Keburukan harta.

Biar terkejut sikit untuk hari ini. Tajuk dan inti kandungan penulisan ini menyentak jiwa para pembaca.

Mengapa kelak akan terasa tersentak?

Sebab kepentingan dan nilai harta memang telah tertanam dalam hati ramai manusia.

Sehingga terkejut dan tak boleh nak terima,

Orang boleh hidup tanpa harta.

(bukan tak usaha tak cari harta. Berusaha dan dapat harta, namun rezeki mereka setiap hari tidak datang daripada harta yang cari selama ini.)

Continue reading →

Keadaan ummat hari ini

Hari itu memang tak sempat nak menulis.

Daku berada di Kuala Lumpur. Mengumpul input kerohanian dalam diri sendiri di Centre of Da’wah,

Sri Petaling.

Continue reading →

Pasca Ramadhan

 

Mungkin bagus menulis berkaitan pasca atau selepas Ramadhan. Memandangkan bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan baru sahaja berakhir. Sepatutnya bahang perubahan antasa masa ini akan dirasai.

Tetapi… mungkin hanya kepada orang yang mempunyai keimanan dan beramal dalam bulan ini. Wallahua’lam.

Continue reading →

Kesabaran itu pengorbanan.

Memang tidak dapat untuk dinafikan,

Sabar itu bukannya mudah. Sangat sukar dan payah untuk dihadapi.

Namun, demi kebaikan berterusan, maka sabar tetap kena diusahakan. Jika tidak, nescaya banyak kepincangan akan berlaku dan pelbagai perkara tidak diigini akan diperoleh.

Continue reading →

Perjuangan pengislahan umat

Daku minta perlindungan banyak daripada masalah dan kenmunduran umat hari ini.
bukan untukku sahaja, juga untuk ibu bapaku, adik beradikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, dan kepada

Diri dan lain-lain.

Apabila Allah s.w.t membuka hijab kemunduran umat ini daripada pemikiran, hati dan nafsuku,

Rupanya banyak kerosakan dan pemesongan pada kehidupan beragama dalam jiwa umat hari ini.

Continue reading →

Peringatan, sentiasa perlu disampaikan.

Gaya dan penampilan tidaklah sama.

Gaya ibarat sikap dan tingkah laku, manakala penampilan seperti keadaan fizikal luaran yang ditonjolkan oleh peribadi seseorang.

Gaya itu membentuk penampilan. Jika gaya baik, maka penampilan bersih dan menarik. Tetapi jika gaya tercela maka penampilan membentuk gaya tersebut sehingga menjadi aneh pada logic yang norma. Jika tiada gaya, maka orang tersebut masih tidask kenal dirinya dan ikut-ikut sahaja.

Continue reading →

Apa itu keberkatan?

 

Hari ini sudah raya keempat. Mungkin ada orang yang sudah mula berpuasa sunat enam pada beberapa hari yang lepas.

Daku baru nak start. Sebab baru terlepas dari meja makan di rumah, cari makan sendiri di universiti.

Hari ini mungkin tidak menulis terlalu panjang. Takut nanti melalut entah ke mana.
Walaupun banyak juga cerita, tetapi… daku rasa tak wajar beritakan semua. Kerana hanya akan menimbulkan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau senda gurau semata-mata.

Continue reading →

Selama hari raya Aidilfitri!

salamualaikum w.b.t

Salam sejahtera dan semoga dirahmati Allah s.w.t

 

Alhamdulillah… telah berakhir 29 Ramadhan. Bulan yang diberkati dan dirahmati, madrasah dan tarbiyah yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada umat Nabi s.a.w sepanjang zaman, telah berada di penghujungnya.

Kini, bermula syawal yang merupakan bulan kemeriahan dan keraian dalam kalangan umat Islam. Dengan tarbiyah selama hamper sebulan, Allah s.w.t  kurniakan keistimewaan bulan kemeriahan ini agar umat Islam terasa dihargai pengorbanan mereka untuk makan dan minum selama ini.

Continue reading →

Rehat, zikir dan kelapangan

Alhamdulillah…. baru lepas balik tiga hari.

Walaupun tidaklah boleh dikatakan sempurna, tetapi dengan keluar jamaah ini, hatiku terasa lapang dan tenang.

Sebab hari-hari sibuk dengan pelbagai urusan sendiri dan urusan masyarakat. Dekat pukul 12 pm baru berhenti.

(Tapi, biasanya daku tidur agak lewat. Dalam pukul satu atau satu setengah.. lewat lagi, susah lah nanti nak bangun tahajud dan fokus di pagi hari.)

Continue reading →

Sudah lumrah…

Macam mana nak buat… hanya boleh terus bersabar untuk menyampaikan.

Tak bole nak diketengahkan perasaan sebagai dokongan, atau kehendak hati untuk melakukan. Hanya boleh memberi nasihat dan dorongan serta ancaman, kepada mereka yang telah ditemui.

Continue reading →