Tag Archives: berniaga

Bagaimana Ingin Meyakini Kalimah Doa?

Masa untuk meneruskan pengajian masih panjang. Mungkin memerlukan masa 1-3 bulan proses menunggu dan penerimaan.

Moga Allah memberikan kemudahan. Demi melihat suatu perkara yang sangat indah, abstrak, halus, kejiwaan, dan sebagainya serta luar dari kebiasaan. Jika mengharapkan hanya pada bidang pengajian, tentu jauh sekali. Tetapi, sekiranya melihat pada bidang yang dikaji, tentu makin mendekati. Seperti flatform untuk pergi lebih jauh. Lebih jauh mendalami ilmu dan amalan kerohanian.

Insya-Allah.

Ketika ini, sedang mengusahakan untuk memenuhi keperluan. Ya lah. Takkan ingin melihat televisyen dan buang masa depan akhbar. (Sakit kepala.). Lagipun, daku tidak berkenan masa dibuang sia-sia. Jadi, usahalah untuk memenuhi keperluan untuk meneruskan pengajian, dan keperluan untuk masa depan.

Pendek kata, buat kerja dan perniagaan sendiri.

Banyak juga. Setakat ini sudah 2 perkara telah dilakukan. Mungkin ada lagi pada masa akan datang.

Yang penting, kena ada minat, semangat, dan sungguh-sungguh berusaha. Insya-Allah, Allah akan tunjukkan jalan.

Kenapa mengusahakan sendiri? Tak suka berkerja dengan orang (makan gaji)?

Entah.. orang kata setiap manusia Allah ciptakan berbeza-beza. Daku lebih suka menjadi usahawan dari bekerja dengan orang. Lebih relaks, masa sendiri alih, dan macam-macam lagi. Malah, daku sendiri menjadi usahawan sendiri sejak dari bangku sekolah rendah lagi. (Hhmm… entah bakat datang dari mana… mungkin ada moyang atau sesiapa yang minat berniaga)

Kalau makan gaji?

Ada satu perkara yang minat. Tetapi lain kali baru cerita. Insya-Allah.

Continue reading →

Advertisements

Apa yang ingin dilaksanakan jika…

Anda diberi sebidang tanah yang bernilai 200 juta. Apakah yang ingin anda laksanakan dengan tanah tersebut?

Maka, ada yang menjawab, “saya ingin mendirikan sebuah pusat beli belah”, “saya ingin buka sebuah sekolah”, “ingin mendirikan masjid”, “bina taman tema”, “buat sekolah pondok”, “bina pusat tahfiz”, dan sebagainya. Perkara macam ini biasa sahaja didengar oleh ramai orang apabila ditanyakan pendapat dan pandangan sekiranya diberikan suatu kelebihan atau kemudahan tanpa disangka-sangka. Seperti durian runtuh. Malah, mungkin sahaja perkara pertama yang disebut itu apa yang sememangnya dia inginkan, kerana kewujudan perkara tersebut bermula pada kotak pemikiran.

Tetapi, bagaimana pula sekiranya ada seorang lagi yang menjawab, “jika saya diberikan sebidang tanah yang nilainya adalah hampir 200 juta atau lebih, saya akan jualnya balik.”

Apa pandangan anda pada diri dan keinginan orang tersebut?

Continue reading →