Tag Archives: peringatan

Peringatan, sentiasa perlu disampaikan.

Gaya dan penampilan tidaklah sama.

Gaya ibarat sikap dan tingkah laku, manakala penampilan seperti keadaan fizikal luaran yang ditonjolkan oleh peribadi seseorang.

Gaya itu membentuk penampilan. Jika gaya baik, maka penampilan bersih dan menarik. Tetapi jika gaya tercela maka penampilan membentuk gaya tersebut sehingga menjadi aneh pada logic yang norma. Jika tiada gaya, maka orang tersebut masih tidask kenal dirinya dan ikut-ikut sahaja.

Continue reading →

Akhirat Untuk Siapa?

Pagi yang cerah dan damai. Terik matahari menyinar sekalian alam.

Indah. Dunia ini sememangnya ada nilai ketakjuban. Sekiranya tidak diperhati pada kehidupan manusia, dunia ini sememangnya telah diciptakan indah dan mempersonakan.

Tetapi, sekiranya hanya dinilai pada ilusi dan fatamorgana wajah penciptaan dunia, ia tidak mampu memalingkan hati-hati manusia kepada Tuhan yang Maha Esa. Melainkan, ada kehendak lain dan hasrat terpendam yang diingini pada penciptaan dunia.

Ketika itu, barulah terbit istilah ‘tipu daya duniawi’. Manusia yang bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan apa yang ada di dunia ini.

Hakikatnya, dunia ini akan pergi suatu ketika nanti. Pasti. Rela atau tidak, suka atau benci, bersedia atau tidak lagi, nyatanya dia tetap meninggalkan makhlukNya, atau makhlukNya meninggalkan dia.

  Continue reading →

Bahaya Lidah

Dalam benak antara yang paling dalam diri ini,

Daku berhajat akan sesuatu. Berhajatkan sesuatu kebaikan yang makin sukar bila mengira keadaan zaman.

Yang manusia makin hilang mengharapkannya…. makin jauh dari mendekatinya.

Namun, daku tetap meyakini akan kekuasaan Allah s.w.t. Tiada daya manusia untuk mengubah keadaan yang telah dipelihara dan dikehendaki-Nya. Maka, kepada-Nyalah harapanku moga-moga Dia akan sentiasa memelihara dan memakbulkan.

Hajatku, setiap manusia yang melihat laman boleh mengambil pelajaran dan pengajaran akan apa-apa yang berlaku kini. Mengubah hati ramai yang mencintai akan dunia yang akan pergi, kepada akhirat yang kekal abadi. Terutama sekali, agar hati semakin mendekati dan merasai kekuasaan Allah s.w.t yang manusia semakin leka dari mengenali-Nya.

Khususnya,

Buat mereka yang mengenaliku. Mereka yang memahami jiwa dan jasadku.

Continue reading →

Pengislahan Hati Demi Menuju Allah.

Kadang-kadang ,manusia tidak mengetahui apakah kaedah yang paling berkesan dalam penyampaian. Ada orang menilai dengan internet, artikel, atau facebook telah membuka mata banyak pihak untuk menerima apa-apa yang disampaikan. Hakikatnya, ia hanyalah usaha sampingan yang jika tiada pun tidak memberi kesan besar dalam kehidupan.

Kaedah paling berkesan dalam penyampaian ialah melalui ucapan atau kata-kata. Tidak sekadar itu, perlu jua dengan berjumpa sentiasa, saling berkenalan, dan saling menziarahi.

Islam tidak terbina melalui tembok besi dan teknologi tinggi.

Islam terbina dengan kasih sayang dan saling berkomunikasi.

Continue reading →

Janganlah Biarkan Baginda s.a.w. Bersedih Hati…

Insya-Allah, dua hari lagi bermulalah hari raya Aidiladha baru tahun 1432Hijriah ini. Sambutan kedua umat Islam meraikan hari kebesaran dan keagungan Islam yang berlaku di segenap penjuru alam.

Hari yang meraikan dan mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kerana ingin mentaati perintah Allah s.w.t. Diperintahkan untuk menyembelih anaknya hatta kasih seorang bapa sentiasa menyelinap dalam sanubari baginda a.s. Namun, kerana inilah perintah Allah, buat Khalillullah, maka pasti akan dilaksanakan walau terpaksa mengorbankan jiwa dan perasaan.

Tetapi,

Ternyata hari kebesaran ini disambut suram oleh rakyat Malaysia (mungkin juga di negara lain). Entahlah… sejak zaman berzaman berlalu, tidak banyak lagi manusia begitu bersungguh-sungguh untuk merasa dan meraikan sesuatu upacara terutama yang membawa mesej Islam.

Lebih ramai yang suka tinggal di rumah dari saling menziarahi. Duduk di depan televisyen atau mengadap komputer buka laman facebook. Sibuk dengan aktiviti sendiri dari melibatkan diri dengan saudara mara dan jiran tetangga yang lain. Semangat persaudaraan dan kejiranan nampak makin kurang terserlah. Sedangkan di musim perayaan inilah sepatutnya lebih melibatkan diri. Kanak-kanak yang memeriahkan suasana dengan teloceh dan ragam mereka turut makin kurang berkunjung ke laman rumah.

Mungkin berada di taman atau bandar besar sahaja merasakan sebegitu. Mungkin tidak apabila berada di kawasan kampung dan desa yang permai dan lebih ramah dan mesra orangnya.

Apa-apapun, bersyukur kerana masih diberi kesempatan menyambut raya korban pada tahun ini. Moga boleh berkorban lagi di tahun yang menanti.

Insya-Allah.

Continue reading →

Peringatan kepada hati yang sering alpa

Minggu ini banyak melibatkan aktiviti di luar. Aktiviti memenuhi jiwa dengan kerohanian. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Huuhh… macam hebat bunyinya! Tetapi, sebenarnya biasa-biasa sahaja. Yang membezakan situasi tersebut adalah pada orang yang melaluinya dan bagaimana penglihatan yang diberikannya.

Sekiranya untuk saja-saja, maka hasilnya juga saja-saja.

Sekiranya untuk memperbaiki dan mendapatkan iman, maka itu jua yang insya-Allah, akan didapatinya.

Sekiranya untuk mempolish dan menyucikan hati, maka itu yang akan dikurniakan kepada-Nya.

Insya-Allah.

Continue reading →

Tudung dan wanita

Bukan nak tegur.

Tetapi ingin beringat.

Beringat untuk diri sendiri dan kepada manusia yang lain.

Dalam kebanjiran besar fenomena manusia melihat kepada peredaran masa dalam bab berpakaian, ada kalanya ramai yang terlupa menjengah makna hal dan haram dalam berpakaian.

Asal nampak  cantik dan menarik, pakai sahaja.

Manusia yang digelar wanita fitrahnya sentiasa ingin kelihatan cantik dan tertarik.

Manusia yang bergelar lelaki pula fitrahnya tertarik kepada apa sahaja yang cantik dan menarik.

Daya yang seperti positif dan negatif pola magnet ini adakalanya bawa kebaikan, tetapi kini lebih kedengaran membawa kepada kejahatan.

Masalah sosial dan moral remaja.

Masalah anak tak ada ayah, zina.

Masalah, masalah, masalah….

Continue reading →

Menghampiri destinasi baru.

Jauh…

di kawasan pedalaman.

Penempatan bukan seperti di bandar, bukan seperti di pekan samudera.

Penduduk yang ramai,tetapi serba kekurangan.

Mungkin agak lama berada di sini. Mentarbiah diri, dan memperbaiki sifat diri yang serba kurang sana sini.

Continue reading →

Peringatan Demi Peringatan

Sementelah mengharungi kehidupan di dunia ini, pasti sesiapa pun tidak dapat lari dari rasa seronok, gembira, malah menjadikan asset kehidupan dan keinginan pada dunia adalah segala-galanya. Perlu sentiasa berusaha, meningkatkan daya kerja, komited dan prihatin, malah boleh samping ke peringkat melakukan pengkhianatan, dendam dan permusuhan dek kerana tertipu dengan harta dan kesenangan palsu di dunia ini.

Disebabkan keasyikan menjadikan kemewahan dan kesenangan yang diperoleh dalam kehidupan ini, mereka leka dan lalai mengerti kewujudan hak tunggal dunia adalah bersifat sementara. Ini adalah hak yang kekal wujud pada nilai dunia. Namun, ramai yang tidak pernah sedar dan ingin mengambil iktibar dari nilai sebenar sifat duniawi. Kerana, mereka nampak dan dapat gambarkan setiap yang dimiliki dan apa-apa yang ingin dicapai di dunia ini.

(agak kecil skop pandangan, mengejar masa)

Continue reading →

Peringatan Akhir Zaman

Bilakah akhir zaman? Samakah apabila dikatakan akhir zaman dengan peristiwa kiamat?

Lebih kurang. Umat akhir zaman, selepas berakhirnya kenabian utusan Allah s.w.t, Muhammad s.a.w., kini seluruh manusia, tidak kira kafir atau muslim, semuanya umat akhir zaman.

Kiamat adalah peristiwa kemuncak dan peleraian dari sepanjang zaman manusia kurun temurun hidup dan beramal di dunia. Tercetusnya peristiwa kiamat, sangkakala yang ditiupkan, dan berkumpulnya manusia menanti dihisab di padang mashyar yang penuh sengsara dan menyeksakan, semua adalah rentetan kejadian selepas kiamat membuka tirai setelah sekian lama ramai sangat yang menantikan.

Continue reading →