Tag Archives: syukur

Rezeki Dalam Pendapatan

Istilah rezeki sentiasa digembar-gemburkan oleh semua orang dalam bentuk pendapatan. Pendapatan yang boleh dilihat dan perlu dicari meneybabakan ia ramai dibayangkan sebagai rezeki pencarian.

Walau semua orang mempercayai rezeki itu milik Allah, tetapi tidak semua yakin rezeki itu datang atau ditentukan oleh Allah s.w.t. Apabila berkata tentang milikanNya, Dia akan kurniakan kepada hamba-hambaNya mengikut ketentuan daripadaNya.

Continue reading →

Advertisements

Keindahan Itu Adalah Kepalsuan

Hhmm… tak jadi la nak beritahu apa yang istimewa dengan produk yang baharu beli hari itu. Ingatkan boleh berikan pulangan, tetapi lain pula jadinya….

Setelah dilakukan beberapa  penyelidikan dan pemantauan, baru daku ketahui yang agenda syarikat sebenarnya bukan ingin menjalankan jualan produk, tetapi ingin mengaut keuntungan melalui sistem MLM.

Umumnya, multi level marketing (MLM) ditubuhkan adalah untuk membantu syarikat bagi melonjakkan nama dan produk dengan cepat. MLM akan memberikan keuntungan kepada syarikat dan ahlinya. Kebiasaannya, apabila menggunakan kaedah perniagaan yang biasa, hanya syarikat akan mendapat untung apabila barang dibeli oleh pelanggan. Tetapi, apabila MLM dijadikan sebagai kaedah penjualan, maka ahli mendapat keuntungan berdasarkan barang yang dibeli dan kegigihannya mencari orang lain untuk membeli barang milik syarikat. Lagi ramai ahli yang direkrut oleh seseorang untuk membeli produk syarikat, maka lebih banyak bonus dijana oleh orang tersebut. Ahli yang berusaha ibarat bos atau CEO dalam syarikat. Semakin banyak staf dan pekerjanya, semakin beroleh keuntungan daripada perniagaannya.

Namun, dalam rangkaian MLM yang digunakan oleh syarikat ini, produk itu hanya dijadikan alat sebagai meraih keuntungan yang secara HARAM berdasarkan wang yang dikutip dari setiap ahli yang mendaftar. Ia bukan kewajipan, tetapi sebagai helah bagi syarikat dan agen mendapat keuntungan tanpa bimbang produk dibeli atau tidak.

Continue reading →

Menghargai Seorang Sahabat

Assalamualaikum w.b.t.

Salam dan selamat sejahtera kepada semua manusia yang masih wujud di alam raya ini. Semoga kalian sihat-sihat belaka dan ceria mengharungi kehidupan dunia!

Hari pagi masih cerah. Menandakan keEsaan Allah yang menyatakan matahari untuk teus bersinar, atau awan yang melindunginya, atau hujan yang turun membasahi bumi selayaknya.

Betapa besarnya kuasa tuhan yang Maha Menciptakan. Dia menciptakan segala kemudahan, siang dan malam, lanit dan bumi, hujan dan panas, darat dan air, semuanya untuk kemudahan dan keperluan manusia untuk digunakan seharian.

Bersyukur kepada Allah s.w.t yang memberikan segala-galanya. Bayangkanlah, sekiranya hanya hujan tiada di muka bumi ini, manusia semuanya akan menderita. Ketika itu, komputer tidak lagi berguna, makan tidak lagi sedap, tidur tidak lagi lena, dan semuanya serba kekurangan. Manusia semua akan menderita. Bagaimana lagi kemampuan terkologi untuk menurunkan hujan dari langit yang biru? Bagaimana teknologi ingin hasilkan air untuk manusia dan hidupan lain dapat minum?

Belum lagi cerita tiada air di lautan, tiada tanah dan daratan, matahari 1 bulan tak bersinar, dan bulan tidak kunjung-kunjung tiba di waktu malam.

Semuanya berlaku dan bergerak dengan kehendak dan keizinan Allah s.w.t.

Kerana itu, kalimah syukur sentiasa perlu menitir di bibir dan bersujud kepada Ilahi. Sujud syukur sentiasa perlu dilakukan kerana menandakan terima kasih kita kepada Ilahi. Pujian-pujian perlu sentiasa diingati dan dilafazkan setiap hari.

“Ya Allah, aku bersyukur akan nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku. Betapa besar dan agung-Nya kurniaan-Mu, tetapi betapa kerdil-Nya diriku. Tidak pernah hati benar-benar taat,  takut dan harap kepada-Mu. Ampunkanlah kelemahanku. Dengan keizinan-Mu, aku akan sentiasa memperbaiki diri. Amin.”

Continue reading →

Sabar

Assalamualaikum w.b.t.

Hari dan waktu yang terus melalui, kadang-kadang terlintas dalam fikiran tentang arah tuju diri dalam kehidupan ini. “Apakah yang akan berlaku padaku 10 tahun lagi?” “Bagaimanakah keadaan peribadiku setelah melalui ranjau dan perjuangan selama ini?” “Bolehkah daku terus membaitkan kalam dan penulisan agar terus memberi bakti dan peringatan buat mereka yang sentiasa dikasihi dan rakan seperjuanganku ini?”

Sentiasa cuba mengoreksi diri. Kerana, daku jua banyak kekurangan dan kelemahan. Tetapi jangan dijadikan asbab kekurangan itu yang menyebabkan diri merasa lemah untuk teruskan perjuangan, sebaliknya cuba memperbaiki dan terus memperbaiki agar suatu hari nanti aada dijadikan yang diciptakan di sana.

Ketika cuba menilai dan meninjau perjalanan kehidupan ini, baru diriku sedar, sudah panjang dan meningkat usiaku. Jika dahulu hanya si anak kecil yang sering merajuk dan meminta perhatian daripada ibu bapa, kini perlu terus memberi dan memberi peringatan kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Jika dahulu cikgu yang selalu menegur dan memberi tunjuk ajar dalam pelajaran dan tingkah laku manusia, kini perlu belajar sendiri mencari sumber ilmiah dan bersama-sama rakan seperjuangan yang boleh meletakkan fikrah bersama.

Continue reading →