Tag Archives: neraka

Dunia dan akhirat

Dunia sedang begelojak sekali lagi.

Tetapi, bukan satu negara, tetapi tiga negara berterusan dilanda peperangan.

Jika dulu Gaza di Palestin, kini kerakyatan Rakhine di Myanmar, dan Rakyat seklai terlibat konflik peperangan yang sama, tetapi tujuan yang berbeza.

Continue reading →

Bahaya Lidah

Dalam benak antara yang paling dalam diri ini,

Daku berhajat akan sesuatu. Berhajatkan sesuatu kebaikan yang makin sukar bila mengira keadaan zaman.

Yang manusia makin hilang mengharapkannya…. makin jauh dari mendekatinya.

Namun, daku tetap meyakini akan kekuasaan Allah s.w.t. Tiada daya manusia untuk mengubah keadaan yang telah dipelihara dan dikehendaki-Nya. Maka, kepada-Nyalah harapanku moga-moga Dia akan sentiasa memelihara dan memakbulkan.

Hajatku, setiap manusia yang melihat laman boleh mengambil pelajaran dan pengajaran akan apa-apa yang berlaku kini. Mengubah hati ramai yang mencintai akan dunia yang akan pergi, kepada akhirat yang kekal abadi. Terutama sekali, agar hati semakin mendekati dan merasai kekuasaan Allah s.w.t yang manusia semakin leka dari mengenali-Nya.

Khususnya,

Buat mereka yang mengenaliku. Mereka yang memahami jiwa dan jasadku.

Continue reading →

Kematian itu suatu kehidupan

Sebahagian dari penulisan ini ialah kesinambungan dari peringatan yang lepas. Kesinambungan sebuah perjalanan yang tiada siapa mengetahui di mana perhentian. Namun, apa yang pasti, pasti dan pasti tetap akan sampai pada perhentian, kematian.

Ramai manusia yang enggan untuk berkata tentang mati. Bagi manusia, mati itu suatu cerita orang-orang tua, yang dah lama hidup dan jemu dengan kehidupan duniawi. Tinggal rumah kata pergi, kubur kata mari.

Tetapi, kini zaman sudah berubah. Dari zaman tuk kaduk, poh yeh-yeh, dangdut, rock kapak, sehinggalah ke zaman ini, yang tua-tua makin ramai yang tidak sedar diri. Asalkan berduit, tinggal jauh kisah anak bini. Ligat pula cari amoi-amoi, GRO mahupun gigolo yang sedia menanti!

Itu cerita orang kini. Bukan nak cakap kosong, cerita pompang-pompang kedai kopi. Ia kisah benar. Kehidupan moden zaman sekarang. Buka sahaja akhbar atau turut dikenali newspaper, pasti ada cerita ceriti kisah manusia yang tidak ingat tentang mati.

Continue reading →

Kisah kebenaran al-Qur’an

Teringat beberapa hari yang lepas ada menulis ingin menceritakan kebenaran di sebalik kisah al-Qur’an.

Perkara ini perlu disedari oleh semua umat Islam betapa bertuahnya kita dikurniakan ad-Din yang redhai Allah, dan petunjuk yang sentiasa bertepatan dengan maksud hidup manusia di dunia ini sehingga ke akhir zaman.

Ia adalah kalamullah

Ia adalah milik dan hak Allah

Datang atau hadirnya ia diasbabkan kepada seorang nabi dan ada malaikat yang menyampaikan. Bukannya seperti si penulis ini menulis dengan senang hati sahaja dalam blog, bila-bila masa nak menulis dia menulis, atau si penulis buku ingin meluahkan perasaan atau pandangan melalui cara penulisan.

Maka, al- Qur’an ini bukanlah buku-buku biasa yang boleh dibeli di tepi jalan, boleh tukar-tukar tangan, bawa pergi mana-mana, atau buat tidak tentu hala.

Ia mukjizat Allah.

Ia mengandungi bukti yang jelas, nyata dan terang. Segala sesuatu itu adalah datang daripada-Nya.

Continue reading →

Menangislah kerana Allah

Artikel ini adalah dicetak kembali dari laman sesawang iluvislam.com. Sudah agak lama, tapi terperap sahaja dalam makhluk ini, jadi tidak dikeluarkan.

Kali ini, peringatan kerana-Mu, ya Allah, kembali dilahirkan. Dahulu, telah diungkap sebahagian dari kisah pada artikel ini dalam Air Mata Keinsafan, dan kini kembali dikisahkan dalam kiriman ini.

Peringatan itu bukanlah sekali, dan tidak perlu lagi diberikan sesudahnya. Peringatan itu adalah sentiasa, biarpun topik atau perkara yang dilafazkan adalah sama. Kerana itulah dikatakan ‘peringatan’. Asal dasarnya ialah ‘ingat’, maka lawannya tentu ialah ‘lupa’. Jadi, untuk sentiasa ingat dan terus mengingati, sehingga sebati dalam kehidupan dan amalan, maka peringatan sentiasa lancar di tangan, mudah diluahkan di bibir setiap insan.

Sebagaimana ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya menjadi anak yang soleh, tidak pernah jemu menegur, menasihat, dan menyampaikan tarbiyah, agar sentiasa mentaati Allah, dan menjauhi larangannya.

Begitu juga guru yang sentiasa mengulang-ulang topik pembelajarannya, agar anak didiknya mengingati setiap yang diajar sekaligus tidak mudah untuk melupakannya.

“Biarkan berjuta-juta peringatan itu lahir dari mulut dan penaku, diriku tidak pernah rasa jemu. Maka, benarkanlah ia terus lahir, agar ada sudi kembali memberi peringatan kepadaku, dan diriku terus menyampaikan kalamku.”

Continue reading →

Air mata keinsafan

Ramadhan menjelma lagi…

Mampukah hati ini terus tawajjuh dan beroleh kekuatan untuk meneruskan terbiyah olehmu, wahai Ramadhan…

Ketika manusia lain sibuk dengan hal-hal duniawi, aku mencari setitik waktu untuk meneruskan menyucikan jiwaku, menghadapkan diriku memuliakan bulan tarbiyahMu, mencari ruang-ruang di sebalik kesibukan waktu duniawiku utnuk perbanyakkan lagi beribadah kepadaMu…

Kadang2 ada, jazbahku kental. Teringin sungguh aku meneruskan lidah ini melahirkan, melafazkan kalam suciMu, menghafaz suruh-surahMu, mentaddabburi setiap bait ayat dalam surahMu…

Ya ALlah, kurniakanlah hambaMu kekuatan meneruskan tarbiyah dalam bulan yang penuh kerahmatan, kemuliaan dan keberkatan ini…

Moga2, tarbiyah ini membimbing dan mendidik jiwaku taqarrub kepadaMu, takut kepadaMu, mengharapkan kebahagiaan ukhrawi, dijauhkan dari pintu azabMu. Amin…

Semoga kisah ringkas, air mata yang lahir dari keinsafan dan keikhlasan hati kerana takutnya kepada ALlah s.w.t.  ini menjadi pedoman bersama…

Continue reading →