Tag Archives: al-Qur’an

Al-Quran: AKP al-Quran.  

Allah s.w.t ini… Dia sentiasa menguji manusia. Dengan sifat-Nya sebagai ad-Dharr, Allah s.w.t mempunyai kekuasaan unlimited untuk menguji para hamba-Nya.

Yang paling berat diuji ialah para Nabi dan Rasul. Kemudian para Sahabat r.anhum, Wali Allah, orang soleh, sehingga ke orang biasa-biasa.

Mereka yang diuji sudah tentu akan dirasakan beban ujian. Tidak dinamakan sebagai ujian jika tidak dirasakan ada bebanan ujian.

Continue reading →

Advertisements

Impak ikhlash

Dalam kalangan pelajar belajar al-Quran yang dibimbing olehku, ada satu orang pelajar yang bagiku, dia mempunyai keinginan dan kebolehan yang tinggi dalam agama. Cuma, suasana tidak menyokong untuk terus maju sehingga menyebabkan kebolehannya yang begitu banyak menajdi terbantut untuk terus melakukan.

Dia sentiasa menunjukkan peningkatan dari segi amalan. Terlalu banyak perubahan sepanjang daku mengajarnya. Malah, telah bertahun-tahun daku mengajarnya. Sejak dari dia  berumur 6 tahun lagi.

Continue reading →

Baik dan indah, tetapi…  

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah yang sentiasa memberikan kemudahan untuk melakukan segala kebaikan dan mencegah dari diri ini sentiasa menghampiri jalan kesesatan dan kejahatan.

Sesungguhnya, benarlah kata-kata (dan mungkin daripada sabdaan Rasulullah s.a.w dan firman Allah s.w.t –tak sempat cek) hikmah dalam agama, barangsiapa yang menghampiri cahaya, maka pasti kegelapan akan pergi daripadanya. Dan barang siapa yang menghampiri kegelapan, maka cahaya tidak akan datang kepadanya.

Continue reading →

BAYANGAN DUNIA AKHIR ZAMAN. (1)

 

Penafian: Berita atau penulisan di dalam artikel ini tiada kena mengena dengan yang masioh hidup atau yang telah meninggal dunia. Tiada kaitan dengan mana-mana agensi, pergerakan atau pertubuhan. Tiada kaitan dengan mana-mana polisi atau kenegaraan.

Suatu catitan nilai peribadi kepada penulis asal. Sebarang cetakan maklumat atau komen hendaklah diwar-warkan kepada penulis terdahulu, sebelum disampaikan kepada orang lain.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Continue reading →

Al-Quran Dan Kehidupan.

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat hidup ini,

Masih lagi dapat terus bernafas, menghirup udara segar, pemandangan (selain daripada manusia) indah dan permai, suasana aman dan sentosa.

Bunyian unggas, air yang mengalir, awan yang berarak, haiwan melata dan berterbangan,

Semuanya keindahan penciptaan alam dan tanda kebesaran Allah.

Continue reading →

Kerja Yang Tiada Gaji….

Sudah agak lama tidak menulis dengan secara lebih formal. Maksudnya seperti sebuah artikel bertulis yang wacananya berbentuk ilmiah dan intelektual. Misalnya berdalilkan al-quran dan hadith, bersumberkan ulama’ muktabar, dan pandangan cendekiawan semasa.

Sejak kebelakangan ini, banyak menulis lebih kepada keadaan semasa atau monolog diri. Al-maklumlah… menulis merupakan sebahagian- besar juga- cara daku menyampaikan atau meluahkan sesuatu yang tidak mampu disampaikan daripada dalam hati.

Mungkin ada beberapa punca. Antaranya sibuk atas perkara yang lain,  ada perkara yang perlu diselesaikan, ada perkara yang datang tiba-tiba, malas, tiada idea, ingin segera, atau kerana kelemahan diri sendiri.

Continue reading →

Mulianya Umat Ini….

Segala aspek perlu ditimbang tara.

Segala persediaan dan kesedaran perlu dilakukan.

Mengenali hakikat diri dan kehidupan, bukanlah suatu cerita kosong dan omong- omongan. Tetapi, inilah usaha yang hak, dan telah dilakukan oleh para Nabi dan Rasul Allah untuk kembalikan manusia ke jalan kebenaran.

Continue reading →

Tingginya Martabat Al-Qur’an.

Mengenali hakikat diri tidak sesempurna mana, daku cuba menghuraikan suatu persoalan agar sesiapa yang melihat mendapat kebaikan bersama.

Bunyi rentak bagai telah sempurna. Hakikatnya, pasti ada cacat cela dari arah mana-mana.

Sememangnya begitu. Kerana penciptaan manusia tiada yang serba sempurna, pasti ada kekurangannya. Kerana kekurangan tersebut, maka lahirlah sinar harapan. Harapan untuk menjadikan diri atau milikannya sempurna, dan beroleh kesempurnaan kehidupan.

Maka, ramailah orang mengharapkan pelbagai perkara. Kejayaan, kebahagian rumah tangga, kekuasaan dan harta benda, isteri, anak, dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan, tentu sahaja dalam diri manusia ada beratus sehingga berjuta harapan yang terpendam dalam dirinya.

Malangnya, tidak semua harapan menjadi. Ada orang mengharapkan A, tetapi jadi pula B. Mengharapkan tumbuh padi, jadi pula lalang di sana-sini.

Kerana itu, apabila kita mengharapkan sesuatu untuk kehidupan ini (apa sahaja), jangan meletakkan sehingga tahap yang tertinggi. Cukup sekadar ada bunyi cita-cita, maka ada usaha ke arahnya. Jika tidak, pasti suatu hari kita akan kecewa dan berduka cita.

Nasihat orang-orang lama, jika harapan kita dimakbulkan dan menjadi lebih baik, maka bersyukurlah. Itu hadiah dari yang Maha Esa. Jika harapan itu bukan seperti berkehendak dan lebih buruk, maka bersabar dan redhalah. Ia ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Apa-apapun, untung atau rugi seseorang mukmin itu, ada sahaja pahala di sisi Allah s.w.t. Bukakah begitu Pemurah dan Penyayang-Nya Allah, tuhan kita?

*Soalan terakhir, hakikat harapan terletak di mana?*

Continue reading →

Peringatan Akhir Zaman

Bilakah akhir zaman? Samakah apabila dikatakan akhir zaman dengan peristiwa kiamat?

Lebih kurang. Umat akhir zaman, selepas berakhirnya kenabian utusan Allah s.w.t, Muhammad s.a.w., kini seluruh manusia, tidak kira kafir atau muslim, semuanya umat akhir zaman.

Kiamat adalah peristiwa kemuncak dan peleraian dari sepanjang zaman manusia kurun temurun hidup dan beramal di dunia. Tercetusnya peristiwa kiamat, sangkakala yang ditiupkan, dan berkumpulnya manusia menanti dihisab di padang mashyar yang penuh sengsara dan menyeksakan, semua adalah rentetan kejadian selepas kiamat membuka tirai setelah sekian lama ramai sangat yang menantikan.

Continue reading →

Kisah kebenaran al-Qur’an

Teringat beberapa hari yang lepas ada menulis ingin menceritakan kebenaran di sebalik kisah al-Qur’an.

Perkara ini perlu disedari oleh semua umat Islam betapa bertuahnya kita dikurniakan ad-Din yang redhai Allah, dan petunjuk yang sentiasa bertepatan dengan maksud hidup manusia di dunia ini sehingga ke akhir zaman.

Ia adalah kalamullah

Ia adalah milik dan hak Allah

Datang atau hadirnya ia diasbabkan kepada seorang nabi dan ada malaikat yang menyampaikan. Bukannya seperti si penulis ini menulis dengan senang hati sahaja dalam blog, bila-bila masa nak menulis dia menulis, atau si penulis buku ingin meluahkan perasaan atau pandangan melalui cara penulisan.

Maka, al- Qur’an ini bukanlah buku-buku biasa yang boleh dibeli di tepi jalan, boleh tukar-tukar tangan, bawa pergi mana-mana, atau buat tidak tentu hala.

Ia mukjizat Allah.

Ia mengandungi bukti yang jelas, nyata dan terang. Segala sesuatu itu adalah datang daripada-Nya.

Continue reading →