Tag Archives: menangis

Menangislah kerana Allah

Artikel ini adalah dicetak kembali dari laman sesawang iluvislam.com. Sudah agak lama, tapi terperap sahaja dalam makhluk ini, jadi tidak dikeluarkan.

Kali ini, peringatan kerana-Mu, ya Allah, kembali dilahirkan. Dahulu, telah diungkap sebahagian dari kisah pada artikel ini dalam Air Mata Keinsafan, dan kini kembali dikisahkan dalam kiriman ini.

Peringatan itu bukanlah sekali, dan tidak perlu lagi diberikan sesudahnya. Peringatan itu adalah sentiasa, biarpun topik atau perkara yang dilafazkan adalah sama. Kerana itulah dikatakan ‘peringatan’. Asal dasarnya ialah ‘ingat’, maka lawannya tentu ialah ‘lupa’. Jadi, untuk sentiasa ingat dan terus mengingati, sehingga sebati dalam kehidupan dan amalan, maka peringatan sentiasa lancar di tangan, mudah diluahkan di bibir setiap insan.

Sebagaimana ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya menjadi anak yang soleh, tidak pernah jemu menegur, menasihat, dan menyampaikan tarbiyah, agar sentiasa mentaati Allah, dan menjauhi larangannya.

Begitu juga guru yang sentiasa mengulang-ulang topik pembelajarannya, agar anak didiknya mengingati setiap yang diajar sekaligus tidak mudah untuk melupakannya.

“Biarkan berjuta-juta peringatan itu lahir dari mulut dan penaku, diriku tidak pernah rasa jemu. Maka, benarkanlah ia terus lahir, agar ada sudi kembali memberi peringatan kepadaku, dan diriku terus menyampaikan kalamku.”

Continue reading →