Monthly Archives: Mei 2013

Ruqyah (2)

Kebiasaannya jin dan syaitan ini mudah untuk masuk atau membawa kemudaratan kepada beberapa keadaan dan golongan.

Pertama, para wanita. Wanita ini lemah daya rohaninya. Jadi, kelemahan ini digunakan oleh tukang sihir atau jin untuk masuk dan memudaratkan mereka.
Continue reading →

Ruqyah (1)

Bismillahirrahmanirrahim.
Telah agak lama dipendam dan terfikir atau mungkin ilham Allah untuk daku menulis akan perkara ini. Alhmadulillah, pada kali ini, Allah SWT telah memberi keizinan, petunjuk, dan kekuatan kepadaku untuk menulis akan perkara ini.
Jadi, semoga sesiapa yang berkenaan dan ingin menengali cara pencegahan dari perkara ini, bolehlah mengambil manfaat dari artikel ini. InsyaAllah.
Continue reading →

Jangan Menggelarkan Sesuatu.

Kadang-kadang daku menulis,
Bukan sekadar luahan minda atau cetusan perasaan.
Ada juga sebagai kritikan, idea, pandangan semasa, dan apa yang sedang dilakukan.
Kadang-kadang sebagai motivasi diri dan mungkin juga pembakar semangat kepada orang lain yang menatap laman ini.

Continue reading →

Berlemah lembut atau berkeras?

Pada suatu pagi,
Daku telah mengadakan suatu perbincangan yang agak lama dengan seorang teman.
Persoalannya,
“Bagaimana nak tegur orang yang lebih tua daripada kita, khususnya ibu dan ayah akan perkara yang sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, makan atau minum dengan tangan kiri, tidak solat di masjid atau berjemaah, tidak menutup aurat di luar rumah, dan sebagainya.”
Continue reading →

Takwa dalam kehidupan (4)- Pengharapan pada Allah.

Sukar untuk menentukan bagaimana keadaan ini berlaku pada setiap manusia.
Perkara ini jelas lagi nyata,
Tidak dapat dinilai dan dikenal pasti melalui pancaindera. Namun, masih boleh dikenal pasti
Apabila seseorang itu telah dibuka mata hatinya.
Continue reading →

Menahan keinginan itu lebih sukar dari memenuhi keinginan.

Beberapa hari yang lepas,
Daku telah melepaskan diri dari belenggu yang menyeksa fikiran.
Bukanlah daku orang yang terlalu mengharapkan kepada orang lain,
Tetapi sekurang-kurangnya janganlah membuat aniaya terhadap orang lain yang ikhlas dan melakukan kebaikan kepadanya.

Ya,
Diakui itu takdir daripada Allah SWT. Tetapi, adakah wajar menolak ikhtiar yang boleh dilakukan daripada hubungan antara manusia dengan manusia?
Continue reading →

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.

Ini ayat peribahasa dalam bahasa Melayu.
Ayat ini waktu sekolah dulu aktif lah digunakan. Biasanya digunakan untuk menulis karangan. Contohnya berbunyi begini, “Bina satu karangan yang bermula atau berakhir dengan peribahasa, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.”
Kini, daku mengimbas kembali peribahasa ini. Rupanya-rupanya peribahasa ini maksudnya terlalu mendalam, sehingga terlalu bermakna sebenarnya ketika mengharungi kehidupan.
Continue reading →

Migrain?

Inilah secara umum dalam nikmat itu ada ujiannya. Setiap ujian pula, ada hikmah dan ganjaran dariNya.
Jika diteliti akan ujian kesihatan. Macam-macam jenis penyakit bakal ditemui. Sakit hati, perut, lidah, jantung, kaki, mata, dan lain-lain lagi. Nak tahu lebih lagi, pergi sendiri hospital, tanya doktor perubatan kat situ.
Tapi kali ini nak cerita satu ujian, iaitu penyakit migrain.
Continue reading →

Setiap kesakitan itu ada ubatnya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Indah dan permai,
Dialah yang Maha Menciptakan.
Air yang mengalir, tiupan angin-angin yang sepoi-sepoi bahasa, lautan yang luas mata memandang, daratan yang lapang, gunung ganang, bukit bukau yang menghijau, awan yang berarak,
ikan yang berenang ke sana dan ke mari, tumbuhan renek dan tinggi, haiwan mengaum dan mengembek, burung-burung yang berkicauan,
Air yang turun dari langit yang lapang tanpa punca kepada sumber air.
Semua adalah tanda kebesaran Ilahi. Semua hanya Dia yang menciptakan keindahan alam ini.
Continue reading →