Tag Archives: janji Allah

Doa: Manifestasi Janji Allah

Suatu ketika dulu, artikel ini pernah dinukil di laman ini.

Kini, artikel ini digarap kembali apabila melihat ada kesesuaian dan baik  untuk dihayati.

Moga Allah sentiasa merahmati dan mengurniakan kekuatan iman dan takwa di sebalik perjuangan dan kehidupan.

Belajar dan belajar lagi kerana Allah SWT.

Continue reading →

Doa: Pembuktian Janji Allah

Minggu demi minggu sedang berlalu.

Sudah hampir dua bulan kembara mencari dan mengenali Allah s.w.t.

Masa semakin kian meninggalkan.

Perjalanan masih diteruskan.

Pengembaraan belum tiba lagi pengakhiran.

Continue reading →

Antara YAKIN dan PERCAYA

Kadang-kadang suka bermain dengan istilah. Bagi daku, istilah dalam suatu perkataan memberikan suatu nilai yang tidak terkira. Sekiranya tersalah menghasilkan istilah yang tepat berdasarkan kondensi yang telah ditentukan, sebarang perbuatan ke arahnya tidak mendatangkan hasil yang bermakna.

Begitu juga apabila menghasilkan suatu nukilan atau tulisan. Tidak semua perkataan yang dibaitkan itu adalah sewajarnya diperhatikan pada nilai luaran. Kadang-kadang membawa makna yang berbeza, bergantung kepada perkara yang dibaitkan, dan apa yang ingin disampaikan.

Hanya, sekiranya penulisan itu adalah sebuah fakta, tidak dapat tidak hendaklah jelas dan tidak bersimpang siur dalam memahami isi yang telah dihasilkan. Fakta adalah muktamad. Tiada pertikaian melainkan ada dalil lain untuk kembali diperbincangkan.

Sekiranya penulisan itu berbentuk suatu pandangan, luahan atau coretan hati, maka terdapat beberapa istilah yang digunakan tidak menjelaskan keadaan. Istilah itu nampak simple dan biasa, sebaliknya ia cukup mendalam dan ada makna yang berbeza. Istilah yang dihasilkan mungkin tidak diketahui sesiapa, melainkan orang yang benar-benar hidup dengan cara menulis, atau mengetahui keadaan dan peristiwa yang berlaku kepada diri penulis.

Dari segi istilah, perkataan tahu apa yang ditulis dan mahu apa yang ditulis, atau ‘menulis’ dan ‘penulis’  sudah ada makna tersirat yang berbeza. Cuba cari maknanya jika bijak dan pandai.

Continue reading →

Kebenaran itu Hak Allah

Daku cuba meleraikan persoalan diri sendiri…

Kadang-kadang wujud suatu keadaan yang mana memerlukan diri ini menyampaikan suatu kalimah atau kalam kebenaran. Khusus dari jiwa yang mencari nilai dan cahaya Islam, menolak kepada pengharapan pada manusia atau sekaliannya.

Sebagai manusia biasa, di mana-mana, di seketika mana,

Pasti wujud manusia yang suka mengagungkan dunia dan manusia. Kononnya, duit adalah segala-galanya, harta yang melimpah ruah adalah matlamat utama, pangkat dan darjat menjadi topik utama.

Continue reading →