Monthly Archives: Januari 2011

Sabar

Assalamualaikum w.b.t.

Hari dan waktu yang terus melalui, kadang-kadang terlintas dalam fikiran tentang arah tuju diri dalam kehidupan ini. “Apakah yang akan berlaku padaku 10 tahun lagi?” “Bagaimanakah keadaan peribadiku setelah melalui ranjau dan perjuangan selama ini?” “Bolehkah daku terus membaitkan kalam dan penulisan agar terus memberi bakti dan peringatan buat mereka yang sentiasa dikasihi dan rakan seperjuanganku ini?”

Sentiasa cuba mengoreksi diri. Kerana, daku jua banyak kekurangan dan kelemahan. Tetapi jangan dijadikan asbab kekurangan itu yang menyebabkan diri merasa lemah untuk teruskan perjuangan, sebaliknya cuba memperbaiki dan terus memperbaiki agar suatu hari nanti aada dijadikan yang diciptakan di sana.

Ketika cuba menilai dan meninjau perjalanan kehidupan ini, baru diriku sedar, sudah panjang dan meningkat usiaku. Jika dahulu hanya si anak kecil yang sering merajuk dan meminta perhatian daripada ibu bapa, kini perlu terus memberi dan memberi peringatan kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Jika dahulu cikgu yang selalu menegur dan memberi tunjuk ajar dalam pelajaran dan tingkah laku manusia, kini perlu belajar sendiri mencari sumber ilmiah dan bersama-sama rakan seperjuangan yang boleh meletakkan fikrah bersama.

Continue reading →

Lumrah Hidup Dalam Kebimbangan.

Minggu ini cuaca agak panas terik. Mungkin sudah tiba masa di kawasan utara semenanjung berada dalam musim panas dan kering. Walaupun begitu, tidak boleh dibidik tepat tentang cuaca di muka bumi ini. Ada kala panas, ada kala mendung, dan ada kalanya hujan. Semuanya bukan atas ketentuan manusia atau putaran alam semesta yang merencanakan. Melainkan semuanya di bawah suatu kuasa yang Maha Agung yang menciptakan setiap kejadian dan memberi makna pada kehidupan.

Hujan yang turun dinihari pada ketika tertentu tidak mampu diteka atau tepat diramal oleh para meteorologi dunia. Mereka hanya mampu membuka sebuah jabatan kaji cuaca untuk memberikan info dan kenyataaan cuaca semasa dunia pada hari ini agar semua orang boleh membuat persiapan di kemudian hari.

Continue reading →

Wasiat terakhir Rasulullah s.a.w

Mencari ketenangan dalam lambaian iman.

Pernah suatu ketika dulu terkenangkan suatu kisah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w yang direka  cipta dalam bentuk animasi dan kisah teladan perjuangan Islam disampaikan kepada umat Islam di sekitar Makkah Mukarramah dan Madinah al- Munawwarah.

Kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat menyebarkan Islam secara sulit dan terang-terangan, hijrah Rasulullah ke kota Madinah dan sambutan oleh para Ansar, peperangan dengan puak Kuffar dan lain-lain lagi diadaptasi dalam sebuah karya animasi.

Garapan animasi ini sangat baik. Kepada sesiapa yang menyayangi Rasul-Nya dan ingin mengetahui sejarah perjuangan Islam ketika pertama kali disebarkan, adalah amat digalakkan untuk menonton siri animasi ini. Semua peringkat umur adalah wajar untuk menontonnya. Sejarah kegemilangan iman dan Islam adalah tidak sepatutnya luput dari fikiran dan perkara untuk dilupakan.

Continue reading →

Nilai Ibadah Dalam Kehidupan

Menyelongkar sipi-sipi kisah kehidupan.

Melihat dan merenung kembali setiap penciptaan Tuhan. Keindahan, kecantikan, gunung-ganang yang berdiri utuh, awan-awan yang bergerak tanpa had atau batasan. Air yang sejuk menitis dari langit yang kelam, burung-burung yang berkicauan, tumbuhan dan buah-buahan yang berwarna warni, serta suara merdu unggas yang mewarnai alam ini, melahirkan rasa kerdilnya diri di hadapan sang Pencipta yang Maha Menciptakan setiap makhluk selain lautan manusia yang sentiasa sesak menjalani rentetan perjalanan kehidupan…

Memahami dan mendalami hakikat diri dan penciptaan diri…

Manusia tidak akan mampu mengenal pencipta-Nya, tanpa mengenal siapakah diri yang telah diciptakan oleh-Nya

Demi mengenali pencipta dan menyelongkar peribadi diri yang diciptakan, maka ibadah yang khusus antara Dia dan hamba disyariatkan kepada hamba-hamba-Nya di bumi ini untuk taat  melaksanakan-Nya.

Continue reading →

Taubat

“Abang, berapa kali kita wajib bertaubat? Kenapa kita kena bertaubat?”

“Ibu, ampunkan kesalahan Amin, ibu. Amin Banyak buat salah dengan ibu. Amin banyak kali ingkar perintah dan arahan ibu. Ibu, Amin berdosa dengan ibu. Amin membuatkan ibu marah setiap hari. Amin bertaubat ibu. Amin berjanji tidak akan mengulangi kesalahan Amin lagi. Ampunkanlah Amin…”

“Yang lepas-lepas itu, lupakanlah. Sia-sia kamu terkenangkannya. Ambillah ia sebagai pengajaran. Jadikan ia sebagai sempadan. Mulakanlah kehidupan yang baru. Masih jauh lagi perjalanan kamu. Mungkin ada sinar harapan yang lebih baik di kemudian hari dengan perubahan yang kamu lakukan kini…”

Perencanaan manusia sememangnya lemah. Jika dikatakan A, belum tentu itu yang dapat dilakukan. Jika dikatakan pergi ke Mersing, mungkin Ipoh yang dilalui. Manusia itu hanya mampu merancang, dan Tuhan itu yang Maha Menentukan.

Continue reading →

Peringatan Demi Peringatan

Sementelah mengharungi kehidupan di dunia ini, pasti sesiapa pun tidak dapat lari dari rasa seronok, gembira, malah menjadikan asset kehidupan dan keinginan pada dunia adalah segala-galanya. Perlu sentiasa berusaha, meningkatkan daya kerja, komited dan prihatin, malah boleh samping ke peringkat melakukan pengkhianatan, dendam dan permusuhan dek kerana tertipu dengan harta dan kesenangan palsu di dunia ini.

Disebabkan keasyikan menjadikan kemewahan dan kesenangan yang diperoleh dalam kehidupan ini, mereka leka dan lalai mengerti kewujudan hak tunggal dunia adalah bersifat sementara. Ini adalah hak yang kekal wujud pada nilai dunia. Namun, ramai yang tidak pernah sedar dan ingin mengambil iktibar dari nilai sebenar sifat duniawi. Kerana, mereka nampak dan dapat gambarkan setiap yang dimiliki dan apa-apa yang ingin dicapai di dunia ini.

(agak kecil skop pandangan, mengejar masa)

Continue reading →

Jiwa yang Berdoa

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Nampaknya pagi-pagi ini sehingga kini hujan membasahi bumi. Menyediakan embun-embun segar buat kebangkitan hidupan di dunia ini sama ada tumbuhan, haiwan mahupun manusia yang semuanya di bawah satu nama, makhluk kepada Allah Azza wa Jalla.

Dengan limpah kasih dan sayang-Nya, diri ini cuba membaitkan kalam, menandakan syukur atas rahmat-Nya yang tidak ternilai serta kekuatan yang diizinkan oleh-Nya kepada hamba-Nya ini berdasarkan iradat dan usaha yang hamba-Nya ini miliki.

Alhamdulillah…

Continue reading →