Tag Archives: amalan agama

Siapa kata jadi manusia itu mudah?

Antara amalan, pahala dan kesan.

Dalam menunaikan sesuatu amalan agama, terdapat dua perkara yang diperoleh tetapi berbeza antara satu sama lain.

Satu orang menunaikan amalan tersebut beroleh pahala. Satu orang lagi menunaikan suatu amalan dan dia memperoleh kesannya. Apabila beroleh kesan, maka pahala sudah tentu diterima.

Continue reading →

Antara takdir dan doa

 

Daku baru sahaja selesai menghadiri majlis ijtimak dakwah yang diadakan di sini baru-baru ini. Majlis yang diadakan selama tiga hari ini cukup padat dengan program, manusia yang datang, jemaah dakwah yang dikeluarkan dan macam-macam lagi.

Yang paling penting, ulama’ datang untuk menyampaikan kata-kata nasihat, penerangan dan dorongan untuk terus giat meneruskan usaha. Walaupun setiap orang itu sibuk dengan pelbagai tugas, kerjaya dan lain-lain lagi, usaha atas agama tidak boleh ditinggalkan sebegitu sahaja, sepertimana seseorang tidak boleh meninggalkan solah fardhu walaupun waktu itu dia sedang bekerja, tidur, mandi, makan atau lain-lain lagi.

Ingin juga dicatat beberapa pesanan ulama’ di sini. Tetapi masanya belum sesuai untuk hari ini. Ada waktu yang lebih sesuai, kelak akan daku tampilkan juga di laman ini.

Insya-Allah.

Continue reading →

Di mana aqidah yang benar?

Hari ini sebenarnya agak banyak tugasan perlu disiapkan. Apa-apapun, alhamdulillah daku telah berjaya menyelesaikan salah satu tugasan penting sepanjang masa yang diperlukan.

Alhamdulillah… segala puji bagi Allah kerana sentiasa memberikan pertolongan.

Insya-Allah, daku harap akan dapat mencapai target selesaikan tugasanku di sini pada masa yang ditetapkan. Hal ini kerana inilah tanggungjawabku di sini yang perlu diutamakan. Hal-hal lain adalah sampingan yang perlu jua sentiasa difikir-fikir dan ada perlaksanaan.

Continue reading →

Cinta dan Cemburu Allah.

Dunia sekarang sudah berubah. Apa-apa sahaja dilakukan cuba mencari penyelesaian melalui perlaksanaan dan hukuman.

Simplistik.

Islam meletakkan pelbagai keadaan untuk mengatasi sesuatu permasalahan. Malah, untuk merungkai permasalahan seperti penceraian, ada pelbagai cara dan metodologi yang digunakan sebelum kes penceraian diputuskan.

Continue reading →