Tag Archives: ketetapan Allah

Antara takdir dan doa

 

Daku baru sahaja selesai menghadiri majlis ijtimak dakwah yang diadakan di sini baru-baru ini. Majlis yang diadakan selama tiga hari ini cukup padat dengan program, manusia yang datang, jemaah dakwah yang dikeluarkan dan macam-macam lagi.

Yang paling penting, ulama’ datang untuk menyampaikan kata-kata nasihat, penerangan dan dorongan untuk terus giat meneruskan usaha. Walaupun setiap orang itu sibuk dengan pelbagai tugas, kerjaya dan lain-lain lagi, usaha atas agama tidak boleh ditinggalkan sebegitu sahaja, sepertimana seseorang tidak boleh meninggalkan solah fardhu walaupun waktu itu dia sedang bekerja, tidur, mandi, makan atau lain-lain lagi.

Ingin juga dicatat beberapa pesanan ulama’ di sini. Tetapi masanya belum sesuai untuk hari ini. Ada waktu yang lebih sesuai, kelak akan daku tampilkan juga di laman ini.

Insya-Allah.

Continue reading →

Doa: Bukti Penghambaan Kepada Allah

Merungkai kata-kata hukama’ bukanlah satu tugas yang mudah. Kadang-kadang kata-katanya hanya ringkas dan senada, tetapi pengertiaan dan maksudnya terlalu luas untuk ditafsirkan.

Sekiranya seseorang yang umum mendengar hukama’ berkata, mereka mungkin mengambil nilai yang ringkas dan tersurat yang disampaikan. Sebaliknya, seseorang yang mengetahui hikmah dari apa yang disampaikan, tersirat pelbagai nasihat dan teladan yang hanya orang-orang tertentu mampu mengetahui dan menilainya.

Oleh yang demikian, kadang-kadang akan dihuraikan sebahagian dari hikmah itu di sini. Walaupun tidak sebaik dan sejelas mana, moga-moga beroleh manfaat, terutama buat diri sendiri.

InsyaAllah.

Continue reading →

Sabar

Assalamualaikum w.b.t.

Hari dan waktu yang terus melalui, kadang-kadang terlintas dalam fikiran tentang arah tuju diri dalam kehidupan ini. “Apakah yang akan berlaku padaku 10 tahun lagi?” “Bagaimanakah keadaan peribadiku setelah melalui ranjau dan perjuangan selama ini?” “Bolehkah daku terus membaitkan kalam dan penulisan agar terus memberi bakti dan peringatan buat mereka yang sentiasa dikasihi dan rakan seperjuanganku ini?”

Sentiasa cuba mengoreksi diri. Kerana, daku jua banyak kekurangan dan kelemahan. Tetapi jangan dijadikan asbab kekurangan itu yang menyebabkan diri merasa lemah untuk teruskan perjuangan, sebaliknya cuba memperbaiki dan terus memperbaiki agar suatu hari nanti aada dijadikan yang diciptakan di sana.

Ketika cuba menilai dan meninjau perjalanan kehidupan ini, baru diriku sedar, sudah panjang dan meningkat usiaku. Jika dahulu hanya si anak kecil yang sering merajuk dan meminta perhatian daripada ibu bapa, kini perlu terus memberi dan memberi peringatan kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Jika dahulu cikgu yang selalu menegur dan memberi tunjuk ajar dalam pelajaran dan tingkah laku manusia, kini perlu belajar sendiri mencari sumber ilmiah dan bersama-sama rakan seperjuangan yang boleh meletakkan fikrah bersama.

Continue reading →