Tidak lupa.

Manusia ini,

Memang diciptakan dengan sifat mudah lupa. Apabila mudah lupa, maka banyak perkara yang terlupa. Yang lebih ketara untuk selalu lupa ialah berkenaan perkara yang ghaib (tidak nampak).

Mungkin ini dikatakan bab ketuhanan itu terlalu mencabar, maka daku tamsilkan bab keduniaan.

Dalam bab keduniaan,

Ada juga manusia lupa.

Contohnya lupa di mana letak anak kunci. Padahal baru beberapa ketika tadi yang dia pegang. Bila cari balik nak bawa motor atau motokar, terlupa pula mana tempat yang sebelum ini diletakkan.

Contoh lain ialah lupa apa yang telah dibuat pada hari semalam atau orang yang bernah dia bertemu sebelum ini. Ini memang perkara biasa, malah daku pun biasa lupa siapa orang dan nama mereka.

Contoh lain ialah lupa atas orang yang telah mati. Mungkin juga ada di ingatan, tetapi tidak selalu seperti ketika masih hidup. Paling kurang, mungkin setahun sekali balik atau tengok rumah di kampung, tempat arwah itu hidup dan tinggal dahulu.

Inilah beberapa contoh yang menunjukkan memang manusia ini tidak perfect. Mudah lupa. Jadi, tidak baik terlalu mudah meninggikan suara jika dilupakan sesuatu perkara. Itu kebiasaan.

Tambahan lagi, jika sesetengah orang itu banyak tanggungjawab dan bebanan. Memang lagi lah mudah dia lupa sesuatu perkara. Sebab… tak mampu nak cover semua. Difikirkan mana yang penting sahaja.

 

Lupa.. bab akhirat

Tentang isu agama pula, lagi lah manusia ini senang nak lupa. Hal ini disebabkan mereka dilupakan oleh beberapa perkara. Iaitu perhiasan duniawi, nafsu yang terpedaya dengan dunia dan syaitan yang sentiasa berusaha menipu manusia.

Jadi, bab akhirat ini memang ketara lah kiranya manusia nak lupa. Daripada kecil, besar, dewasa sehingga ke tua bangka, ramai yang lupa nak fikir dan usahakan perihal ini. Tidak terkecuali ahli dalam agama.

Beginilah lumrah keadaan manusia. Mudah lupa.

 

Allah s.w.t: tidak pernah lupa

Namun, Allah s.w.t Rabb yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya tidak pernah lupa perihal makhlukNya. Jika ada sifat lupa, nescaya dia menyamai sifat makhluk. Dialah yang teragung dan terulung, tidak sama dengan keadaan yang lain.

Apabila Allah s.w.t tidak pernah lupa, maka setiap kelakuan dan keinginan hambaNya sentiasa diperhatikan.  

Antara makhlukNya yang sentiasa tidak dilupakan oleh Allah s.w.t, ialah orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNa.

Disebabkan orang beriman ini sentiasa menjaga masanya dan dirinya untuk perihal ibadah, kecintaan Allah s.w.t kepada mereka sentiasa ada. Apabila Allah s.w.t telah mencintai seseorang hambaNYa, maka hambaNya itu akan dibawa ke jalan yang benar.

Jalan itu ialah jalan tarbiyah. Allah s.w.t yang tidak melupakan hamba ini ingin mendidk hamba ini untuk berada dalam iman dan keadaan yang lebih baik, dengan cara jalan tarbiyah ini.

Maka, bagi orang yang beriman kepada Allah s.w.t, sangat tidak wajar mereka pula lupa kepada Allah s.w.t. Jika ada seseorang yang sentiasa mengingati dan membantu kita, adakah kita nak lupa dan buat ‘dont  know’ sahaja dengan dia? Tidak bukan. Jika buat, perbuatan itu memang tercela dan ke’bodoh’an yang nyata.

Sepatutnya, lagilah dihargai. Barulah betul tindakan ini.

Begitu juga kepada Allah s.w.t. Orang yang mengaku beriman, kenalah sentiasa berterima kasih dan buat apa-apa yang Dia suka hambaNya ini lakukan. Inilah tanda hamba ini tidak lupa kepada Allah s.w.t.

 

Ikhlash: hati yang tidak pernah lupa

Selain itu, orang yang memiliki sifat ikhlash juga merupakan orang tidak pernah lupa dari mengingati sesuatu. Mereka yang ikhlash ini memiliki jiwa yang lapang, maka banyak perkara yang mereka boleh terima dan ingat untuk dilakukan.

Namun, hati yang lapang boleh menginlgati akan tanggungjawab dan isu yang besar, manakala isu yang kecil (seperti kunci, hari apa, dan lain-lain), itu tidak dapat tidak menjadi lumrah dirinya untuk lupa akan perkara tersebut.

Hal ini disebabkan benda yang kecil-kecil atau bergerak setiap hari itu perlu wujud kemampuan otak pula untuk mengingati. Jadi, tak semua orang mempunyai otak yang cerdas dan kuat ingatan. Tak mustahil benda ini boleh dilupakan.

Sebab itulah ada doa jika lupa benda-benda kecil ini. Jika baca doa ini, nescaya dengan kehendak Allah s.w.t, benda yang dicari akan ditemui kembali. Insha-Allah.

 

Doa lupa (barang terutamanya):

Doa Hilang Barang

“Ya jaami‘annas, li yaumi la rayba fihi, ijma‘ ‘alayya fadh dhalati.”

Baca sepuluh kali. Kemudian doa pada Allah s.w.t akan barang yang hilang. Kemudian selawat kepada nabi s.a.w sambil mencari.

Insha-Allah, tak lama kemudian ditemui barang tersebut. Semua dalam keizinan Allah s.w.t.

 

Wallahua’lam.

 

Semoga Allah s.w.t sentiasa memelihara, mengurniakan kebaikan dan dipermudahkan urusan kepada diri dan lain-lain. Amin.

 

-sekarang daku khidmat bahagian masakan untuk jemaah di Seri Petaling, Kuala Lumpur. Insha-Allah sehingga hujung minggu. Daku

Daku takut terlalu sibuk dengan tugas di sana, sehingga tak dapat nak bagi masa cari kedai internet untuk menulis pada hari Jumaat. Tetapi, insha-Allah bila habis tugas daku akan menulis hujung minggu jika kesempatan. Insha-Allah.

(Kalau ada apa-apa, minta pada Allah ya. Jangan lupa!)

Tinggalkan komen