Tag Archives: dunia

DUnia akhir zaman

Assalamualaikum w.b.t.

🙂

 

Apa khabar? Semoga sentiasa sihat, baik, dan dirahmati Allah.

Terlebih dahulu, syukur banyak kepada Allah s.w.t kerana dengna izinNya, dapat lagi terus hidup di muka bumi ini, berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dan moga dapat memberi manfaat untuk orang lain.

Walaupun mungkin makin kurang manusia yang berfikir begini, daku tidak kisah. Hal ini kerana

Berhajat kepada manusia itu hanyalah menyukarkan. Biarlah daku berhajat sahaja kepada Allah s.w.t, yang nyata tidak pernah merugikan kepada mana-mana manusia yang menyatakan hajat kepadaNYa.

Betul tak?

Continue reading →

Keburukan harta.

Biar terkejut sikit untuk hari ini. Tajuk dan inti kandungan penulisan ini menyentak jiwa para pembaca.

Mengapa kelak akan terasa tersentak?

Sebab kepentingan dan nilai harta memang telah tertanam dalam hati ramai manusia.

Sehingga terkejut dan tak boleh nak terima,

Orang boleh hidup tanpa harta.

(bukan tak usaha tak cari harta. Berusaha dan dapat harta, namun rezeki mereka setiap hari tidak datang daripada harta yang cari selama ini.)

Continue reading →

Peringatan, sentiasa perlu disampaikan.

Gaya dan penampilan tidaklah sama.

Gaya ibarat sikap dan tingkah laku, manakala penampilan seperti keadaan fizikal luaran yang ditonjolkan oleh peribadi seseorang.

Gaya itu membentuk penampilan. Jika gaya baik, maka penampilan bersih dan menarik. Tetapi jika gaya tercela maka penampilan membentuk gaya tersebut sehingga menjadi aneh pada logic yang norma. Jika tiada gaya, maka orang tersebut masih tidask kenal dirinya dan ikut-ikut sahaja.

Continue reading →

Coretan lagi.

Hari ini daku agak sibuk.

Ya lah… pekerja agama…. Macam-macam kena buat.

 

Apa-apapun, Alhamdulillah, Allah taala bagi peluang daku untuk menulis di sini. Walaupun singkat, paling kurang tanggungjawab untuk menulis di sini telah ditunaikan.

Continue reading →

Jiwa rohani  

Tak ramai orang nak bicara tentang perkara ini. Sebab bukan orang kenal dan nampak pun.

Di samping itu, perkara ini sangat susah untuk dikenal pasti. Macam-macam pada keadaan dan suasana hari ini menyebabkan pembukaan jiwa rohani itu menjadi sukar.

 

Namun, jiwa rohani itu tetap wujud. Hanya, ia seperti terselindung disebabkan banyak sangat maksiat dan kemungkaran yang berlaku. Hal ini menyebabkan jiwa menjadi kotor dan materialisme membangun dengan pesat dan unlimited.

Continue reading →

Kelapangan itu satu ujian

Akhirnya dapat juga menyelesaikan kekusutan pada ehwal yang berlaku. ­­­

Setelah hampir sebulan bergelumang dengan pelbagai maslahat duniawi yang berkunjung tanpa henti-henti, akhirnya dapat juga melihat jalan yang lurus.

Ini semua taufik daripada Allah s.w.t. Allah telah menunjukkan jalan yang benar membantu pada orang yang benar-benar memerlukan petunjuk daripadaNya.

Terima kasih ya Allah. Daku bersyukur dengan nikmatMu ini.

Continue reading →

Kuasa: banyak tipu daya

Ada banyak ‘story’ kalau boleh nak dikongsi di sini. Tetapi, rasanya tidak perlu. Maka, perkara tertentu yang berkaitan sahaja dilontarkan sebagai suatu pengalaman atau muhasabah diri. Insya-Allah.

Continue reading →

DUnia… susah lah…

Jika manusia itu boleh melihat dengan kaca mata yang paling benar,

Pasti dia menyedari yang kehidupan ini hakikatnya penuh dengan ujian dan pancaroba.

Pelbagai perkara silih berganti akan bergantung. Kehidupan dulu tidak sama dengan kehidupan sekarang. Kehidupan sekarang yang ditempuhi ternyata berbeza dan tidak sama dengan  kehidupan yang telah lalu.

Continue reading →

Antara Sunnah dan Bid’ah.  

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera, semoga berada dalam kerahmatan dan kasih sayang Allah s.w.t.

Bersyukur kepada Allah s.w.t yang masih memberikan daku kelapangan dan kemampuan untuk terus menulis di sini. Bertambah syukur apabila Allah s.w.t memberikan taufik untuk daku melakukan sedikit sebanyak usaha dan kekuatan untuk menggerakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Mungkin pada pandangan manusia, mereka hanyalah bergerak di atas satu nama yang khusus, dan di atas pergerakan yang tertentu. Bagiku, nama atau pergerakan bukanlah motif atau tujuan, tetapi bagaimana perbuatan yang daku lakukan itu sentiasa memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, untuk dunia ini dan akhirat nanti.

Continue reading →

Misi: mencari orang yang ikhlas

Ya, benar. Hari ini suasana tidak melambangkan suasana agama.

Sangat disedari akan perkara ini. Jika tidak, pasti kanak-kanak yang kecil dan bersih lebih pandai cakap tentang Allah, agamaNya dan solah, daripada bercakap cerita kartun itu ini, main games dan tengok cerita TV.
Continue reading →