Tag Archives: qada’ dan qadar

Takut dan Harap

Penulisan kali ini agak pendek.

Tidak banyak input yang diperoleh dan sempat dijadikan bahan rujukan. Ketika penulisan ini mula dikarang, masih terawang-awang mencari ilham. Kelak, akan diperhati kembali untuk dikemas kini dan cuba masukkan dalam kategori buku yang benar-benar buku. Mungkin jua ada kesinambungan apabila beroleh lebih ilham dan pengetahuan kelak.

Sebenarnya, daku agak kebimbangan jua akan suatu keadaan yang terjadi.

Dek kerana itu, daku cuba membaitkan kalam ini agar moga-moga dirinya beroleh sedikit kekuatan dan mengurangkan bebanan.

Malah untuk daku jua agar kembali sentiasa teguh dan cekal untuk terus berusaha mentaati, mengharap, dan takut akan keperkasaan dan kebesaran Tuhanku yang Maha Esa.

Sekalipun begitu, daku hanyalah hamba Allah yang lemah, daku tidak mampu untuk berusaha akan perkara yang daku tidak mampu dan tidak boleh lakukan. Banyak perkara yang daku cuba lakukan tetapi kebimbangan hadir jika ia bukan jalan yang diredhai Allah. Maka, daku sentiasa cuba mengelakkan diri agar dijauhkan dari jalan yang dimurkai oleh-Nya

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan Kami uji perihal (diri) kamu.”  (Muhammad: 31)

Biarpun payah dan perit menahan sabar demi keinginan sesama manusia, daku lebih yakin dan mengharap keredhaan Allah, kerana Dia adalah segala-galanya.

Kuatkanlah semangat. Sungguh, Allah s.w.t. sentiasa bersama-sama hamba-Nya yang sentiasa taat, harap, dan takut kepada-Nya

“Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang dijadikan terasa indah baginya perbuatan buruk dan mengikuti keinginannya?”  (Muhammad:  14)

Continue reading →

Pilihan dalam Menentukan Keputusan

Alhamdulillah, hari ini pagi cuaca agak baik. Terang dan berkicauan sang burung menyambut keindahan alam ciptaan Tuhan.

Bunyi unggas yang saling kedengaran membayangkan makhluk lain sentiasa mengatakan sesuatu yang tidak diketahui oleh buat sama kehidupannya. Kicauan, ngauman,  mahupun cicikan, semua bunyi yang kedengaran telah membezakan setiap jenis sepesis haiwan.

Mereka berkomunikasi dan membezakan antara haiwan yang lain dengan suara yang wujud dalam diri mereka. Mereka berjumpa dan berkenalan hanya melalui bunyian, dan bau bukan manusia mampu untuk menghasilkan.

Keindahan ciptaan makhluk yang bernama haiwan telah membayangkan betapa hebat-Nya sang pencipta alam. Dia menciptakan tanpa batasan, dia menciptakan tanpa memerlukan sesiapa pun seperti manusia untuk dijadikan sebagai bantuan.

Kemuliaan dan segala pujian buat yang Maha Besar yang menciptakan alam. Segalanya adalah milik-Mu, segalanya akan kembali kepada-Mu.

 

Continue reading →

Kebenaran itu Hak Allah

Daku cuba meleraikan persoalan diri sendiri…

Kadang-kadang wujud suatu keadaan yang mana memerlukan diri ini menyampaikan suatu kalimah atau kalam kebenaran. Khusus dari jiwa yang mencari nilai dan cahaya Islam, menolak kepada pengharapan pada manusia atau sekaliannya.

Sebagai manusia biasa, di mana-mana, di seketika mana,

Pasti wujud manusia yang suka mengagungkan dunia dan manusia. Kononnya, duit adalah segala-galanya, harta yang melimpah ruah adalah matlamat utama, pangkat dan darjat menjadi topik utama.

Continue reading →