Tag Archives: zuhud

Hati Mati

Mencari suatu jawapan.

Jawapan yang….

Ahh… susah. Orang lain tidak akan faham.

Apa-apapun, alhamdulillah. Allah s.w.t. telah menyatakan persoalan kepada penyelesaian, apa yang dicari, alhamdulillah ada dapatan.

Tetapi, tidak mencukupi hanya sekadar bertanya, mencari, dan berfikir. Perlu diamali dan dipraktikkan.

Moga-moga Allah s.w.t. memberikan daku (jua kepada yang memerhati) kemudahan dan kekuatan untuk mengamalkan.

Insya-Allah.

Continue reading →

Advertisements

Kisah Orang-orang Soleh. (2)

Ramai orang suka menjadi pemimpin.

Pemimpin persatuan, kelab, badan, organisasi, ketua kampung, sehinggalah kepada negeri dan negara,

Seorang pemimpin akan dilakntik bagi mentadbir dan menguruskan keadaan di bawah kepimpinannya.

Mengapakah ingin menjadi pemimpin?

Banyak faktornya. Antaranya sifat, keinginan, populariti, kemewahan, dan sokongan daripada masyarakat.

Tetapi, ramai juga yang ingin menjadi pemimpin kerana gelaran kuasa yang diberikan.

Continue reading →

Kisah Orang-orang Soleh. (1)

Sudah sebulan daku meneruskan  kembara.

Jalan masih berliku, penghujung perjalanan masih belum tahu.

Sebegitupun, dalam mencari jalan mengenal dan mendambakan cinta dan redha Allah s.w.t,

Semoga sentiasa dalam petunjuk dan jala;n yang lurus.

Beroleh rahmat dan bimbingan dari-Nya,

Bagi menambah amal,

Mengislah diri agar menjadi lebih baik (atas keizinan-Nya)

dan yakin akan segala janji pilihan Allah s.w.t

*****************************

Cuba berdepan dengan isu zuhud.

Menilai di mana letaknya nilai zuhud.

Pakaian?

Tingkah laku?

Kemiskinan?

Ingin tahu lebih lanjut, daku bawakan dua tiga kisah dari orang-orang soleh sebagai renungan agar sama-sama memahami di mana sebenarnya nilai zuhud.

InsyaAllah

(pernah dibentangkan suatu ketika dahulu mengenai istilah ini dalam suatu nukilan. Boleh ‘belek’ kembali sebagai pencerahan.)

Continue reading →

Nilai Ibadah Dalam Kehidupan

Menyelongkar sipi-sipi kisah kehidupan.

Melihat dan merenung kembali setiap penciptaan Tuhan. Keindahan, kecantikan, gunung-ganang yang berdiri utuh, awan-awan yang bergerak tanpa had atau batasan. Air yang sejuk menitis dari langit yang kelam, burung-burung yang berkicauan, tumbuhan dan buah-buahan yang berwarna warni, serta suara merdu unggas yang mewarnai alam ini, melahirkan rasa kerdilnya diri di hadapan sang Pencipta yang Maha Menciptakan setiap makhluk selain lautan manusia yang sentiasa sesak menjalani rentetan perjalanan kehidupan…

Memahami dan mendalami hakikat diri dan penciptaan diri…

Manusia tidak akan mampu mengenal pencipta-Nya, tanpa mengenal siapakah diri yang telah diciptakan oleh-Nya

Demi mengenali pencipta dan menyelongkar peribadi diri yang diciptakan, maka ibadah yang khusus antara Dia dan hamba disyariatkan kepada hamba-hamba-Nya di bumi ini untuk taat  melaksanakan-Nya.

Continue reading →