Tag Archives: syurga

Dunia dan akhirat

Dunia sedang begelojak sekali lagi.

Tetapi, bukan satu negara, tetapi tiga negara berterusan dilanda peperangan.

Jika dulu Gaza di Palestin, kini kerakyatan Rakhine di Myanmar, dan Rakyat seklai terlibat konflik peperangan yang sama, tetapi tujuan yang berbeza.

Continue reading →

Advertisements

Kisah: Malik bin Dinar.

Sudah hampir sebulan di kawasan ini. Alhamdulillah, makin boleh menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan masyarakat setempat.

Dari setempat ke setempat terus bergerak. Melihat masyarakat, kehidupan, menziarahi dan menyebarkan peranan sebagai orang Islam.

Insya-Allah, ada beberapa lama lagi berada di sini. Apa-apapun, daku sentiasa mengharaplam talwa dan petunjuk dari Ilahi dalam memperbaiki diri dan mengenal-Nya yang Maha Mengetahui.

 

Malik bin Dinar diberitakan dahulunya ialah bukan seorang yang soleh.  Apabila seseorang bertanya kepadanya bagaimana dia bertaubat dari dosa-dosa dan kemaksiatan yang berlaku pada dirinya, dia menceritakan kisah dirinya sebagai berikut:

Continue reading →

Kematian itu suatu kehidupan

Sebahagian dari penulisan ini ialah kesinambungan dari peringatan yang lepas. Kesinambungan sebuah perjalanan yang tiada siapa mengetahui di mana perhentian. Namun, apa yang pasti, pasti dan pasti tetap akan sampai pada perhentian, kematian.

Ramai manusia yang enggan untuk berkata tentang mati. Bagi manusia, mati itu suatu cerita orang-orang tua, yang dah lama hidup dan jemu dengan kehidupan duniawi. Tinggal rumah kata pergi, kubur kata mari.

Tetapi, kini zaman sudah berubah. Dari zaman tuk kaduk, poh yeh-yeh, dangdut, rock kapak, sehinggalah ke zaman ini, yang tua-tua makin ramai yang tidak sedar diri. Asalkan berduit, tinggal jauh kisah anak bini. Ligat pula cari amoi-amoi, GRO mahupun gigolo yang sedia menanti!

Itu cerita orang kini. Bukan nak cakap kosong, cerita pompang-pompang kedai kopi. Ia kisah benar. Kehidupan moden zaman sekarang. Buka sahaja akhbar atau turut dikenali newspaper, pasti ada cerita ceriti kisah manusia yang tidak ingat tentang mati.

Continue reading →

Ketenangan dan Kemuliaan

Kadang-kadang melalui ranjau kehidupan ini kita sering mengharapkan pada bentuk nikmat dan kelebihan yang sementara. Nikmat yang berbentuk harta, pangkat mahupun darjat. Nikmat berbentuk kesihatan dan kekayaan.

Ada manusia yang mengenali nikmat ini yang akan memberikan kebaikan serta ketenangan. Kerana butanya mata hati, kerana tamaknya nafsu duniawi, kerana lupanya suatu hari nanti pasti akan mati, djkejarnya nikmat yang sementara bagi memenuhi apa sahaja pada dunia.

Walau terpaksa berkorban sanak saudara,

Walau terpaksa jatuh bangun meminum darah manusia, lapar keinginan pada harta, wanita dan dunia.

Ketenangan yang kononnya akan kekal buat selama-lamanya. Lupa akan mati dan ajal mungkin pada esok lusa.

Tertipu dengan ketenangan ciptaan Iblis dan Syaitan laknatullah. Berdiri takut walau menghadap dunia, kerana pasti ada rasa yang tidak senang dan risau gelisah jika suatu hari nanti ada yang menyelongkar dan mengaut keuntungan yang telah menjadi miliknya.

Ketenangan material sifatnya  hanyalah sementara. Tetapi ketenangan hati itu adalah lahir dan wujud dari pemilik-Nya…

Continue reading →

Antara nikmat dan musibah

Kemuliaan, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta tabi’dan tabi’ tabiin, yang bangun memperjuangkan kalimah ALLAH agar teguh gah dan mekar di muka bumi ini.

Islam yang terbangun bukan dalam masa sehari, memupuk 1001 pengorbanan para umara’, para ulama’, para dai’e, syuhada’, dan para salafussoleh bersatu hati, memaku diri dan kaki, tegak berdiri memperjuangkan kembali, mengagungkan kalimah suci, Lailahaillah, Muhammadurrasulullah di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah…

Semoga kalian akan kutemui di sana. Semoga kalian menjadi penyanjung jiwa ini untuk terus berjuang tegak, dan kukuh berdiri mengutip mutiara ilmu dari para ilmuan dan cendekiawan di muka bumi ini, sementara nyawa dipinjam dari-Nya.

Ilmu yang kutimba adalah berharga. Ilmu yang kuterima adalah mulia.

Ia adalah nur. Ia memenuhi hati yang bersih dan suci, menghormati dan memuliakan martabat ilmu, terletak di hati dan sanubari, bukan di atas buku sahaja, rujukan bila ingin ditemui.

Semoga ilmu yang kuterima ini, kembali kusampaikan dan kulafazkan pada mereka yang memerlukan. Semoga setiap didikan dan tunjuk ajar dari murabbiku, para ilmuan yang kutemui, cendekiawan yang sentiasa berkongsi, dimuliakan oleh Allah, dan penuhi diri dengan kerahmatan dari-Nya. Amin.

Wahai diri dan sanubari, kubangun melangkah kaki, menjejak kaki, menagih hati,

Menyampaikan peringatan ini. Agar sentiasa modifikasi kembali jiwa, yang dahagakan peringatan dan penyucian jiwa bahawasanya dunia ini sifatnya sementara, perjalanan sebuah permusafiran, sentiasa memerlukan bekalan dan penghayatan, agar tidak rugi dan kecewa ketika tibanya kaki dan langkah di sana…

Semoga bermanfaat…

Continue reading →

Kisah manusia dan kejadiannya

Assalamualaikum w.b.t

Ketika manusia itu diciptakan untuk menjadi khalifah, ada sahaja penentangan dan ketidaksetujuan yang diterima oleh makhluk yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t . Daripada para malaikat sehinggalah kepada Azazil sekalipun, masing-masing menyatakan, “mengapa perlu diciptakan manusia yang selamanya melakukan kerosakan dan kemusnahan di muka bumi?” Malah ketika tanah itu ingin diambil oleh malaikat untuk diciptakan Adam, planet-planet yang ingin diambil ciptaan tanah tersebut membantah penciptaan Adam. Sehinggalah jua kepada bumi. Tiada yang mengingini agar manusia itu itu diciptakan sebagai khalifah.Namun, dengan nekad ada, Adam diciptakan dengan keizinan ALLAH s.w.t. “Aku lebih mengetahui dari apa yang tidak kamu ketahui.”

Continue reading →