Tag Archives: ujian

Sabar demi ujian

Diri,

Sengaja Allah s.w.t meletakkan serba serbi ujian kepada kita.

Ujian yang menguji perasaan, kehendak, keadaan dan ketabahan.

Luar daripada kebiasaan dan kemampuan sebelum ini melakukan.

Continue reading →

Jadi Daie, bukan peniaga!

Terlalai seketika.

Ada pula benda macam-macam nak beli.

Bukan banyak pun. Tapi payah nak memilih pula…

 

Tak penting sangat pun. Tapi mungkin banyak sangat keinginan, jadi benda ini anggap macam priority pula.

(Untuk promosi barang. Nak guna alat ini. Mudah dan nampak kemas sikit. Bukan maju sangat pun promosi. Tetapi setakat ada lah…)

Continue reading →

Ketetapan Allah…

Telah menjadi ketetapanNya.

Ingin dipunggir, rasanya menjadi tidak kena.

Cuma, menjadi harapan, biarlah perkara yang telah di dalam takdir dan kehendakNya, mampu untukku uruskan dengan beroleh hasil yang sebaik-baiknya.

Continue reading →

Pengorbanan dan ujian suatu lumrah

Hari ini sebenarnya tiada niat untuk menulis. Tetapi entah…. Tak apalah luangkan sikit masa dan ringankan juga tangan untuk membait aksara ms word di sini.

 

Menyelusuri perjalanan dan kembara masa kehidupanku ini,

Daku sentiasa berusaha untuk menilai keadaan diri sendiri. Hal ini kerana pelbagai peristiwa, rasa dan keadaan sedar atau tidak telah dilalui. Ada baik dan buruk, ada juga seronok dan bersedih hati.

Continue reading →

Kelapangan itu satu ujian

Akhirnya dapat juga menyelesaikan kekusutan pada ehwal yang berlaku. ­­­

Setelah hampir sebulan bergelumang dengan pelbagai maslahat duniawi yang berkunjung tanpa henti-henti, akhirnya dapat juga melihat jalan yang lurus.

Ini semua taufik daripada Allah s.w.t. Allah telah menunjukkan jalan yang benar membantu pada orang yang benar-benar memerlukan petunjuk daripadaNya.

Terima kasih ya Allah. Daku bersyukur dengan nikmatMu ini.

Continue reading →

Kuasa: banyak tipu daya

Ada banyak ‘story’ kalau boleh nak dikongsi di sini. Tetapi, rasanya tidak perlu. Maka, perkara tertentu yang berkaitan sahaja dilontarkan sebagai suatu pengalaman atau muhasabah diri. Insya-Allah.

Continue reading →

Ujian besar dalam dakwah.

Daku tak tahu sama ada orang lain mengalami perkara yang sama atau tidak. Tetapi bagiku sendiri,

Nak benar-benar mendakap perkara akhirat dan keyakinan pada Allah, adalah perkara yang terlalu sulit dan payah.

Masakan tidak. Orang lain hidup dan sentiasa senang-senang dapat itu ini begitu begini, kita susah-susah tahan diri dari melibatkan perbuatan dan bersenang-senang seperti mereka. Bukannya tidak mahu, bukan lagnsung tak ada keinginan, tetapi selalu terbayang kurniaan dan bimbingan Allah serta gambaran nikmat dan kemuliaan di akhirat sekiranya menahan ini semua, sekadar kemampuan yang ada.

Continue reading →

Hidup ini…

Hidup ini….

Sekiranya mengharapkan kepada makhluk, terutamanya kepada manusia,

Pasti dan pasti banyak perkara yang dirasakan bagai tidak kena.

Perkara kecil dianggap besar, perkara besar pula lagilah diperbesarkan.

Continue reading →

Perubahan? Taufik Allah!

Masa kini bergerak terlalu pantas. Dalam beberapa minit sahaja berlalu, tetapi kerja dulu masih tidak dapat diselesaikan lagi.

Bagaimana daku dapat mengenal perubahan masa? Adakah daku terlalu sibuk sehingga sentiasa menganggap tinggi nilai dan kepentingan masa?

Continue reading →

Belajar dan menulis.

 

 

Benar, menjaga hubungan dengan Allah ini penuh dengan hikmah yang sukar dijangka.

Pada mulanya, memang suatu yang berat dan besar. Rasa memang tiada kemampuan dan kekuatan.

Tetapi, apabila bersabar atas setiap ujian yang menimpa, maka baru sedar mengapa Allah mentakdirkan dan berkehendak akan perkara ini semua.

Continue reading →