Tag Archives: perniagaan

Anda Mempunyai Minat?

“Aizik, kamu minat apa?”

“Hhmm…. ana suka beli baju baru. Kalau boleh setiap hari nak pakai  baju jenis baru. Nampak cantik dan tersendiri. Orang lain pun tentu memuji…”

Bangga Aizik sendiri. Tersenyum puas bercerita perkara kesukaannya.

“Tapi, itu kan membazir. Kalau beli banyak-banyak, nanti bukan semua pun nak pakai. Kemudian, buang dan terbiar sahaja. Lebih baik pilih sahaja mana yang berkenan, setelah lama pakai atau dah lusuh sangat, barulah beli yang baru.”

“la… tadi kamu juga yang tanya ana minat apa. Ana jawab la. Tapi ni kritik lebih-lebih pula. Ana tak kata pun tiap-tiap hari beli baju baru, hanya minat sahaja ke arah itu.”

Mendatar sahaja jawapan Aizik. Terpinga-pinga Linar melihat kelantangan lidahnya bukan pada tempatnya.

“Oohh…. maafkan ana, Aizik. Terlebih kuah pula daripada nasi….”

Continue reading →

Advertisements

Akhirnya, baruku fahami….

Setelah melalui suatu keadaan yang membingungkan dahulu, kini baru tersedar akan mengapa perkara ini terjadi. Mengapa terasa agak membingungkan dan menekan diri.

Hikmah. Hikmah di sebalik kesulitan yang dilalui. Hikmah di sebalik kegundahan perasaan kerana melakukan kerja ini.

Walaupun nafsu berkeinginan, hakikatnya tiada hasil atau dapatan yang kembali kepada diri.

Continue reading →

Keindahan Itu Adalah Kepalsuan

Hhmm… tak jadi la nak beritahu apa yang istimewa dengan produk yang baharu beli hari itu. Ingatkan boleh berikan pulangan, tetapi lain pula jadinya….

Setelah dilakukan beberapa  penyelidikan dan pemantauan, baru daku ketahui yang agenda syarikat sebenarnya bukan ingin menjalankan jualan produk, tetapi ingin mengaut keuntungan melalui sistem MLM.

Umumnya, multi level marketing (MLM) ditubuhkan adalah untuk membantu syarikat bagi melonjakkan nama dan produk dengan cepat. MLM akan memberikan keuntungan kepada syarikat dan ahlinya. Kebiasaannya, apabila menggunakan kaedah perniagaan yang biasa, hanya syarikat akan mendapat untung apabila barang dibeli oleh pelanggan. Tetapi, apabila MLM dijadikan sebagai kaedah penjualan, maka ahli mendapat keuntungan berdasarkan barang yang dibeli dan kegigihannya mencari orang lain untuk membeli barang milik syarikat. Lagi ramai ahli yang direkrut oleh seseorang untuk membeli produk syarikat, maka lebih banyak bonus dijana oleh orang tersebut. Ahli yang berusaha ibarat bos atau CEO dalam syarikat. Semakin banyak staf dan pekerjanya, semakin beroleh keuntungan daripada perniagaannya.

Namun, dalam rangkaian MLM yang digunakan oleh syarikat ini, produk itu hanya dijadikan alat sebagai meraih keuntungan yang secara HARAM berdasarkan wang yang dikutip dari setiap ahli yang mendaftar. Ia bukan kewajipan, tetapi sebagai helah bagi syarikat dan agen mendapat keuntungan tanpa bimbang produk dibeli atau tidak.

Continue reading →