Tag Archives: manusia

Intuisi: hati, akal atau nafsu?

Assalamualaikum w.b.t.

 

Moga sihat wal afiat dan kekal dalam hidayat Allah s.w.t.

Daku ingin monolog di sini. Monolog untuk menghuraikan berkaitan dengan intuisi atau ilham yang timbul di hati.

Dalam bayangan nafsu, akal atau hati itu sendiri.

(Jadi, bunyi tulisan ini seperti untuk diri sendiri).

Continue reading →

Siapa kata jadi manusia itu mudah?

Antara amalan, pahala dan kesan.

Dalam menunaikan sesuatu amalan agama, terdapat dua perkara yang diperoleh tetapi berbeza antara satu sama lain.

Satu orang menunaikan amalan tersebut beroleh pahala. Satu orang lagi menunaikan suatu amalan dan dia memperoleh kesannya. Apabila beroleh kesan, maka pahala sudah tentu diterima.

Continue reading →

Kisah Teladan

Tiba-tiba pagi hari ini ada sedikit masalah.

Tak jangka pun. Ingat semua dapat berjalan dengan baik seperti hari-hari lain.

Tak apalah. Semua dalam pengetahuan Allah. Redha sahajalah kan.

 

Jadi, nak kena pi selesaikan problem ini dulu.

Supaya tak lebih berjangkit dan merebak, lebih baik ambil tindakan segera.

Untuk itu, tak sempat nak pikior hari ini. Untuk memenuhi kekosongan daku petik kisah teladan yang mungkin menjadi pengubat rohani.

Insya-Allah.

Dipetik dari: website 1001 kisah teladan (banyak dalam dunia ke-2…)

Continue reading →

Bukti Kecintaan kepada Allah (2)

(sambungan dari artikel yang lalu)

KECINTAAN MANUSIA VS KECINTAAN ALLAH

Hakikatnya, kecintaan manusia bersifat lemah dan sementara. Lemah kerana memerlukan manusia lain untuk menyatakan cinta. Sementara kerana nafsu yang wujud dalam diri yang menyatakan keinginan kepadanya.

Tetapi, cinta Allah adalah keajaiban dan penuh ketakjuban. Cinta Allah bukan memerlukan pancaindera normal manusia untuk menilai hadirnya cinta. Cinta Allah itu Maha Luas dan tiada langusng sempadan baginya.

Mencintai tanpa mengetahui siapa zat yang dicintai. Namun, wujud bukti Dia yang dicintai. Keagungan-Nya terserlah. Kebesaran ternyata wujud di depan mata.

Continue reading →

Kepentingan Amal dan Keperluan Usaha

Nukilan ini boleh dikatakan sebagai sambungan pada artikel yang lepas. Cuba menghuraikan lebih terperinci akan mengenai dua perkara, iaitu amal dan usaha.

Kadang-kadang ketika melalui kehidupan ini,

manusia sering menyangka mereka mampu berdiri dengan kaki sendiri.

ketika menempa kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu bidang, sangkaan manusia lebih berkisar kepada kebolehan dan usaha yang gigih yang telah dilaksanakan.

Sukar mendengar dari kata-kata yang mereka beruaha atas amal kerana Allah. Hanya mukaddimah cakap yang mereka bersyukur kepada Allah, yang lain melalut akan peranan yang apa yang telah dikerjakan untuk mencapai kecemerlangan yang didambakan.

Continue reading →

ILMU: Dalam Perancangan Yahudi.

Tidak banyak untuk daku menulis kali ini, memandangkan peperiksaan masih belum berakhir.

Ada pelbagai kisah yang cuba kubaitkan, tetapi masa dan aktiviti kian tak menentu kerana minggu peperiksaan ini.

Masih ada dua kertas peperiksaan lagi. Paling dekat pagi rabu ini. Doakan beroleh kejayaan.

Oleh itu, sedikit penulisan sahaja yang boleh kumuatkan di sini pada hari ini.

Continue reading →

Prinsip Cinta Tanpa Syarat.

Lumrah dalam kehidupan manusia sentiasa wujud kehendak untuk berpasangan dan saling kasih mengasihi. Kelangsungan lumrah penciptaan ini mewujudkan sifat bertanggungjawab, prihatin, saling bertoleransi dan saling melengkapi.

Umpama wanita yang diberikan kelebihan dari segi emosi dan perasaan melengkapi prinsip kehidupan lelaki yang bersifat tegas dan kepimpinan. Lelaki yang diberikan kelebihan kekuatan dan keupayaan, melengkapi sifat wanita yang diciptakan lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan.

Manusia menjalinkan hubungan cinta dan kasih sayang bermula sejak dari dalam rahim ibu lagi. Sejak belum sempat menatap wajah dunia ini lagi.

Continue reading →

Peringatan pada hati yang alpa dan leka

Hari ini telah melalui jalan yang bermula pada hari yang semalam. Hari yang menjanjikan sesuatu yang tidak daku ketahui malah mungkin berbeza dari pengetahuan dan perancangan. Perangkaan manusia sentiasa melalui, perangkaan Allah s.w.t tiada siapa yang ketahui.

Manusia sentiasa meniti kisah dalam kehidupan dengan pelbagai sifat dan perancangan. Penuh dengan perancangan. Demi memenuhi hakikat, diri ini hanyalah mampu merancang. Dia yang MAHA MENENTUKAN.

Rancangan-Nya menaungi segenap penjuru alam. Menaungi setiap perancangan manusia, yang sememangnya bersifat lemah lagi tidak berdaya.

Sekiranya perancangan itu mengalami kesulitan, ketahuilah, manusia itu sememangnya tidak pernah sempurna dalam melakukan perancangan dalam setiap perbuatan.

Apabila perancangan manusia itu membuahkan kemudahan, ketahuilah perancangan itu bukan milik manusia itu menentukan, sebaliknya telah tercatat lagi direkodkan di lauh mahfuz sana.

Dia telah menentukan segala-galanya. Walau hamba-Nya yang diciptakan di muka bumi ini bersifat engkar dan alpa, rahmat dan pengetahuan-Nya tidak pernah terkurang walau secubitpun.

Allah Maha Menyaksikan segala-gala-Nya.

Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati dan jiwa manusia.

Rahmat dari-Nya Maha Luas. Tidak mengira sesiapa dan di mana-mana. Sentiasa diberikan kepada segenap makhluk dan penjuru alam. Dialah Maha Memberi lagi Maha Merahmati.

Hidup adalah kerana-Nya. Suatu ketika pasti akan kembali pada-Nya.

Daku sentiasa ingin dan kembali mencari kebahagiaan hakiki. Kerana ia, lebih bernilai dari dunia serta seisinya. Kerana ia, mengingati daku hanyalah layak bergelar hamba, walau punya pangkat bahkan harta. Kerana ia, menjamin keredhaan Ilahi, menuju syurga yang abadi.

Continue reading →

Padukah erti cintaku pada Allah?

Padukah erti cintaku pada Allah?

Cintaku pada Allah dan Rasul…

Hhmm… nampaknya masih belum cukup kukuh hati ini menyatakan rasa cinta pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Kadang2 dalam kesibukan mencari dan berjuang menuntut ilmu duniawi atau fardhu kifayah, adakalanya hati ini leka dibuai enak mimpi yang tidak kesudahan..

Ingin itu ini, padahal tidak pasti esok lusa boleh hidup atau tidak lagi.

Bercita-cita tinggi hingga menjulang tinggi harapan ke langit, tetapi tidak pernah terdetik mensyukuri nikmat yang sedia lahir dalam diri ini.

Bagaimana jika aku lahir tiada mata untuk melihat?

Bagaimana jika aku lahir tiada telinga untuk mendengar?

Bagaimana jika aku lahir tiada mulut untuk berkata-kata?

Alhamdulillah… dengan limpahan kasih sayang Allah dia memberikan semuanya kepadaku malah kepada manusia yang lain tidak kira taat atau tidak pada perintahNya.

Itu bukti rahmat Tuhan.

Sekali lagi aku melafazkan kesyukuran… Alhamdulillah…

Continue reading →

Peringatan pada diri ini…

Dilebarkan sayap penyampaianku di sini,

Kerana hati terasa ingin terus memperingati diri ini mahupun sesiapa agar jangan leka dan alpa

Pada godaan manusia dan dunia,

InsyaAllah

Memberikan kebaikan pada diri, dan sekeluarga Continue reading →