Tag Archives: adik beradik

Kisah Ahmad dan Puteranya.

Hujung minggu hari itu baru sahaja pulang sebentar ke kampung halaman. Perjalanan pada waktu petang di lalu lintas Pulau Pinang memang sibuk. Pin pon-pin pon. Macam-macam jenis kenderaan dan menyesakkan. Walau bagaimanapun, setelah sampai ke seberang, kesesakan semakin berkurang. Alhamdulillah.

Mengambil masa antara 1jam hingga 1jam 30 minit tidaklah terlalu membebankan daku untuk pulang ke kampung pada hujung minggu. Malah, waktu petang menjadi kegemaran kerana banyak betul kerja di universiti nak kena siapkan. Syukur kepada Allah, ibu dan ayah sentiasa menanti kepulanganku dan bertanya, β€œnak balik pukul berapa? Nanti nak masak nasi lebih.” πŸ™‚

Nak kata selalu pulang, tidak selalu juga. Dalam 1 bulan hanya dua tiga kali sahaja. Cukuplah sekadar menghiburkan diri dengan suasana yang berlainan daripada universiti sambil bersantai di rumah tengok TV.

Continue reading →