Monthly Archives: September 2014

Program pertama: Alhamdulillah tercapai!

Assalamualaikum w.b.t

Semoga sihat wal afiat. Sejahtera di hari yang mulia dan sejahtera juga pada masa hayat yang masih ada ini.

 

Semalam, daku ingat nak menulis di sini. Tetapi masa agak sukar. Sebab ada program yang dijalankan.

Alhamdulillah, dengan hidayah, taufik dan keizinan daripadaNya, akhirnya berjaya satu majlis talk tentang topik kajianku disampaikan. Pelbagai perkara dikongsikan bersama, khususnya berkenaan sunnah dan makanan dari perspektif sunnah.

Majlis dalam dua jam,. Tetapi menunggu orang datang masuk, selenggara dan lain-lain, majlis berlangsung selama 1 jam setengah sahaja. Namun, masa yuang ada itu cukup baik dan bermanfaat sebab semua isi dan keinginan di hati yang ingin disampaikan berjaya dilakukan.

Talk tersebut lebih berbentuk perkongsian. Berkongsi pandangan, pertanyaan akan keadaan kita hari ini dalam menilai sunnah dan makanan.

Mungkin ada kelebihan dan kekurangan dalam penyampaianku. Moga kelebihan itu berjaya menusuk hati para peserta dan berusaha bagi ereka mengamalkan pengendalian makanan secara sunnah. Kekurangan itu dimaafkan dan berusaha lebih baik pada lain masa yang akan datang.

Continue reading →

Sibuk atau menyibuk?

Daku tak tahu. Mungkin ada yang mendoakan daku untuk teruskan menulis pada waktu ini.

 

Ya, daku akui kini agak kesibukan.

Tetapi, ada satu peristiwa yang membuatkan daku terfikir, berfikir, muhasabah dan mengkoreksi diri. Sehingga hari ini mampu mencoret di sini.

Alhamdulillah.

Continue reading →

Masa itu… memerlukan lagi pengorbanan…

Daku teringat lagi.
Dulu, daku ada selia satu kelas. Kelas bimbingan untuk al-Quran. Sekadar kecil-kecilan. Lagipun, daku tak pandai nak selia dalam kuantiti yang besar dalam jangka masa yang lama, setiap masa. Sebab pening tengok macam-macam perangai manusia.

Continue reading →

Coretan minda yang busy

Bismillahirrahmanirrahim

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan kebaikan dan kemampuan untuk menulis pada waktu pagi ini. Kemungkinan keberkatan hari ini, maka Allah memudahkan untuk terus menulis di sini.

Hari ini daku tidak berniat nak menulis bagai artikel. Hanya mungkin sebagai coretan harian atau cerita diri sendiri.

Continue reading →

Aurat: undang-undang atau diri sendiri itu penyelesai masalah?

Hari-hari masa dan jarum saat yang bergerak terlalu penting bagiku. Kini ada sahaja program yang nak kena diselia dan buat. Hujung minggu lepas pula agak sibuk dan ada aktiviti luar dari belajar. Pergi ke Kuala Lumpur atas urusan agama Allah.
Hari demi hari memang terasa begitu penting masa yang masih ada. Terlalu banyak perkara yang nak kena diselia, diambil tanggungjawab, dan diperhatikan. Sehingga nak lelap mata pun nak kena tengok time ini sesuai atau tidak sesuai.

Continue reading →

Makanan kena sentiasa jaga!

Makanan kini ulama’ sangat memberi penekanan untuk bijak mengendalikan dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.

Hal ini kerana makanan yang haram, rosak, tidak bersih, disediakan oleh orang yang mengambil sumber secara haram, atau apa-apa sahaja perbuatan yang salah dalam menyediakan makanan,

Nescaya ia akan memberi kesan tidak baik kepada orang yang makannya. Terutama pada orang yang berusaha memelihara kesihatan rohaninya.

 

Islam dan Baitul Maqdis

Dikatakan, ketika zaman Saidina Umar r.a ingin menawan Baitul Maqdis dari tangan Kristian, puak dan paderi Kristian telah bermesyuarat bagaimana untuk menghalang orang Islam yang sedang mara dan tidak terkalah ini. Sekiranya mereka berjaya menawan, nescaya tewaslah kunci Baitul Maqdis di tangan tentera Islam.

Maka, setelah lama bermesyuarat, semua pakat bersetuju ada dua cara yang efektif untuk menghalang mereka ini daripada mara. Pertama, makan makanan haram. Kedua, berzina.

 

Perkara ini terus dilakukan oleh mereka. Dibayar para pelacur, rupawan, jelitawan untuk menawan hati para Sahabat Nabi s.a.w agar goyah iman dan takwa mereka, terjerumus ke dalam perangkap dosa dan kemurkaan Allah s.w.t. Perempuan murahan ini direncana tiada baju dan kain menayang badan dan wajah di hadapan para pejuang dan sahabat sejati Nabi s.a.w. Di tangan para perempuan murahan ini juga disediakan pelbagai jenis makanan haram. Apabila dimakan sahaja makanan ini, nescaya tiada lagi bantuan dan rahmat Allah bersama mereka.

Rancangan ini sampai ke telinga Panglima Islam, Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. Kegusaran dan kerisauan akan perkara ini difikirkan dengan saksama, bersama para sahabat r.anhum yang lain. Mereka terdidik dengan akhlak dan tarbiyah Nabi s.a.w. Apabila setiap urusan khususnya dalam agama ingin direncanakan, maka bermesyuarat dahulu, kerana di situ terhimpun kerahmatan Allah dan tiada kerugian apabila seseorang bermesyuarat.

Akhir mesyuarat, mencapai kata sepakat. Maka, perintah dilaksanakan. Semua sahabat bersedia mendengar dan taat, akur pada perintah yang dititahkan oleh panglima Islam.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Surah an-Nur, ayat 31 dibacakan. Bacaan yang sayu dan mendayu, menusuk ke setiap jiwa para pejuang Islam. Gema ayat ini di telinga, menanam kemas ke dalam hati-hati mereka. Tidak goyah dan berbolak-balik, wahyu Allah sememangnya dalam genggaman dan amalan harian mereka.

Terus ditunduk pandangan mereka. Pandangan dipelihara, nafsu ditekan. Tiada kedengaran maksiat bersuara, hati-hati tawajuh fikir akan kebesaran Allah dan agamaNya, zikir memuja memuji Allah s.w.t. Sabar akan dugaan dan fitnah menimpa, bersyukur kini mereka di hadapan Baitullah ketiga.

Tiga hari tiga malam, para orang upahan gereja ini menari-nari menayang badan di depan para pejuang Allah. Puas sudah dipujuk rayu memandang dan melihat ke arah mereka, tetapi para sahabat r.anhum sentiasa tunduk memandang muka bumi, sibuk berzikir dan memuji Allah s.w.t. bersama-sama.

Terjelupuk layu para penggoda. Mengaku kalah pada iman menggunung para sahabat yang mulia. Kota suci ini berjaya ditawan oleh para pejuang kebenaran, bukan sekadar kota berjaya ditawan, syaitan dan nafsu berjaya dikalahkan.

Akhirat ialah tujuan mereka. Hati tidak terpandang pada keindahan palsu ahli-ahli dunia.

 

Maka, ehwal makanan ini amatlah besar untuk disedari akan impaknya. Sekiranya tidak dipeduli, nescaya hati mudah dikotori, seterusnya amal ibadat tiada kesan dan nilai pada diri.

Siapa yang ingin disalahkan, sekiranya tidak pernah nak berusaha benda yang sendiri isi ke dalam perut sendiri. Apabila iman rosak, fikiran menuju maksiat, bertanyalah dulu pada makanan yang diisi selama ini. Apakah dari sumber yang halal? Bagaimana gaya pemakanannya, mengikut nafsu atau sunnah? Tiga kali isi dengan pelbagai hidangan, atau sekali isi dengan satu dua hidangan? Makan dan minum tangan kanan, atau sesuka hati kiri dan kanan? Banyak makan kedai atau makan di rumah orang yang dikenali hidangkan? BErzikir untuk makanan atau mengumpat ketika tengah menyediakan makanan?

Semua perkara ini memberi kesan ketara pada makanan, yang asalnya dari tumbuhan dan haiwan yang sentiasa memuji Allah s.w.t. Jika buruk tangan atau cara disediakan, maka buruk juga yang akan diterima.

Jika ini pun tak pandai dan boleh nak dijaga, janganlah berharap benda yang lebih besar nak dapat ditawan dan dijaga. Sungguhpun nampak kecil dan ringkas, tetapi inilah yang dianggap besar oleh penghulu agung, Nabi Muhammad s.a.w. Nabi s.a.w sangat menitik beratkannya, sehingga dididik para sahabat dan ummatnya memelihara dan prihatin akannya.

Tiada dalam buku sahabat makan lebih dari sekali. Tiada erti kenyang dan makan sendiri-sendiri. Tiada dalam kamus mereka makan ikut nafsu, tinggal cara Nabi.

 

-cantik…pandai buat.

Tak pandai jahit. Tapi mak pandai jahit. Jahit baju raya setiap tahun. (nampak seronok dapat mesin baru 🙂 . Mungkin nanti bila-bila nak minta tempah buat satu )

-sibuk urus tiga projek besar. Ketiga-tiga nak kena gerak sekali. Letih nak kena buat semua, tak ada pembantu. Tiada masa yang baik untuk selesaikan semua. Doa… Allah bantu nak selesai dan berupaya melakukan tiga perkara satu masa.

Doa banyak-banyak! :O

 

Continue reading →