Monthly Archives: April 2011

Musuh Utama dan Belitannya atas Manusia

“Eh, kau sudah bermusuh dengan Johan? Baru semalam aku nampak korang berbaik-baik. Ini mesti kes pecah amanah lagi…”

“Kau tak tahu Bedah semalam Mek Pah itu bergaduh lagi dengan dengan sebelah rumahnya. Tak pasai-pasai laki dia juga terlibat perang sebab nak defend bini dia tak buat salah.”

“Ala Mat, esok-esok baik la tu. Sikit je. Biasalah orang perempuan….”

Biasa terdengar manusia bergaduh atau bermusuh sesama sendiri. Bila kedua-dua belah pihak tiada kesefahaman, dan ingin menang sesuatu keadaan, hal permusuhan dan perkelahian pasti tidak dapat dielakkan lagi.

Begitu perihal permusuhan sesama manusia yang sedia lihat dan dikenal pasti. Tetapi bagaimana pula dengan musuh yang tidak nampak, tetapi wujud di sana sini?

Continue reading →

Advertisements

Realiti Ilmu dalam Berdakwah

Ummat Islam kini telah mencecah hampir 1/4 dari bilangan penduduk dunia. Lambakan medan dakwah dan institusi tinggi yang melahirkan para sarjana Islam yang mahir dalam pelbagai bidang dan keilmuan menunjukkan umat Islam kini semakin maju ke hadapan dan ada yang setanding dengan cendekiawan Barat.

Generasi berilmu semakin hari semakin ramai. Kempen ulat buku dan mari membaca giat dijalankan.Kepesatan pembangunan dan perkembangan institusi pendidikan tidak diragui lagi meningkatkan keupayaan umat Islam dalam bidang ilmuan walaupun hanya sekadar boleh membaca surat khabar atau majalah semasa. Bagi peringkat yang lebih tinggi, terdapat ramai saintis dan cendekiawan Islam yang lahir kini di seluruh dunia. Tokoh nobel yang lahir dari bumi Mesir, Ahmed Zewail merupakan seorang saintis kimia Islam yang dinobatkan oleh dunia akan kebijaksanaannya mengaplikasikan bidang yang diceburinya. Selain itu, ramai lagi ilmuan Islam sama ada dalam bidang sains mahupun agama yang lahir di serata dunia berdasarkan bidang yang diceburi oleh mereka.

Continue reading →

ILMU: Dalam Perancangan Yahudi.

Tidak banyak untuk daku menulis kali ini, memandangkan peperiksaan masih belum berakhir.

Ada pelbagai kisah yang cuba kubaitkan, tetapi masa dan aktiviti kian tak menentu kerana minggu peperiksaan ini.

Masih ada dua kertas peperiksaan lagi. Paling dekat pagi rabu ini. Doakan beroleh kejayaan.

Oleh itu, sedikit penulisan sahaja yang boleh kumuatkan di sini pada hari ini.

Continue reading →

Melihat Sesuatu ke dalam Sesuatu :Fiqh dan Tasawwuf

Kadang-kadang hati ini pilu apabila diri ini terasa kekurangan hubunganku dengan Tuhan. Seperti ada sesuatu tidak kena telah kulakukan sama ada sesama manusia mahupun hubunganku dengan-Nya.

Daku  masih boleh bersabar dan buat tidak endah akan kekurangan yang berlaku disebabkan urusanku dengan manusia yang lain. Sama ada ditipu,  dihina, dicela, dan sebagainya apabila telah terjadi. Tetapi daku rasa serba gelisah apabila hati ini tidak dapat melaungkan nama Allah, mahupun berdetik untuk menghampirkan diri kepada-Nya.

Lemah untuk berzikir kepada-Nya.

Alpa untuk membaca atau menghafaz kalam-Nya

Mahupun membesarkan kekuasaan-Nya

Daku mula menilai sesuatu. Tentu ada sesuatu yang tidak diingini oleh Tuhanku telah hamba yang lemah ini lakukan.

Adakah kerana banyak bintik-bintik hitam di hatiku?

Adakah ada syubhah dan kerosakan dalam makanan harianku?

Kerana kesibukan urusan duniawi?

Atau kelalaianku mengagungkan manusia buat akan-Mu?

Sekiranya ia terjadi, daku mohon kepada-Mu, ya Allah, ampunkalah kekuranganku, kelemahanku, dosaku, dan kehinaanku.

“Janganlah engkau memesongkan hatiku selepas engkau memberikan petunjuk dan pemberian rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi.

Bimbinglah kami

Bantulah kami

Ajarkanlah kepada kami apa yang tidak kami ketahui.

Continue reading →

Kisah Ahmad dan Puteranya.

Hujung minggu hari itu baru sahaja pulang sebentar ke kampung halaman. Perjalanan pada waktu petang di lalu lintas Pulau Pinang memang sibuk. Pin pon-pin pon. Macam-macam jenis kenderaan dan menyesakkan. Walau bagaimanapun, setelah sampai ke seberang, kesesakan semakin berkurang. Alhamdulillah.

Mengambil masa antara 1jam hingga 1jam 30 minit tidaklah terlalu membebankan daku untuk pulang ke kampung pada hujung minggu. Malah, waktu petang menjadi kegemaran kerana banyak betul kerja di universiti nak kena siapkan. Syukur kepada Allah, ibu dan ayah sentiasa menanti kepulanganku dan bertanya, “nak balik pukul berapa? Nanti nak masak nasi lebih.” 🙂

Nak kata selalu pulang, tidak selalu juga. Dalam 1 bulan hanya dua tiga kali sahaja. Cukuplah sekadar menghiburkan diri dengan suasana yang berlainan daripada universiti sambil bersantai di rumah tengok TV.

Continue reading →

Anak yang Cerdik

Sinar mentari masih lagi memancarkan sinarnya.

Tiada yang terkurang, malah sentiasa menerangi semesta alam.

Tugas mentari bagai tidak pernah ada perkataan henti. Bermula detik fajar menyinsing, sehingga gelap malam menandakan kedatangan purnama bulan, mentari tidak pernah leka dan alpa untuk memancarkan sinarnya dan menerangi kehiduopan buat semesta alam.

Kadang-kadang terlintas di fikiran, bagaimana keadaan dunia ini apabila matahari berkata, “hari ni aku ingin bercuti. Berehat, dan tidak melakukan tugasku seperti setiap hari. Biar bulan sahaja yang bersinar dan terus menerus memancarkan pantulan cahayanya buat penduduk di semesta alam.”

Tentu sahaja kehidupan para tumbuhan, haiwan malah manusia akan menjadi kucar kacir. Kerja mereka setiap hari akan bertambah kelam kabut, yang sememangnya haru biru sebelum itu. Ada yang meratap menangis melihat matahari tidak muncul-muncul timbul, ada yang mula buat prasangka bukan-bukan, ada pula yang menambah baik peribadatannya kerana risau akan fenomena yang tidak pernah sesekali terjadi di dunia, dan mungkin ada pula yang buat-buat tidak tahu sahaja.

Melihat akan tugas setiap penciptaan Allah di sekali alam ini, daku merasa kagum dan betapa kerdilnya kewujudanku di dunia ini. Rupanya, masih ada perkara lain yang Allah ciptakan selain daripada manusia yang tidak pernah keluh kesah dan penat lelah menjalankan tugas hariannya. Mereka ini sentiasa taat kepada pencipta mereka, dan tidak pernah sesekali melanggar larangannya.

Ah… lemahnya dan hinanya aku di hadapan-Mu, ya Allah. Daku diberikan akal untuk berfikir akan kewujudan-Mu. Daku diberikan hati untuk sentiasa mengingati dan membesarkan-Mu. Rupanya daku hanyalah sekelumit kecil golongan manusia yang diciptakan oleh-Mu. Malah, kalau Engkau yang Maha Agung ingin mengambil dan mencabut nyawa setiap hamba-hamba-Mu, tiada satu kuasa pun akan mampu menghalang tindakan-Mu.

Ah…. daku takut akan sifat dan hatiku yang tidak pernah melihat dan mengagungkan Engkau. Ketika daku lemah dan kacau bilau, daku mencari makhluk yang jua hasil dari penciptaan-Mu. Ketika daku gembira, daku masih jua mencari makhluk-Mu menyatakan kegembiraan dan girangnya hatiku mendapat nikmat kurniaan-Mu. Ampunkanlah kelemahan dan kekuranganku ya Allah. Bimbinglah tangan, diri, dan hatiku untuk sentiasa mengadu, bersyukur dan mengharap semata-mata hanya kepada-Mu.

Wahai Tuhanku,

Janganlah tergolongkan hamba-Mu yang lemah ini di kalangan hamba yang ingkar dan sombong dari menghadap dan mentaati perintah-Mu. Sungguh, apalah gunanya daku bersikap begitu, sedangkan daku hanyalah sekelumit kecil dari hasil penciptaan-Mu.

Continue reading →

Dikahwinkan dengan Bidadari Syurga

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah… Segala pujian bagi tuhanku yang Maha Besar lagi Maha Mulia

Segala pujian yang daku limpahi akan segala kurniaakn nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhingga dikurniakan kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini.

Daku memanjatkan kesyukuran masih memberikan sedikit kekuatan untuk daku terus membaitkan kata-kata dan nukilan untuk daku sendiri, bagi terus memperbaiki diri dan memelihara diri dari kerosakan ummat di akhir zaman.

Zaman yang semakin sukar untuk menilai di manakah terletak ikhtiar dan kegemilangan Islam… Ramai orang yang menyatakan merekalah yang menganut agama Islam, tetapi di hati dan perwatakan tiada yang kurang seperti para penganut agama nasrani dan yahudi.

Sememangnya mudah manusia menempelak dengan kaum yang dibenci, tetapi sedarlah wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian, semua manusia sudah suka sama suka menggali jalan dan laluan untuk terus dilalui oleh mereka yang kamu benci sendiri.

Sekiranya sudah dibenci di hati dan sanubari, mengapakah masih terus memakai pakaian yang direka cipta, mengapa masih mengamalkan cara hidup dan budaya kaum yang penuh maksiat dan mereka suka?

Sekiranya sudah penuh boikot dan tidak enak mata memandang segala kekejaman si yahudi dan nasrani, mengapa masih mengagungkan si artis dan selebriti, yang semuanya hanya agen-agen rasmi dan tidak rasmi untuk matikan kekuatan rohani dan talian dengan rabbi?

Benarlah, puak-puak laknat ini sudah lama makan hati dan nurani orang Islam, sehingga hari ini berkata menentang, esok sudah boleh, “ah, lupa-lupakan sahajalah.”

Terasa seperti menjamah dan mengalirkan darah sendiri sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini.

Continue reading →

Takut dan Harap

Penulisan kali ini agak pendek.

Tidak banyak input yang diperoleh dan sempat dijadikan bahan rujukan. Ketika penulisan ini mula dikarang, masih terawang-awang mencari ilham. Kelak, akan diperhati kembali untuk dikemas kini dan cuba masukkan dalam kategori buku yang benar-benar buku. Mungkin jua ada kesinambungan apabila beroleh lebih ilham dan pengetahuan kelak.

Sebenarnya, daku agak kebimbangan jua akan suatu keadaan yang terjadi.

Dek kerana itu, daku cuba membaitkan kalam ini agar moga-moga dirinya beroleh sedikit kekuatan dan mengurangkan bebanan.

Malah untuk daku jua agar kembali sentiasa teguh dan cekal untuk terus berusaha mentaati, mengharap, dan takut akan keperkasaan dan kebesaran Tuhanku yang Maha Esa.

Sekalipun begitu, daku hanyalah hamba Allah yang lemah, daku tidak mampu untuk berusaha akan perkara yang daku tidak mampu dan tidak boleh lakukan. Banyak perkara yang daku cuba lakukan tetapi kebimbangan hadir jika ia bukan jalan yang diredhai Allah. Maka, daku sentiasa cuba mengelakkan diri agar dijauhkan dari jalan yang dimurkai oleh-Nya

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan Kami uji perihal (diri) kamu.”  (Muhammad: 31)

Biarpun payah dan perit menahan sabar demi keinginan sesama manusia, daku lebih yakin dan mengharap keredhaan Allah, kerana Dia adalah segala-galanya.

Kuatkanlah semangat. Sungguh, Allah s.w.t. sentiasa bersama-sama hamba-Nya yang sentiasa taat, harap, dan takut kepada-Nya

“Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang dijadikan terasa indah baginya perbuatan buruk dan mengikuti keinginannya?”  (Muhammad:  14)

Continue reading →

Apakah yang Membuatkan Anda Bahagia?

Terasa berkenan untuk melontarkan idea untuk menghuraikan perkara ini. Ia antara perkara lumrah semua orang yang masih hidup, iaitu ingin mengecapi nikmat kebahagiaan, di dunia mahupun di akhirat.

Dan, mungkin jua idea ini terlintas dan seterusnya ditulis kerana terasa ada lontaran rasa bahagia di atas beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini. Namun, daku sentiasa mengingatkan diriku sendiri, walau apapun yang wujud atas muka bumi Allah ini adalah wujud kerana kehendak-Nya. Daku bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh-Nya. Daku memohon dijauhkan dari hati yang mungkar dan perkara yang  bukan datang dari keredhaan-Nya.

Continue reading →

Perkhabaran daripada Kebenaran

Waktu demi waktu telah berlalu

Kini semester tahun semakin kian berakhir walaupun sebenarnya masih ada kerja dan projek yang perlu diselesaikan dengan segera sebelum sampai date line

Kubaitkan kalam ini kerana terasa terguris hati kerana kelas yang digemari telah pun tamat pada semester ini 😦

Terasa seperti hilang satu keseronokan dalam pelajaranku. Tak mengapalah, suatu ketika nanti tetap akan selesai jua subjek ini. Terima kasih kepada tenaga pengajar yang tak jemu2 menerangkan dengan detail apa yang diajar. InsyaAllah, untuk peperiksaan nanti, akan buat yang terbaik bagi subjek ini, menunjukkan kesungguhanku belajar bagi subjek yang digemari. 🙂

Kadang-kadang rasa janggal pun ada, kerana belajar dalam aspek sains. Tetapi lebih memahami dan mendalami dalam bidang agama.

Continue reading →