Tag Archives: hamba

Nilai Ibadah Dalam Kehidupan

Menyelongkar sipi-sipi kisah kehidupan.

Melihat dan merenung kembali setiap penciptaan Tuhan. Keindahan, kecantikan, gunung-ganang yang berdiri utuh, awan-awan yang bergerak tanpa had atau batasan. Air yang sejuk menitis dari langit yang kelam, burung-burung yang berkicauan, tumbuhan dan buah-buahan yang berwarna warni, serta suara merdu unggas yang mewarnai alam ini, melahirkan rasa kerdilnya diri di hadapan sang Pencipta yang Maha Menciptakan setiap makhluk selain lautan manusia yang sentiasa sesak menjalani rentetan perjalanan kehidupan…

Memahami dan mendalami hakikat diri dan penciptaan diri…

Manusia tidak akan mampu mengenal pencipta-Nya, tanpa mengenal siapakah diri yang telah diciptakan oleh-Nya

Demi mengenali pencipta dan menyelongkar peribadi diri yang diciptakan, maka ibadah yang khusus antara Dia dan hamba disyariatkan kepada hamba-hamba-Nya di bumi ini untuk taat  melaksanakan-Nya.

Continue reading →

Prinsip Cinta Tanpa Syarat.

Lumrah dalam kehidupan manusia sentiasa wujud kehendak untuk berpasangan dan saling kasih mengasihi. Kelangsungan lumrah penciptaan ini mewujudkan sifat bertanggungjawab, prihatin, saling bertoleransi dan saling melengkapi.

Umpama wanita yang diberikan kelebihan dari segi emosi dan perasaan melengkapi prinsip kehidupan lelaki yang bersifat tegas dan kepimpinan. Lelaki yang diberikan kelebihan kekuatan dan keupayaan, melengkapi sifat wanita yang diciptakan lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan.

Manusia menjalinkan hubungan cinta dan kasih sayang bermula sejak dari dalam rahim ibu lagi. Sejak belum sempat menatap wajah dunia ini lagi.

Continue reading →

Hijrahku kali ini… siapa paling hebat??

Perkara yang kedua telah berlaku. Dan, ia memang telah berlaku.

Maka, daku telah bersedia untuk segala-galanya.

Tiada apa pengharapan buatku pada dunia.

Yang bersifat sementara

Esok ia hadir

Lusa belum tentu milik kita

Tiada apa yang perlu dirisaukan

Pada diri yang sedang menulis ini

Seorang yang hebat boleh dikatakan 🙂

Continue reading →

Akhirnya aku menemui jalan ini

Akhirnya aku menemui jalan ini…

Jalan yang menyeberangi lautan dan belantara

Merentasi benua dan menuju daratan Andalusia

Jalan ini bukanlah jalan manusia buat dunia yang sementara

Tetapi ia adalah jalan milik Allah, yang Maha Esa.

 

Akhirnya,

Aku menemui jalan yang membantu aku meneruskan kalimah dan bait2 perjuangan

Walau diriku sedar aku tidak memiliki sebarang kekuatan mahupun kelebihan

Tetapi,

Aku lagi sedar

Siapa diriku hendak membuat pertikaian mahupun membinasakan

Yang hadirku dari setitis air mani

Diciptakan pula segumpal daging, menerima darah, dan diberi kehidupan,

Sehingga wujudnya kata hati.

Hati yang sentiasa berbolak balik,

Kerna itulah ia digelar ‘hati’

Maka, diajarkan kepada manusia agar sedar dengan kemampuan diri

Terus sahaja berdoa dan memohon diteguhkan hati

Agar berada atas jalan yang lurus lagi diredhai Ilahi

Continue reading →