Monthly Archives: Jun 2013

Kembara 3: Masaku Milik Dia.

Hari demi hari terus berlalu.

Pejam celik pejam celik, tidur bangkit, lelap lena…

Terasa cepat dan pantas masa itu terus berlalu.

Meninggalkan pergi, sama ada orang yang melalui itu bersedia menghadapi atau masih ralik dan leka dibuai enak-enak mimpi yang menipu diri sendiri.

Continue reading →

Menulis kerana Allah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian alam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang sentiasa merahmati seklaian alam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk dan kemampuan buat sekalian alam.

Continue reading →

Sahabat yang Baik.

Hari ini hari Selasa, kan?

Baik.

 

Sekarang ini agak jarang menulis pada waktu dan hari sebegini (dulu selalu juga). Mungkin sekadar coret-coret dari tangan yang gatal, atau hati yang suka berputar-putar.

Continue reading →

Ada Impian tak?

Hari ini hari Isnin. Sudah berakhir bulan Rejab dan mendekati Syaaban.
Begitulah. Masa terus berlalu. Detik demi detik meninggalkan manusia, sama ada dia bersedia atau tidak akan masa yang terus berlalu jua.
Continue reading →

Jiwa dan Jasad: Kepastian.

Dalam benakku ini,terasa sesuatu perasaan dan kata hati.
Membuatkan terngiang-ngiang di kepala ini setiap hari akan perkara yang sama.
Ingin dikata benar pun sukar, nak dikata tidak, tak boleh juga.
Inilah yang berpusing-pusing di kepala ini. Mana satukah jalan dan perkara sebenar yang berlaku dan perlu diakui?

Continue reading →

Kata-kata: Bukan Semua Boleh Percaya!

Hari ini hari Jumaat.
Sudah 28 Rejab berlalu. Kiranya, semalam Israk mikraj lah. Nampaknya, tidak lama lagi, Ramdhan akan mengunjungi. Terasa pantas bulan yang diberkati ini datang kembali. Hari yang berlalu seperti tidak dirasai.

Sempena Ramadhan yang insya-Allah, akan mengunjungi,
Dari sekarang kena ada usaha dan persediaan untuk menuju ke arahnya. Hal ini kerana inilah sahaja peluang yang ada untuk tambah amalan. Bulan yang lain, habuk susah nak tambah. Kerana, bulan itu semua syaitan dibelenggu. Jadi, kuranglah syaitan datang nak ganggu.
Continue reading →

Ruqyah (3)

Sebenarnya,
Daku tak berminat untuk berkata lebih-lebih akan perkara ini. Teringat kata-kata seorang teman,
“Jika kita mengagungkan sesuatu, pasti benda tersebut terpegun dan berbangga dengan kewujudannya. Maka, lebih gembira dan senang untuk menampilkan dirinya.”
“Begitulah jua dengan perihal makhluk halus ini. Suatu ketika, hanya sebab diedarkan cerita itu ini berlaku pada keluarga terdekat, diri sendiri turut terasa bahang yang sama. Alhamdulillah, dengan izin Allah, baca sedikit ayat pelindung dan al-Qur’an, segalanya telah pergi.”
Continue reading →