Buku

SYABAB MUSAFIR KASIH…

Salam pertemuan kembali…

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberikan nikmat kehidupan dan nyawa yang dipinjamkan agar diri ini masih mampu untuk memperbaiki diri dan menambahkan amal kebajikan ketika masih berada di dunia fana’ ini.

Topic pada kali ini ialah mengenai BUKU… untuk ruangan ini, sebenarnya pelbagai buku akan disipnosiskan, terutamanya mengenai kisah2 yang berunsurkan islamik. Novel… adalah sikit2. Itupun apabila melihat kepada intisarinya… berunsurkan dakwah, kisah perjuangan, isu-isu semasa, pengajaran atau ibrah yang ditonjolkan. Bukan sekadar sebuah novel, bersifat komersional, hanya ingin mengaut keuntungan, menceritakan kisah2 indah bak kayangan, cinta muda mudi, mengikut nafsu semata-mata,ketinggian berimaginasi, mencipta kecelaruan ummah. Mungkin bunyinya pelik, tapi novel jenis kedua makin banyak diterbitkan. Walaubagaimanapun, sejak akhir2 ini, makin banyak novel2 berunsurkan islamik sastera berada di pasaran… Alhamdulillah…

Terima kasih kepada adikku, kerana banyak memberikan pandangan apa novel yang best untuk dibeli dan dibaca. Syukran jazillan…

Introduction untuk ruangan ini..

Untuk buku yang pertama ingin dibicarakan ialah… SYABAB… MUSAFIR KASIH….

Kisah yang direncanakan di dalam buku ini cukup menarik. Pelbagai isu2 dan pengajaran yang diketengahkan. Pelbagai pengajaran boleh dijadikan peringatan… malah pelbagai unsur2 dakwah ada diperjuangkan. Bukan itu sahaja, jalan ceritanya tidak meleret, senang difahami, dan pelbagai kisah suka duka seorang pemuda boleh dirasai oleh para pembaca…

Kisahnya bermula dengan seorang anak yatim, yang telah kematian bapanya sejak kecil lagi. Ketika berusia 7 tahun, beliau sudah mula berdikari, belajar sendiri,   mencucuk tanam, menangkap ikan, menjual sayur-sayuran… Ibarat kata semua yang boleh dilakukan, dia sudah lakukan. Ibunya tidak menghiraukan Syabab, disebabkan sibuknya mencari sesuap nasi, dan kerenah adik beradik Syabab yang lain buruk perangainya, Syabab tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibunya. Malahan, penduduk kampung ramai tidak sukakannya. Pelbagai alasan, kenakalan, pengotor, malah mengajar anak2 mereka dengan perkara yang tidak baik, itulah yang sentiasa ibunya dengar, kemudian memukul, memarahi Syabab pula…

Hidupnya dalam kesepian dan kesusahan. Mujurlah ada seorang insan yang berhati mulia. Namanya Nur Mumtazah. Seorang pelajar universiti yang baik budinya. Dia sangat menyayangi Syabab. Hanya kepada Nur Mumtazah, Syabab memperoleh kasih sayang dan kegembiraan. Setiap kali Nur Mumtazah berada di kampung, itulah yang paling menggembirakkannya.

Malangnya, Nur Najihah yang sama umur dengan Syabab pula sentiasa dengki dan membencinya. Sentiasa memaki, fitnah dan mengutuk Syabab. Walaubagaimanapun, Syabab tiada rasa sedih dan marah kepadanya, kerana sudah menjadi kebiasaannya. Tetapi, Imtiyaz, adik kepada Syabab suka bermain dengan Syabab, kerana katanya “Abang Syabab kuat!”

Hari berlalu… berlaku peristiwa berlaku. Nur Mumtazah mula melanjutkan pelajaran ke universiti di Syiria. Walaupun berat hatinya.. demi sebuah impian, beliau terpaksa meninggalakan Syabab dan tanah airnya. Syabab keseorangan lagi. Semua cabaran dalam kehidupan, dia yang menanggungnya. Sekolah sudah pun berhenti. Terpaksa mencari wang demi keluarga. Adik beradik yang lain tak boleh harap.

6 tahun berlalu… Nur Mumtazah pulang kembali ke tanah air, bersama suaminya, dan 2 orang anaknya yang lahir di Syiria. Pulangnya dengan harapan Syabab menjadi lebih baik. Malangnya, Syabab sudah banyak berubah, dan mula berkawan dengan rakan2 yang nakal. Nur Mumtazah tekad untuk melihat Syabab berubah dan kembali menuntut ilmu pengetahuan.

Syabab berubah jua, dengan bantuan Nur Mumtazah dan suaminya. Dia kembali bersemangat. Walaupun begitu, semangat manusia mudah luntur. Kerana desakan hidup, dia berhijrah ke bandar mencari wang dan keperluan.

Masa yang berlalu telah banyak mengajar Syabab. Dia kembali ke kampung, setelah kematian ibunya. Adik beradiknya semakin matang, dan sudah berkeluarga. Atas pujukan dan doa dari Nur Mumtazah dan keluarga, dia akhirnya menyambung pelajaran di Syria sana, selepas Nur Najihah dan adiknya, Imtiyaz.

Di sana, Syabab sudah bijak untuk meneruskan kehidupan dan memilih keperluan. Pengalamannya di sana banyak dikisahkan. Sehingalah Nur Najihah pernah nak dijodohkan dengan Syabab, dan sesungguhnya dia menolak sekeras-kerasnya, siap memaki Syabab.

Akhirnya, Syabab menjadi seorang yang alim dalam bidang agama. Dia menjadi pendakwah yang baik, unruk masyarakat kampungnya. Pelbagai perubahan dilakukan, dan pelbagai peristiwa diselitkan…

Tetapi… kakak sulungnya masih tidak berubah. Walaupun menjangkau usia yang menginjak tua, jiwanya hanya tahu berfoya-foya. Syabab tekad untuk mengubah kehidupan kakaknya. Apabila mengetahui kakanya nak merempit, dia ingin turut serta, dengan niat menyedarkan kakaknya…

Nur Mumtazah yang mengetahui berita tersebut sangat risau, dan meminta suaminya membantu dan menyedarkan Syabab, akan bahayanya situasi tersebut. Dengan tekad yang tinggi, Ustaz Mursyid pergi jua ke sana.

Malang tidak berbau, kemalangan antara motor dan kereta Ustaz Mursyid, telah meninggalkan kesan mendalam kepada Nur Mumtazah. Suaminya meninggal dan kakak Syabab terselamat. Peristiwa tersebut, menyedarkan kakak Syabab dan dia mula berubah ke arah kebaikan. Syabab gembira dan bersedih kerana kematian suami Nur Mumtazah yang disayangi.

Pelbagai peristiwa banyak diselitkan selepas  sipnosis yang penjang di atas. Bagaimana Syabab mengharungi kehidupannya selepas itu, dan siapa jodohnya, setelah pelbagai calon dikemukakan dan diterimanya. Kemuncaknya mula diketengahkan, pelbagai watak mula berkembang dan didedahkan, dan jua memang rugi tak mengetahui kisah selanjutnya!

Hee… tak terasa teruja nak membaca? Kisah yang diketengahkan oleh sang penulis, Fatimah Syarha Mohd. Noordin banyak mengenai realiti kehidupan. Bukan sekadar angan2 kosong, buat orang yang membacanya suka berkhayal. Menarik dan amat baik untuk dijadikan panduan, mengenai beberapa intisari kisah yang dipaparkan.

Selesai sudah untuk pautan BUKU kali ini. Sebenarnya, secara tidak langsung, buku karangan sang penulis ada secara kebetulan mempunyai perkaitan dengan diri ini. Tak banyak sangat perbezaannya. Jika dilihat secara meluas, kisahnya seperti mengenai kisah diriku…. Hee… ajaib pula bila merasakan orang yang dikenali seperti menemuduga diri ini… Cuma nak kata tokok tambah tu memang adalah. Ibarat kata saifulislam.com,”Namun watak itu telah mengalami hampir 80%  penambahan untuk menghidupkannya.” apapun, itulah kebesaran Tuhan yang menentukan segala-galanya bagi hambaNya, dengan ketentuan Qada’ dan Qadarnya…

Akhir kata, selamat mencari dan membaca!

(p/s: Maaf ya! Dah cuba nak masukkan gambar, tapi tak boleh pulak!… jadi pandai-pandailah cari kat google untuk cover buku SYABAB MUSAFIR KASIH. Karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin)

(p/s: laman ini masih berusaha untuk dikendalikan. Jadi, masih banyak kekurangan dan input sama juga dengan laman utama. Jika masih menghadapi kesulitan, laman ini akan dihapuskan, dan segala input khusus mengenai buku akan diselitkan sekali pada laman utama. Harap maaf)

Tinggalkan komen