Makanan dan pakaian

Hari ini,

Manusia makin lalai dan leka. Tidak dapat mengejar yang hakikat, terperosok masuk seronok dalam lumpur dan dunia permainan.

Bukan hanya muda-mudi. Lebih ketara ialah golongan dewasa dan bercambah pula untuk kaum tua.

Mungkin juga kerana makin banyak dosa. Mungkin juga kerana selalu fikir untuk kemajuan dunia dan harta.

Sekelompok manusia telah berjaya dipecahkan pemikiran. Tetapi, memang Allah s.w.t itu Tuhan. Maka,

Perancangan manusia tidak akan dapat menipu, memperdayakan dan melawan perancangan Allah s.w.t. Mereka mahu supaya semua orang di bawah telunjuk dan perintah mereka. Namun, dalam kehendak Allah s.w.t,

Dari Dialah datangnya seorang Nabi yang mereka ini berusaha membinasakan dan menghidupkan daripada kalangan mereka sendiri.

Dari Dialah lahir golongan sahabat, yang mereka telah nafikan keterangan para sahabat ini dalam kitab utama yang diputar belit kini.

Dari Dialah yang menurunkan petunjuk al-Quran, yang mereka berusaha untuk buat dan amal, tetapi menghindarkan manusia yang lain daripada buat dan amal.

 

Kejahatan ini demi satu tujuan, iaitu demi mendapatkan PENGUASAAN. Bukan penguasaan akhirat. Tetapi penguasaan DUNIA.

Mustahil mereka ini ingin menguasai AKHIRAT. Sedangkan MATI pun TAKUT. Sedangkan PETUNJUK pun BATIL. Sedangkan hari-hari fikir untuk mengajak kepada KESESATAN dan KESERONOKAN.

 

AKHIRAT itu…

PENGUNCI NAFSU. Menghindarkan daripada kelalaian. Menginginkan kehidupan selepas kematian. Lebih menjaga masa dan waktu, digunakan untuk kehendak Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w.

 

Makanan dan Pakaian.

Antara usaha yang mereka ini jadikan sebagai eksploitasi, yang bukan sekadar kemajuan dunia dan keruntuhan dunia ekonomi, tetapi juga kemunduran iman dan cahaya agama.

Pertama ialah makanan. Makanan yang terselindung dalamnya ‘kerosakan iman’ daripada membawa kepada kebaikan. Tak tahu apakah yang mereka ini taruk pada resepi dan perencah. Yang pasti,

Kalau minum atau makan produk mereka,

Iman akan jadi sakit.

 

Kini, yang dikenal pasti ialah:

Produk Nestle.

 

Jadi, AMARAN: lihat dan perhatikan, jika nampak produk makanan jenama Nestle, tegas pinta:

JANGAN BELI DAN GUNA PRODUK-PRODUK INI.

 

Kerana, seseorang yang minum dan makan produk NESTLE,

Boleh merosakkan rohani atau jiwa agama.

 

Antara produk utama:

NESCAFE. MILO. MAGGI. ICE CREAM, dan ANLENE.

Dan banyak lagi.

 

Tapi, untuk kelima-lima jenis produk ini, daku dah pernah try. Jadi, daku katakan di sini. So far,

Memang empat produk ini menghasilkan kesan yang hampir sama. Tak bangun ROHANI. Rasa dan kesan lepas minum itu jadi berbeza.

(Entah apa yang tersimpan dalam produk-produk ini.)

COCA-COLA, dah memang patut ditolak mentah-mentah. Ahli pemakanan kata memang produk coca-cola bawa banyak masalah. Ahli kesihatan pun menilai keadaan yang serupa. Jadi, macam mana benda rosak boleh jadi baik pula untuk ehwal agama?

 

Kedua, pakaian.

Pakaian untuk kaum bukan Islam, tak mahu persoal. Tengok sendiri pun tahu. Tinggal masa nak ‘tiada benang di atas jalan’ (untuk situasi di negara ini, di negara luar ehwal dah biasa. Nauzubillah… 😦 ). Seperti dulu zaman Jahililliah.

Dan mungkin lebih teruk lagi.

 

Islam, toleransi yang amat tinggi pada ehwal pakaian. Dari bab hukum hakam, sehingga bab akhirat sentiasa ada penekanan. Jadi, sedikit sebanyak pakaian dalam kelompok umat Islam masih terjaga.

Disebabkan mereka ini tak boleh sesatkan semua jenis manusia dan agama, maka mereka fikir risau dengan kaedah baru. Iaitu Fesyen.

Bertungkus lumus pusing fikir pakaian Islam ikut peredaran zaman. Maka,

Pakaian yang dipakai melambangkan AGAMA, diubah melambangkan DUNIA. Dunia yang terus berkembang.

 

Oleh itu,

Wahai Ahli-ahli agama,

Jangan tanggalkan pakaian zahir yang melambangkan AGAMA yang digenggam dan dibawa. Jangan segan dan mudah terkesan dengan PAKAIAN ahli DUNIA. Jangan terikut peredaran zaman yang merosakkan PAKAIAN anda.

Peliharalah pakaian zahir anda. Agar pakaian batin anda makin lebih terpelihara. Jika

Pakaian zahir tak terjaga, jangan berangan-angan batin itu terpelihara.

Sangat susah.

 

Lebih bernilai,

Dalam itu sangat indah dan mempersona,

Lebih terserlah kerana adanya keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

 

Semoga dalam pemeliharaan dan dikurniakan kebaikan oleh Allah s.w.t. Dipermudahkan urusan dan diberi nikmat kesihatan buat diri dan yang lain.

 

🙂

🙂 . Kebaikan, terima kasih ya 🙂 🙂

Advertisements
%d bloggers like this: