Tag Archives: takdir

Merancang atas takdir

 

Manusia ini, tidak dapat lepas daripada takdir.

Takdir ini menunjukkan bahawa mereka ialah makhluk Allah s.w.t. Ada yang memiliki dan menentukan buat manusia.

Bagaimana sekalipun manusia itu berusaha, pasti dan pasti takdir akan mengatasi mereka, dan perancangan mereka tidak mampu melepasi garisan takdir yang telah ditetapkan.

Continue reading →

Takdir: manifestasi kehidupan

Entahlah. Daku rasa daku tak pandai lah nak becerita atau menyamgpaikan di laman ini perkara selain daripada topik yang dinyatakan.

Bukan sebab dah biasa, tetapi sebab dalam kepala ini benda-benda inilah yang sentiasa difikirkan.

Continue reading →

Antara takdir dan doa

 

Daku baru sahaja selesai menghadiri majlis ijtimak dakwah yang diadakan di sini baru-baru ini. Majlis yang diadakan selama tiga hari ini cukup padat dengan program, manusia yang datang, jemaah dakwah yang dikeluarkan dan macam-macam lagi.

Yang paling penting, ulama’ datang untuk menyampaikan kata-kata nasihat, penerangan dan dorongan untuk terus giat meneruskan usaha. Walaupun setiap orang itu sibuk dengan pelbagai tugas, kerjaya dan lain-lain lagi, usaha atas agama tidak boleh ditinggalkan sebegitu sahaja, sepertimana seseorang tidak boleh meninggalkan solah fardhu walaupun waktu itu dia sedang bekerja, tidur, mandi, makan atau lain-lain lagi.

Ingin juga dicatat beberapa pesanan ulama’ di sini. Tetapi masanya belum sesuai untuk hari ini. Ada waktu yang lebih sesuai, kelak akan daku tampilkan juga di laman ini.

Insya-Allah.

Continue reading →

Antara takdir, amalan dan niat.

Setiap satu perkara dalam kehidupan ini bermula dengan takdir Allah. Selepas ditetapkan takdir, maka akan berlakulah perkara yang ditakdirkan (ditentukan).

Ini adalah permulaan bagi setiap hidupan. Tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan atau langit, bumi, matahari dan sebagainya. Semuanya dalam takdir atau ketentuan Allah s.w.t. setelah Allah menciptakan makhlukNya, maka dia tetapkan keadaan, tempat, kelebihan, kekurangan, dan tarikh luputnya.

Sepertimana seorang manager atau pengeluar barangan di kilang, dia akan tetapkan kelebihan, kekurangan, keadaan, cara guna (manual) dan tarikh luput akan sesuatu produk yang dikeluarkan.

Bila sampai tempoh atau keadaan yang ditetapkan sepertimana dirancang oleh si manager itu, maka perkara tersebut pasti akan berlaku.

Continue reading →

Kebetulan atau Takdir?

Alhamdulillah, akhirnya selesai perjalanan yang agak panjang ke Pantai Timur sana atas urusan ziarah sanak saudara yang berada jauh di sana. Bersyukur kepada Allah swt kerana mengurniakan nikmat keselamatan dan kemudahan untuk pergi dan pulang.

Agak panjang perjalanan ke sana. Memakan masa hampir 12 jam baru tiba. Dalam keadaan musim hujan, kelabu cermin ,jalan licin,  dan lain-lain lagi agak menganggu perjalanan. Ditambah dengan keadaan kenderaan keluarga yang tiba-tiba berlaku masalah ketika perjalanan ini agak merunsingkan.

Ekzoz pecah. Terpaksa ditukar baru (+wang dan masa-2jam-) pada ketika itu jua. Patah viper la. Dua tiga kali berhenti untuk membetulkan kembali.Ketika hampir tiba di destinasi, tiba-tiba contact point kenderaan dimasuki air. Terus  jem dan berhenti dari meneruskan perjalanan. Nasib baik sudah semakin tiba di rumah saudara, kalau tidak… entahlah…

Apa-apapun, semuanya telah selesai. Agak ramai saudara mara di sana. Tetapi jarang pulang kerana jarak yang jauh di samping banyak lagi urusan yang lain di sini. Jadi, kesempatan walau 3-4 hari digunakan sepenuhnya untuk sama-sama pergi bercuti .

Semua turut serta. Satu keluarga pergi ke sana. Cuti-cuti satu Malaysia!

Continue reading →

Exam month

Assalamualikum w.b.t
Salam mulia diucapkan kepada Rasulullah s.aw. yang dengan keteuhan dan kesabaran baginda akhirnya Islam tersebar meluas sehingga ke setiap pintu rumah umat manusia. Alhamdulillah, pujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta sekalian alam yang masih memberi nikmat hambaMu ini untuk terus berada di dunia ini bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan yang masih berbaki sebelum hambaMu ini kembali kepadaMu. Benarkanlah segala yang hambaMu ini lakukan dengan keredhaan dariMu, wahai Tuhan…. kerana agar kelak menjadi naungan untukku di padang Mahsyar kelak… AMin.

Continue reading →