Tag Archives: agama

Suatu nasihat dan renungan

Assalamualaikum w.b.t

 

Semoga sihat wal afiat. Dihindarkan daripada sebarang jenis dosa dan ujian yang menyukarkan mengawal batasan iman.

 

Daku tak tahu sebenarnya nak tulis apa-apa hari ini. Tetapi tetap juga nak menulis. Paling kurang, nasihat dan peringatan terus disampaikan.

Continue reading →

Advertisements

Coretan lagi.

Hari ini daku agak sibuk.

Ya lah… pekerja agama…. Macam-macam kena buat.

 

Apa-apapun, Alhamdulillah, Allah taala bagi peluang daku untuk menulis di sini. Walaupun singkat, paling kurang tanggungjawab untuk menulis di sini telah ditunaikan.

Continue reading →

Fikir risau dan jazbah

Baru-baru ini daku ke Kuala Lumpur. Atas urusan university.

Jadi, terlalu sibuk waktu tersebut, sehingga tidak punya kesempatan untuk menulis di sini.

Continue reading →

Rohani: akal, nafsu dan hati

Dalam rohani manusia, terdapat kedudukan yang berbeza antara nafsu, hati dan akal.

Hati, nafsu dan akal mempunyai kedudukan tertentu. Kedudukan nafsu terletak berhampiran dengan hati. Kedudukan akal terletak di atas (kepala) dan agak berjauhan daripada nafsu dan hati.

Continue reading →

Mujahadah dan sifat Daie

Sebaik-baik manusia pun, ada yang tidak ada nafsu, kan?

Semua orang ada nafsu, yang bezanya bagaimana dia berusaha mengawalnya, atau dia pula menjadi hamba kepada nafsunya. Itu sahaja.

Jika mampu mengawal nafsu, maka dia akan menjadi kuat dan cekal. Tetapi orang yang tidak mampu mengawal nafsunya, dia menjadi orang yang lemah dan sentiasa mengharap kepada orang lain.

Kerana itu penting mengawal nafsu ini. Pelbagai manfaat dan kelebihan akan diperoleh. Bukan sahaja untuk kebaikan dan kelangsungan hidup di dunia ini, tetapi turut untuk urusan akhirat nanti.

Continue reading →

Daie: hari ini, esok dan selamanya

 

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, ada sedikit kesempatan pada hari ini untuk terus menulis. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada sifat istiqamah nak terus melakukan.

Sifat istiqamah ituagama lah yang sebaik-baiknya dalam setiap amalan agama. Amalan bukannnya perlu bertimbun dan bergunung-gunung, tetapi perlukan istiqamah sama ada sedikit atau banyak sesuatu amalan yang dilakukan.

Continue reading →

Antara Sunnah dan Bid’ah.  

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera, semoga berada dalam kerahmatan dan kasih sayang Allah s.w.t.

Bersyukur kepada Allah s.w.t yang masih memberikan daku kelapangan dan kemampuan untuk terus menulis di sini. Bertambah syukur apabila Allah s.w.t memberikan taufik untuk daku melakukan sedikit sebanyak usaha dan kekuatan untuk menggerakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Mungkin pada pandangan manusia, mereka hanyalah bergerak di atas satu nama yang khusus, dan di atas pergerakan yang tertentu. Bagiku, nama atau pergerakan bukanlah motif atau tujuan, tetapi bagaimana perbuatan yang daku lakukan itu sentiasa memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, untuk dunia ini dan akhirat nanti.

Continue reading →

Ulangan: Diharap ambil keprihatinan dan perhatian

Ini ialah sesi ulangan. Mengapa?

kerana satu ketegasan untuk prihatin dan membuat sebarang persediaan. Tak terlalu leka dan ralit mengejar kehidupan sementara sehingga lupa bawa bekalan yang kekal untuk akhirat yang selama-lamanya.

Continue reading →

Diharap ambil keprihatinan dan perhatian

Ada beberapa perkara yang….

Membuatkan daku berfikir sendirian. Walaupun ia tidak lagi mengganggu seperti dulu-dulu, tetapi impaknya tetap mempunyai pengaruh dalam pemikiranku.

Jika diikutkan hati, memang tak mahu peduli akan hal ini. Tetapi, mungkin bukan dari keinginan diri sendiri. Seperti kehendak yang lain untuk menyampaikan perkara ini di sini. Iaitu kehendak atau keinginan Ilahi.

Maka, kerana Dia daku tetap menyampaikan perkara ini di sini, supaya setiap orang yang melihat akan perkara ini di laman ini mengambil kesedaran akan perihal ini.

Continue reading →

Kefahaman itu berbeda-beda.

Memahami perihal kehidupan dunia,

Terlalu mudah. Bagai tidak perlu diajar.

Nak main laptop? Komputer? Internet? Ipad? Iphone? Smartphone?

Semua orang tahu. Picit sana sini tanpa lihat pada manual, dah berjaya main dan tahu fungsinya dengan baik. Hanya orang-orang tua saja tak pandai dan cekap akan perkara ini. Kerana mereka tidak dilahirkan dan hidup ketika generasi gadget ini.

Jika ada macamana ubi kayu, bersawah, tanam padi, baiki rumah atau cucuk tanam tahulah. Tetapi, itu pun di kampung. Di bandar, orang tua pun sibuk dengan gadget dan nak masuk universiti.

Terkesan dengan suasana duniawi.

Continue reading →