Tag Archives: wahan

Peringatan Akhir Zaman

Bilakah akhir zaman? Samakah apabila dikatakan akhir zaman dengan peristiwa kiamat?

Lebih kurang. Umat akhir zaman, selepas berakhirnya kenabian utusan Allah s.w.t, Muhammad s.a.w., kini seluruh manusia, tidak kira kafir atau muslim, semuanya umat akhir zaman.

Kiamat adalah peristiwa kemuncak dan peleraian dari sepanjang zaman manusia kurun temurun hidup dan beramal di dunia. Tercetusnya peristiwa kiamat, sangkakala yang ditiupkan, dan berkumpulnya manusia menanti dihisab di padang mashyar yang penuh sengsara dan menyeksakan, semua adalah rentetan kejadian selepas kiamat membuka tirai setelah sekian lama ramai sangat yang menantikan.

Continue reading →

Advertisements

Sebatan Jenayah Syariah Bukan Khayalan

Salam ramadhan…

Alhamdulillah, sudah hampir 9 hari berpuasa. Tak terasa rasanya. Sungguh mulia bulan ini. Bukan sekadar berpuasa, malah berusaha mencari kekuatan, ketabahan, kesabaran, mengekang diri dari dosa dan kemungkaran, mencipta natijah yang baik dalam kehidupan, memperbanyakkan ibadah, malah meningkatkan ketakwaan.

Namun, dunia tetap dunia. Ada sahaja yang serba kekurangan dan tak kena. Yang mulia, diputar belit jadi ntah apa-apa. Yang baik untuk dilaksanakan, dijadikan serba kekurangan dan kelemahan. Perkara memang itu adalah ketetapan Tuhan, bagi mereka yang engkar akan perintah dan laranganNya. Ada sahaja alasan dan kesukaran yang dicipta. Bukan itu sahaja, komen yang diutarakan serba tak logik dan tak kena dek akal!

Continue reading →