Tag Archives: jin

Jin dan manusia

Hari itu ada kawan bagi satu minyak wangi.

Dia bagi pakai.

Lepas itu…

Dia kata…

“Abang test minyak wangi ni. Ada orang bagi. Dia kata dia baca ayat bagi ‘malaikat’ lindungi orang yang memakainya…”

Continue reading →

Advertisements

Ruqyah (3)

Sebenarnya,
Daku tak berminat untuk berkata lebih-lebih akan perkara ini. Teringat kata-kata seorang teman,
“Jika kita mengagungkan sesuatu, pasti benda tersebut terpegun dan berbangga dengan kewujudannya. Maka, lebih gembira dan senang untuk menampilkan dirinya.”
“Begitulah jua dengan perihal makhluk halus ini. Suatu ketika, hanya sebab diedarkan cerita itu ini berlaku pada keluarga terdekat, diri sendiri turut terasa bahang yang sama. Alhamdulillah, dengan izin Allah, baca sedikit ayat pelindung dan al-Qur’an, segalanya telah pergi.”
Continue reading →

Ruqyah (1)

Bismillahirrahmanirrahim.
Telah agak lama dipendam dan terfikir atau mungkin ilham Allah untuk daku menulis akan perkara ini. Alhmadulillah, pada kali ini, Allah SWT telah memberi keizinan, petunjuk, dan kekuatan kepadaku untuk menulis akan perkara ini.
Jadi, semoga sesiapa yang berkenaan dan ingin menengali cara pencegahan dari perkara ini, bolehlah mengambil manfaat dari artikel ini. InsyaAllah.
Continue reading →

Antara YAKIN dan PERCAYA

Kadang-kadang suka bermain dengan istilah. Bagi daku, istilah dalam suatu perkataan memberikan suatu nilai yang tidak terkira. Sekiranya tersalah menghasilkan istilah yang tepat berdasarkan kondensi yang telah ditentukan, sebarang perbuatan ke arahnya tidak mendatangkan hasil yang bermakna.

Begitu juga apabila menghasilkan suatu nukilan atau tulisan. Tidak semua perkataan yang dibaitkan itu adalah sewajarnya diperhatikan pada nilai luaran. Kadang-kadang membawa makna yang berbeza, bergantung kepada perkara yang dibaitkan, dan apa yang ingin disampaikan.

Hanya, sekiranya penulisan itu adalah sebuah fakta, tidak dapat tidak hendaklah jelas dan tidak bersimpang siur dalam memahami isi yang telah dihasilkan. Fakta adalah muktamad. Tiada pertikaian melainkan ada dalil lain untuk kembali diperbincangkan.

Sekiranya penulisan itu berbentuk suatu pandangan, luahan atau coretan hati, maka terdapat beberapa istilah yang digunakan tidak menjelaskan keadaan. Istilah itu nampak simple dan biasa, sebaliknya ia cukup mendalam dan ada makna yang berbeza. Istilah yang dihasilkan mungkin tidak diketahui sesiapa, melainkan orang yang benar-benar hidup dengan cara menulis, atau mengetahui keadaan dan peristiwa yang berlaku kepada diri penulis.

Dari segi istilah, perkataan tahu apa yang ditulis dan mahu apa yang ditulis, atau ‘menulis’ dan ‘penulis’  sudah ada makna tersirat yang berbeza. Cuba cari maknanya jika bijak dan pandai.

Continue reading →