DUnia akhir zaman

Assalamualaikum w.b.t.

🙂

 

Apa khabar? Semoga sentiasa sihat, baik, dan dirahmati Allah.

Terlebih dahulu, syukur banyak kepada Allah s.w.t kerana dengna izinNya, dapat lagi terus hidup di muka bumi ini, berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dan moga dapat memberi manfaat untuk orang lain.

Walaupun mungkin makin kurang manusia yang berfikir begini, daku tidak kisah. Hal ini kerana

Berhajat kepada manusia itu hanyalah menyukarkan. Biarlah daku berhajat sahaja kepada Allah s.w.t, yang nyata tidak pernah merugikan kepada mana-mana manusia yang menyatakan hajat kepadaNYa.

Betul tak?

Memang kena banyak syukur kepada Allah s.w.t ni. Sebab, untuk menjadi hamba Allah yang mengenal dan berhajat kepadaNya,

Sebenarnya bagai 1 dalam sejuta –juta manusia! Ya, inilah angka yang mampu daku bagi kepada orang yang berhajat kepada Allah s.w.t ini.

 

Dulu, ketika zaman Islam di tempat teratas,

Ramai manusia berhajat kepada Allah s.w.t. Walaupun mereka hidup serba kekurangan, mereka sentiasa tidak pernah putus harap kepada Allah s.w.t.

Mereka sabar, tabah dan taat kepada apa-apa yang Nabi s.a.w katakan dan didik mereka. Bukan masa yang pendek mereka terpaksa bersabar dengan kekurangan mereka, dan sentiasa berhajat kepadaNYa.

KEsannya, mereka menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam. Mereka dapat keimanan yang sempurna, hati yang kuat, hubungan yang erat, akhlak yang mulia, dan urusan duniawi ini dipermudahkan kepada mereka.

 

Setelah zaman itu bersilih ganti,

Ujian yang dalam ketetapan Allah s.w.t telah pun datang. Ujian ini bukan datang dan merosakkan disebabkan ketentuan Allah, tetapi kerana mereka tidak pernah BERSABAR DAN DIDIDIK sepertimana generasi yang pertama.

Mereka tidak sabar dengan didikan orang-orang soleh di zaman mereka. Mereka tidak mahu dididik dengan didikan iman dan taqwa. Kesannya,

Ujian tersebut menjadi tanggungan mereka. Dan mereka sentiasa bergelumang dan terjerumus dalam ujian ini, sehingga merosakkan nilai iman, akhlak, peribadi, rohani dan hubungan sesama muslim.

 

Zaman terus berganti-ganti. Sehinggalah tiba zaman ini.

Zaman ini menyaksikan ujian ini menjadi raja dan mengawal seluruh manusia di serata dunia.

Tidak kira mereka ini jenis apa, kemahiran mereka atau bidang yang dipelopori.
Ahli agama, ulama, syaikh, jurutera, doktor, cikgu,

Pelajar, pensyarah, anak murid,

Dewasa, kanak-kanak,

Baru bayi sehingga dah nak mati,

 

Mereka tersangkut dengan ujian ini. Ujian ini menguasai diri mereka, dan mereka hamba kepada ujian ini tanpa disedari.

Ujian ini merenggut masa mereka. Diri mereka. Harta mereka.

Merenggut jiwa mereka. Merenggut akhlak mereka. Merenggut hubungan mereka sesama  manusia dan kepada Allah s.w.t.

 

Bukannya kehendak Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya meletakkan ketetapan. Tetapi yang menampakkan ujian dan membiakkan ujian ini,

Ialah kita.

MANUSIA.

 

Baik. Mungkin ada yang perasan, apakah ujian ini. Dan mengapakah generasi pertama terselamat daripada ujian ini.

Ujian tersebut ialah DUNIA. DUNIA ialah ujian yang tak pernah hilang dan putus, sehinggalah individu tersebut MATI.

DUNIA bawa tenteranya. Pertama: HARTA (Maksud: kumpul harta banyak-banyak). Kedua: WANITA (Berhias-hias dan pakai sesuka hati). Ketiga: TAKHTA (rebut jawatan, kedudukan dan pangkat. wujud sifat buruk, seronok dengan kedudukan diri sendiri dan menindas orang lain yang tak duduk seperti mereka. Sangat ‘bodoh’ dirasakan untuk korang berkedudukan untuk sama taraf hidup seperti orang yang tidak ada kedudukan)

Ini tentera yang paling power dan hebat. Kiranya, tak akan mudah manusia nak lepaskan diri daripada tentera berpangkat JENERAL ini.

Ada tentera yang lain,

Seperti haiwan ternakan, perladangan, keluarga dan beberapa lagi. Tetapi ini tak cukup kuat nak lawn JENERAL bertiga ini.

 

Barang siapa yang mampu menangkis serangan ketiga-tiga ini,

Maka merekalah ibarat WALI zaman ini.

 

Generasi pertama,

Mereka berjaya menangkis ketiga-tiga serangan JENERAL DUNIA.

RAsulullah s.a.w sentiasa perhatikan ketiga-tiga JENERAL ini. Jika ada yang telah termasuk ke dalam hati sahabat Nabi s.a.w, maka segera baginda s.a.w menangkis.

Dan, RASulullah s.a.w mempunyai SENJATA yang paling KUAT mengatasi JENERAL  DUNIA ini.

 

Iaitu,

PENGORBANAN.

BERKORBAN UNTUK AGAMA ALLAH. TEKAN NAFSU (KEHENDAK DIRI SENDIRI) SEMATA-MATA INGIN MEMENUHI KEHENDAKNYA.

 

Kerana itulah,

Di zaman selepas MADINAH mencapai KEUTUHAN dan KESATUAN UMAH, MAKIN BANYAK PEPERANGAN BERLAKU.

Antara sebabnya…

 

DUNIA TELAH MENAMPAKKAN WAJAH DI SUASANA MADINAH. TELAH MULA HARTA, WANITA DAN TAKHTA ingin menguasai suasana Madinah.

Rasulullah s.a.w kenal akan wajah dunia, sepertimana kenal Nabi yang lain akan wajah dunia. Keadaan yang makin getir ini, maka tinggi keazaman baginda s.a.w untuk mencantas cinta dunia dalam hati para sahabat dengan…

PENGORBANAN.PENGORBANAN UNTUK AGAMA ALLAH DAN RASULNYA.

 

Pengorbanan yang berlaku

Ada dua keadaan perngorbanan yang berlaku untuk mencantas dunia dalam hati para sahabat.

Pertama: pengorbanan dalam Madinah.

Kedua: pengorbanan di luar Madinah.

 

Dalam Madinah,

Sengaja Nabi s.a.w membentuk sahabattnya cinta kepada kemiskinan. Dan orang yang paling miskin ialah Baginda s.aw.

Sengaja juga Nabi s.a.w membentuk sahabatnya hidup kelaparan. Dan yang paling lapar ialah Baginda s.aw.

Sengaja Baginda s.a.w membentuk sahabatnyta untuk tidak membina rumah batu megah dan besar-besar. Dan yang paling kecil dan sederhana ialah baginda s.aw.

Banyak lagi yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. dan yang palingbuat semua perkara yang dibentuk oleh Baginda ialah

Baginda s.a.w. sendiri.

 

Inilah tarbiyah baginda s.a.w. tarbiyah baginda untuk MENCANTAS JENERAL DAN DUNIA daripada wujud di hati para sahabat.

Para sahabat sabar, tabah dan taat dengan perintah, saranan dan tarbiyah Nabi s.a.w. Mereka sedar itu semua untuk kebaikan mereka, malah yang paling buat semua perkara yang disarankan,

Ialah baginda s.a.w sendiri.

 

Namun, DUNIA TERUS DATANG.

Madinah menjadi tumpuan para pedagang, pembesar negara, perhatian pemimpin dunia. Mereka semua suka dan menyaksikan keutuhan dan perkembangan bumi Nabi dan Para Sahabat.

Keadaan ini menyebabkan Madinah sebenarnya sedang gawat dengan wajah dunia. Keadaan yang  gawat ini tidak akan dapat ditentang jika hanya wujud pengorbanan pertama, iaitu

Pengorbanan dalam Madinah sahaja.

 

Maka,Nabi s.a.w anjurkan Pengorbanan Kedua,

Iaitu Pengorbanan di luar Madinah. Dengan dua kaedah:

  1. Pergi Berdakwah di kawasan Baru, tempat didagangkan, orang yang menyhaut Islam dan tidak menyahut Islam.
  2. Berada di medan Jihad. Ia berlaku apabila Islam itu ditentang dan diserang.

 

Inilah antara dua pengorbanan yang berlaku ketika zaman Rasulullah dan Para Sahabat r.anhum. Pengorbanan yang berterusan ini menyebabkan mereka tidak boleh duduk diam untuk senang dengan keluarga dan anak isteri.

Nak senang bagaimana? Di seluruh Madinah ramai yang miskin, ahli suffah dan sahabt yang kelaparan. Maka, mereka berusaha untuk memenuhi keadaan sahabat tersebut.

Di luar Madinah, sentiasa ada urusan agama yang kena diusahakan.

 

Ahli keluarga mereka faham. Mereka faham sebab suasana ketika itu, dan didikan serta tanggungjawba si suami untuk berikan kefahaman agama pada ahli rumah mereka.

Suasana ini terus berkembang di zamn Rasulullah s.a.w. Disebabkan wujud suasana yang agung ini,

Maka DUNIA TAK MAMPU KUASAI JIWA PARA SAHABAT.

DUNIA MENYERAH KALAH. SYAITAN MUNDUR. NAFSU KENDUR.

 

Hari ini…

DUNIA IALAH RAJA. MANUSIA KINI HAMBA DUNIA.

KEJAR DUNIA SAMPAI TUA. TAK PERNAH TERLINTAS DAN BERHAJAT UNTUK DUDUK LAMA DI RUMAH ALLAH ATAU BERI TUMPUAN IBADAH KEPADANYA.

semua pihak dan ahli. Khusus lagi kepada para agamawan.

 

Jadi…. nak betulkan dan selesaikan MASALAH DUNIA DALAM HATI MANUSIA,

Tak ada cara lain.

Melainkan buat cara Nabi berkorban untuk agamaNya.

dengan dua kunci,

Iaitu SABAR dan TERUS PERNGORBANAN.

Wallahua’lam.

Manusia hari ini

Macam memanggil-manggil penghulu dunia itu datang.

Daku pun tak faham.

BErcerita seperti tak mahu dia datang.

tetapi berusaha seperti nak panggil dia datang.

 

Semoga dirahmati dan dipelihara Allah s.a.w, buat diri dan lain-lain.

🙂 🙂

(Terngiang-ngiang nak kena menulis. “wordpress…” “wordpress…)

 

🙂

Tinggalkan komen