Monthly Archives: September 2011

Hidayah itu Milik Allah

Dalam menilai erti dan maksud rakan seperjuangan, sukar sebenarnya untuk dijelaskan. Hal ini kerana ramai orang yang bersedia memberikan kata, kerjasama dan sokongan apabila sesama sendiri berada dalam kesenangan. Tetapi, apabila ingin berkongsi rasa dan kesusahan, tidak ramai yang bersedia untuk mendengar dan duduk sekali berkongsi rasa sekaligus menyelesaikan masalah bersama.

Daku juga tidak menafikan, dalam kehidupanku sendiri rakan seperjuangan amatlah penting. Rata-ratanya daku akan bersemangat untuk berusaha apabila rakan seperjuangan bersama walaupun dalam bidang yang bukan sama. Tetapi, apabila telah berpisah dari satu tempat ke satu tempat, dari satu kawasan ke satu kawasan, suasana juga menjadi berbeza, dan orang yang ditemui juga berbeza. Perkara ini menyebabkan rakan yang ditemui juga tidak sama. Tidak semua boleh serasi bersama, walau berbincang pada topik yang sama.

Malah, apabila telah meninggalkan alam universiti, daku baru mula bergigih kaki atas usaha sendiri. Usaha untuk meneruskan pengajian, menghidupkan dan mengusahakan sesuatu tentang tanah di kampung halaman, di samping cuba berfikir dan berusaha untuk memperbaiki diri, ini semua perlu dilakukan. Kini, masih terawang-awang mencari rakan seperjuangan. Supaya dapat berbincang dan berusaha bersama.

Kerana itu, kadang-kadang rasa susah. Kadang-kadang rasa payah. Tetapi, insya-Allah, semoga Allah menguatkan semangatku untuk teruskan apa yang direncana pada ketika ini.

Yang penting, fikir, bersunggung-sungguh, dan laksanakan. Insya-Allah, Allah akan membuka jalan dan mengurniakan jalan dari yang perkara yang tidak disangka-sangkakan.

Continue reading →

Bisikan Allah? Bisikan syaitan?

Teringat suatu ketika dahulu ada menulis mengenai kedua-dua jenis bisikan ini. Satu daripada Allah, satu lagi daripada syaitan yang dilaknat Allah.

Kedua-dua jenis bisikan ini berada dalam keadaan yang ghaib atau tidak nampak. Jadi, sukar ditentukan yang mana satu kebenarannya sekiranya tiada ilmu dan diberi petunjuk oleh Allah subhanahu wa taala.

Jadi, daku cuba mengulasnya di sini sekadar termampu di samping berbincang dengan beberapa untuk mengetahui akan setiap bisikan yang berlaku.

Continue reading →

Kebaikan dunia dan akhirat

Alhamdulillah. Selesai sudah perjalanan hamba Allah seorang ini bagi sesi pembelajaran sarjana muda di universiti ini.

Sesi graduasi pagi semalam dihadiri oleh ramai orang. Dari kecil ke tua, dari sahabat ke ibu bapa, semua turut hadir meraikan hari gemilang ini sebagai simbolik tamat sudah belajar bagi setiap jurusan. Kelibat senyum dan tawa,  bergambar dan berniaga, semua ada perancangan sendiri. Meriah dan gah. Dari yang tidak pernah berhias, hari itu macam pengantin sehari. Segak belaka. Semua memperagakan pakaian dan hiasan seusai tamat sesi pembelajaran.

Sungguh, pelbagai kisah telah terencana dalam hidupku sepanjang daku berada di sini. Dari hidup sebagai seorang pelajar, remaja, dewasa, sehinggalah pelbagai isu lain yang tidak dapat dicoretkan di sini.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Selama 4 tahun proses pembelajaran, daku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, rakan, dan taulan yang sedia berkongsi ilmu, gerak kerja bersama dan membantu daku sepanjang kenal bersama.

Terima kasih kepada kakak, adik, ayah, dan ibu yang sedia berkunjung menyambut graduasi daku di sini. Susah -susah datang dari KL, selangor ke Penang meraikanku di sini. Buat ibu bapaku, pengorbanan membesar dan mendidik daku sehingga ke tahap ini daku tidak upaya membalasnya. Insya-Allah, khidmatku sebagai anak sedia berbakti kepada kalian di samping doaku yang tidak putus-putus moga ditempatkan di tempat Allah yang mulia di syurga sana.

Kisah suka, duka, dan sebagainya memenuhi diari kehidupanku di sini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Semoga kita bertemu di lain masa seketika nanti.

Continue reading →

coretan perjalananku…

Tulisan ini dibaitkan pada hening pagi. Tetapi terlambat post atas sebab-sebab teknikal yang tak dapat dielakkan.

(beberapa nama dan kenyataan diubahsuai berdasarkan keadaan dan masa. Mungkin ada sambungan yang agak panjang bagai sebuah kisah coretan kembara. Moga daapt diteruskan penceritaan sehingga ke akhir kembara. Insya-Allah.)

Continue reading →

Kisah Sekeping Hati

Dini pagi kaki melangkah

Terbuka mata memandang wajah

Lapang jiwa melihat angkasa

Akhirnya berakhir jua

Alhamdulillah. Akhirnya perjalanan dan kembaraku pada cuti kali ini sudah sekian kalinya berakhir. Setiap detik, ketika, dan masa cuba daku hargai sepangjang perjalanan ini agar ada manfaat yang akan dan perlu dipelajari.

Benarlah, apabila berada di luar rumah baru disedari kerosakan di sana sini. Hikmahnya, manusia tidak akan mengenal kekurangan atau kesilapan mereka tanpa melalui kembara memperbaiki diri.

Peristiwa demi peristiwa, tempat demi tempat, gelagat demi gelagat, begitu menghiasi dan terkenan di jiwa. Bukanlah semuanya manis dan indah untuk dilalui, tetapi begitu indah dan tersirat 1000 makna setelah diselidiki dan dikenangi.

———————————

Kisah ini dipetik dari blog ummuhusna. Kerana kisah yang khusus akan peranan dan ketistimewaan sekeping hati, ingin rasanya daku lahirkan ia kembali di sini.

Memang, pada mulanya daku ingatkan hati yang suci bersih itu yang lebih baik dan sempurna. Tetapi, apabila terus membaca, daku akui hati yang serba kurang di sana sini itu lebih mulia dan baik buat sesiapa.

Hati itu yang perlu wujud pada sekalian manusia. Hati yang serba indah, berbuat baik, dan amal kebajikan kepada sesiapa sahaja atas upaya yang ada.

Hati ini mulia. Mulia kerana lahir dan mengerti akan sifat ikhlas. Mulia kerana melalui sifat redha dan kasih sayang sesama insan.

Hati yang wujud atas peribadi seroang mukmin yang bertakwa. Benarlah, tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Teruskan membaca. Semoga mengambil pengajaran dan terus memperbaiki diri agar menjadi terus lebih baik dari setiap hari.

Continue reading →

Pesona Rasulullah dengan Anak Kecil

Perjalanan semakin menuju ke pengakhiran.

Rintangan, dugaan, dan keseronokan yang ditimba dalam kembara kali ini,

daku cuba mengambil iktibar, pengetahuan, dan pengajaran dalam rencana kehidupan.

Apa yang daku peroleh, dalam mengenali dan mencari nilai cinta kepada Allah, ia perlukan pengorbanan dan mujahadah. Berhijrah dari kehidupan biasa, mencari nilai hidup manusia diciptakan di dunia.

Apa-apapun, daku akan selesai kembara ini tidak lama lagi. Insya-Allah…

Continue reading →

Kisah: Rumah,Pemuda, dan Tukang Kayu

Ini cerita dongeng. Dipetik dari sebuah buku cerita moral kanak-kanak sekolah rendah.

Mula-mula saja-saja membelek halaman muka surat buku itu. Lama-lama apabila melihat isi cerita, banyka pengajaran dan moral yang ingin ditonjolkan sebenarnya oleh penulis kepada pembaca.

Maka, isi cerita buku ini kembali dicetak dan diedit di laman ini. Semoga sama-sama mengambil pengajaran. InsyaAllah.

Continue reading →