Category Archives: HATI

Kesabaran itu pengorbanan.

Memang tidak dapat untuk dinafikan,

Sabar itu bukannya mudah. Sangat sukar dan payah untuk dihadapi.

Namun, demi kebaikan berterusan, maka sabar tetap kena diusahakan. Jika tidak, nescaya banyak kepincangan akan berlaku dan pelbagai perkara tidak diigini akan diperoleh.

Continue reading →

Advertisements

Perjuangan pengislahan umat

Daku minta perlindungan banyak daripada masalah dan kenmunduran umat hari ini.
bukan untukku sahaja, juga untuk ibu bapaku, adik beradikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, dan kepada

Diri dan lain-lain.

Apabila Allah s.w.t membuka hijab kemunduran umat ini daripada pemikiran, hati dan nafsuku,

Rupanya banyak kerosakan dan pemesongan pada kehidupan beragama dalam jiwa umat hari ini.

Continue reading →

Suatu kenyataan: pegang pada jiwa bukan jasad

Dalam kehidupan ini,

Mungkin manusia makin tak kenal nilai dan perkara ini. Hatta dia ilmuwan Islam atau agamawan. Sebab rata-rata manusia di mana-mana sibuk mengejar dunia dan perhiasannya.

Sama ada wang ringgit (yang daripada kertas), harta (perabot, rumah, kedai, kenderaan), emas dan perak (dari tanah), kedudukan (yang sampai satu tahap pasti akan berakhir), atau wanita (yang nampak lebih cantik dan menarik, yang ada menjadi kurang kasih sayang…)

Continue reading →

Puasa Rohani  

 

Hhmmm….

Daku rasa…

Puasa kali ini sangat mencabar.

 

Mungkin orang biasa nampak puasa hanya menahan lapar dan dahaga. Menunggu dari terbitnya fajar sadiq sehingga terbenamnya matahari.

Itu puasa untuk umum atau yang biasa. Tahan lapar dan dahaga sambil mengisi masa yang lapang rehat atau beribadah kepadaNya.

Ramai yang buat aktiviti begini. Dan, mungkin ada dalam kalangan mereka buat solat tarawikh dalam 20 rakaat, Cuma kuantiti yang melakukannya minima.

Continue reading →

Sahabat: kelebihan mengamalkan sunnah

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera.

Semoga dalam kerahmatan dan peliharaan Allah s.w.t.

Dilindungi, diperlihara, dimudahkan urusan dan berada sentiasa di atas jalan haq (kebenaran).

Amin.

 

Hari ini hari Jumaat. Hari yang mulia.

Sebaiknya hari ini banyakkanlah berselawat. Kerana termaktub dalam hadith Nabi s.a.w, baginda s.aw. berbangga dengan manusia yang banyak selawat khususnya pada hari Jumaat. Hal ini kerana amalan akan diangkat ke langit pada hari tersebut. Maka, amal orang yang banyak berselawat dibanggai Nabi s.a.w.

Insya-Allah. Sama-sama kita amalkan.

Continue reading →

Sifat mahmudah: sabar, redha, tawakal

 

Hari ini terlintas nak tulis berkenaan tiga sifat mahmudah, iaitu sabar, redha dan tawakal.

Kalau nak ikutkan, memang banyak lagi sifat mahmudah yang lain. Tetapi, untuk kali ini cukup bagiku mengulas akan ketiga-tiga sifat ini, dan memberi hubungan antara satu sama lain.

Continue reading →

Punca kekuatan: antara orang biasa dan orang beriman.

Dalam mengharungi kehidupan ini,

Kekuatan amat diperlukan.

Kebiasaannya, manusia akan menjadi kuat apabila ada punca kekuatan. Punca kepada kekuatan itu berlaku pada dua tiga keadaan. Keadaan pertama kekuatan daripada Allah. Kedua punca daripada kemampuan dan semangat diri sendiri. ketiga, punca kekuatan daripada orang lain.

Continue reading →

Ikhlash itu bersama Allah!

Daku terdengar satu sedutan kuliah. Habis dengar, terasa kadang-kadang ada ustaz yang agak keras melontarkan padangan. Mungkin disebabkan diberi peluang untuk bercakap. Jadi, habis dilontarkan emosi dalam mesej penyampaiannya.

Mungkin betul dan mungkin tidak dengan pandangan tersebut. Tetapi tak akanlah sehingga tidak nampak ruang berkata lembut dan rasional di depan orang ramai.

Ini merupakan pandangan orang yang mendengar. Tetapi hakikatnya, kebiasaan orang yang bercakap jarang berfikir dan berhati-hati. Sebab  mulut itu tiada tulang, lembut dan lebih pantas gerakannya daripada anggota badan.

Moga Allah melimpahkan taufik dan hidayat khususnya pada diriku untuk berhati-hati dan tidak melulu ketika melontarkan kata-kata dan pandangan.

Continue reading →

Pasca keluar jalan Allah

 

Daku akui, perkara yang paling besar memberi cabaran dan halangan pada diriku sehingga hari ini ialah

Nafsu yang berada dalam diriku sendiri.

Bukannya syaitan, tetapi nafsu yang sentiasa bergerak dan menyatakan keinginan (khususnya keinginan pada perkara yang sia-sia, tiada manfaat atau pun menuju ke arah kemaksiatan).

Continue reading →

Siapa kata jadi manusia itu mudah?

Antara amalan, pahala dan kesan.

Dalam menunaikan sesuatu amalan agama, terdapat dua perkara yang diperoleh tetapi berbeza antara satu sama lain.

Satu orang menunaikan amalan tersebut beroleh pahala. Satu orang lagi menunaikan suatu amalan dan dia memperoleh kesannya. Apabila beroleh kesan, maka pahala sudah tentu diterima.

Continue reading →