…

Continue reading →

Mulianya Hati Seorang Anak

Kali ini ingin bercerita pula.

Bukan cerita sendiri, tetapi petikan cerita daripada orang lain.

Mula-mula ingatkan cerita anak-anak waktu kecil, rupa-rupanya kisah keluarga ketika anak dah besar panjang.

Apa yang boleh dikatakan melalui kisah ini, beberapa pengajaran boleh diambil.

Apa-apapun, yang paling penting dari kisah ini, jangan memisahkan jiwa anak-anak sekiranya mereka tidak seperti yang diharapkan. Bermaksud, ada ibu bapa mengharapkan anaknya belajar tinggi-tinggi, jadi doktor, engineer dan sebagainya. Tetapi anaknya tidak berkemahiran dan berminat untuk menyambung pelajaran. Malah, dia lebih suka bekerja atau sebagainya mencari sumber kewangan.

Pembentukan potensi yang berbeza antara manusia menunjukkan keadilan Allah s.w.t. yang Maha Menciptakan. Setiapa orang yang dicipta melahirkan peranan dan  kemahiran yang berbeza. Maka, apa yang tidak mampu dan diketahui oleh orang lain akan ditangani dan diselesaikan oleh seorang yang lain.

Begitu juga dalam peranan anak-anak. Setiap anak-anak yang diciptakan dan dilahirkan di dunia ini mempunyai potensi dan kelebihan yang berlainan. Ada yang mahir bertukang, ada yang tinggi fikiran, dan bijak dalam pelajaran.

Maka, didiklah mengikut potensi yang mereka ada. Bimbinglah mereka, kerana itulah peranan ibu bapa. Sekiranya tersalah memilih, maka tunjukkanlah jalan yang benar. Sekiranya tersilap dan  menempuh jalan yang salah, kembalilah pada peranan al-Qur’an dan as-Sunnah dalam mendidik dan membimbing mengikut usia mereka.

Melentur buluh biarlah dari rebung, bukan bila sudah membesar, maka makin keras dan anjallah ia.

Mendidik anak ketika masih kecil ibarat menitik air di atas batu. Mulanya sukar, tapi bertahan dan berkesan pada masa yang lama.

Mendidik anak ketika telah besar ibarat mengulir kayu di atas air. Walau sebesar mana dan seluas mana kayu dialur dan dibentuk dalam air, tiada kesannya pada si air.

Kisah ini dipetik dari iluvislam ketika dahulu. Dilebarkan kembali di sini memenuhi ruangan yang ada, moga beroleh pengajaran daripadanya.

Insya-Allah.

(Daku berfikir. Kelak, sekiranya daku dimurahkan rezeki dan menjadi ketua keluarga, apakah persediaanku? Bagaimana persiapanku? Aapkah pula pendirianku?

Merenungi kisah kini dan lalu, membuatkanku mengembara untuk mengislah kehidupan yang ku sering lalui supayqa bersedia apa-apa kemungkinan pada masa akan datang.)

Continue reading →

Kisah Luqman dan Anaknya


Perjalanan ini baru sahaja di permulaan.

Masih jauh dan di awang-awangan. 

Dalam mendidik atau mentarbiah hamba-Nya ini

Keadaan yang serba kekurangan di suatu ketika menambah kesulitan


Insya-Allah, semoga Allah s.w.t memberikan kemudahan.

Moga-moga dipelihara dan dirahmati Allah sentiasa


***********************************

Luqman al-Hakim ialah seorang ahli hikmah. Beliau bukanlah seorang yang kaya raya dan banyak harta benda. Diriwayatkan, Luqman al-Hakim hanyalah orang biasa yang memiliki pelbagai jenis pekerjaan. Malah ada sejarawan yang menyelidik Luqman ialah seorang hamba berkulit hitam. 

Suatu hari, Luqman al-Hakim ingin pergi ke pasar untuk mencari barang keperluan bersama anaknya. Segala peralatan yang ingin dicari disenaraikan. Segala keperluan yang ingin dibeli dicatit oleh Luqman.


Continue reading →

Kisah Ahmad dan Puteranya.

Hujung minggu hari itu baru sahaja pulang sebentar ke kampung halaman. Perjalanan pada waktu petang di lalu lintas Pulau Pinang memang sibuk. Pin pon-pin pon. Macam-macam jenis kenderaan dan menyesakkan. Walau bagaimanapun, setelah sampai ke seberang, kesesakan semakin berkurang. Alhamdulillah.

Mengambil masa antara 1jam hingga 1jam 30 minit tidaklah terlalu membebankan daku untuk pulang ke kampung pada hujung minggu. Malah, waktu petang menjadi kegemaran kerana banyak betul kerja di universiti nak kena siapkan. Syukur kepada Allah, ibu dan ayah sentiasa menanti kepulanganku dan bertanya, “nak balik pukul berapa? Nanti nak masak nasi lebih.” 🙂

Nak kata selalu pulang, tidak selalu juga. Dalam 1 bulan hanya dua tiga kali sahaja. Cukuplah sekadar menghiburkan diri dengan suasana yang berlainan daripada universiti sambil bersantai di rumah tengok TV.

Continue reading →

Anak yang Cerdik

Sinar mentari masih lagi memancarkan sinarnya.

Tiada yang terkurang, malah sentiasa menerangi semesta alam.

Tugas mentari bagai tidak pernah ada perkataan henti. Bermula detik fajar menyinsing, sehingga gelap malam menandakan kedatangan purnama bulan, mentari tidak pernah leka dan alpa untuk memancarkan sinarnya dan menerangi kehiduopan buat semesta alam.

Kadang-kadang terlintas di fikiran, bagaimana keadaan dunia ini apabila matahari berkata, “hari ni aku ingin bercuti. Berehat, dan tidak melakukan tugasku seperti setiap hari. Biar bulan sahaja yang bersinar dan terus menerus memancarkan pantulan cahayanya buat penduduk di semesta alam.”

Tentu sahaja kehidupan para tumbuhan, haiwan malah manusia akan menjadi kucar kacir. Kerja mereka setiap hari akan bertambah kelam kabut, yang sememangnya haru biru sebelum itu. Ada yang meratap menangis melihat matahari tidak muncul-muncul timbul, ada yang mula buat prasangka bukan-bukan, ada pula yang menambah baik peribadatannya kerana risau akan fenomena yang tidak pernah sesekali terjadi di dunia, dan mungkin ada pula yang buat-buat tidak tahu sahaja.

Melihat akan tugas setiap penciptaan Allah di sekali alam ini, daku merasa kagum dan betapa kerdilnya kewujudanku di dunia ini. Rupanya, masih ada perkara lain yang Allah ciptakan selain daripada manusia yang tidak pernah keluh kesah dan penat lelah menjalankan tugas hariannya. Mereka ini sentiasa taat kepada pencipta mereka, dan tidak pernah sesekali melanggar larangannya.

Ah… lemahnya dan hinanya aku di hadapan-Mu, ya Allah. Daku diberikan akal untuk berfikir akan kewujudan-Mu. Daku diberikan hati untuk sentiasa mengingati dan membesarkan-Mu. Rupanya daku hanyalah sekelumit kecil golongan manusia yang diciptakan oleh-Mu. Malah, kalau Engkau yang Maha Agung ingin mengambil dan mencabut nyawa setiap hamba-hamba-Mu, tiada satu kuasa pun akan mampu menghalang tindakan-Mu.

Ah…. daku takut akan sifat dan hatiku yang tidak pernah melihat dan mengagungkan Engkau. Ketika daku lemah dan kacau bilau, daku mencari makhluk yang jua hasil dari penciptaan-Mu. Ketika daku gembira, daku masih jua mencari makhluk-Mu menyatakan kegembiraan dan girangnya hatiku mendapat nikmat kurniaan-Mu. Ampunkanlah kelemahan dan kekuranganku ya Allah. Bimbinglah tangan, diri, dan hatiku untuk sentiasa mengadu, bersyukur dan mengharap semata-mata hanya kepada-Mu.

Wahai Tuhanku,

Janganlah tergolongkan hamba-Mu yang lemah ini di kalangan hamba yang ingkar dan sombong dari menghadap dan mentaati perintah-Mu. Sungguh, apalah gunanya daku bersikap begitu, sedangkan daku hanyalah sekelumit kecil dari hasil penciptaan-Mu.

Continue reading →