Monthly Archives: Mei 2015

Lapar… suatu pengorbanan

Roda masa yang berputar tak akan pernah berhenti. Disebabkan putarannya yang berterusan, maka daku juga bergerak dan ‘berputar’ ke pelbagai tempat dan pelbagai tujuan.

Kini, daku bergerak lagi ke tempat yang berbeza. Dengan maksud keperluan pada pelajaran, daku sampai juga di mana yang ingin dituju, dengan izin Allah s.w.t.

Perjalanan ini amat diperlukan. Hal ini kerana jika berada di pulau sana, pelbagai gerakan dan aktiviti yang daku lakukan bersama para teman. Boleh katakan setiap hari, selain daripada mengajar.

Masa yang diberikan pula adalah limited. Tak boleh lebih. Jika lebih tentu akan berlaku masalah yang lain.

Continue reading →

Kepentingan adab dalam kehidupan

Jarang orang peduli akan ehwal ini. Bagi kebanyakan manusia, adab itu adalah akhlak. Akhlak itu adalah kesopanan.

Akhlak tidak lebih daripada pekerti yang mulia. Dengan pekerti dan budi ini, manusia suka untuk melakukan kebaikan.

Continue reading →

Sekadar pesanan

Hari ini daku tak boleh lah nak tulis panjang. Bhal ini disebabkan beberapa perkara yang nak dilakukan dalam tempoh masa yang singkat dan sementara.

Sibuk sikit. Macam-macam urusan nak kena buat.

 

Apa-apa pun, daku tetap insha Allah akan bagi masa menulis di sini. Walaupun sikit, tetapi berterusan. Insha-Allah.

 

Ada satu perkara yang penting dalam hidup ini, yang orang dah biasa tinggalkan.

Iaitu ibadah.

Continue reading →

Jadi Daie, bukan peniaga!

Terlalai seketika.

Ada pula benda macam-macam nak beli.

Bukan banyak pun. Tapi payah nak memilih pula…

 

Tak penting sangat pun. Tapi mungkin banyak sangat keinginan, jadi benda ini anggap macam priority pula.

(Untuk promosi barang. Nak guna alat ini. Mudah dan nampak kemas sikit. Bukan maju sangat pun promosi. Tetapi setakat ada lah…)

Continue reading →

Letih… nak pulanglah..

Hhhmmm… tiada idea terasa nak menulis hari ini. Tak terkeluar lagi daripada urat saraf otak ini.

Hari ini pagi ada di Kampus Kejuruteraan. Ada sikit taklimat nak mendengar di sini. Alhamdulillah…. dah selesai. Walaupun ada siki isu nak bertanya, tak jadi nak tanya. Sebab…

Tak semua perkara yang ditanya itu perlu dibuat. Pertanyaan yang banyak itu mungkin lagi banyak mendatangkan kesusahan.

Jadi, rasanya lebih baik buat dulu apa-apa yang perlu. Terasa musykil dan timbul permasalahan, barulah bertanya kembali.

Continue reading →

Rohani tanpa jasmani?

Pagi tadi ada kursus hadir. Kursus berkaitan search data di library dan lain-lain. Alhamdulillah, input daripada kursus memang banyak membantu. Khususnya kepada kajian yang dijalankan.

Jadi, ada sedikit kesempatan di sini untukku menulis. Minta maaf, hari agak sibuk dengan pelbagai urusan.

Continue reading →

Sahabat: kelebihan mengamalkan sunnah

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera.

Semoga dalam kerahmatan dan peliharaan Allah s.w.t.

Dilindungi, diperlihara, dimudahkan urusan dan berada sentiasa di atas jalan haq (kebenaran).

Amin.

 

Hari ini hari Jumaat. Hari yang mulia.

Sebaiknya hari ini banyakkanlah berselawat. Kerana termaktub dalam hadith Nabi s.a.w, baginda s.aw. berbangga dengan manusia yang banyak selawat khususnya pada hari Jumaat. Hal ini kerana amalan akan diangkat ke langit pada hari tersebut. Maka, amal orang yang banyak berselawat dibanggai Nabi s.a.w.

Insya-Allah. Sama-sama kita amalkan.

Continue reading →

Agenda Syarikat Iman Ikhlash

Alhamdulillah…. bersyukur kepada Allah s.w.t

Hari ini terasa baik kepadaku. Lebih baik daripada semalam.

Yang terutama sekali, kerana daku telah menemui temanku yang berada di sini. Dan, daku boleh kembali berada di bilikku sendiri. Alhamdulillah… syukur sangat-sangat.

Sebenarnya, dalam benak fikiranku, bukannya terlalu penting untuk masuk ke bilik ini. Tetapi disebabkan banyak benda yang berada dalam bilik ini, maka daku runsing sebab tak boleh nak buat banyak perkara bila tak masuk bilik. Jika benda yang nak buat itu ada di luar bilik, daku tak kisah sangat nak enter to this room.

Apa-apapun, bersyukur Allah s.w.t izinkan daku berada di sini dan sambung urusan di sini. Tambahan lagi, hari ini nak kena jumpa penyelia untuk buat rundingan tentang tesisku. Nak tak nak, ada persediaan perlu dilakukan di sini. Insya-Allah…

Terima kasih tolong doa untuk dimudahkan urusan. Terima kasih 🙂

Continue reading →

Boleh jadi sahabat?

Hari ini dan semalam…

Daku terasa terlalu sukar.

Berat betul rasanya ujian ini.

Nak bergerak pun terasa terlalu payah.

Sekarang, daku berada di pulau pinang. Tetapi, disebabkan terlalu byk bergerak dan bg masa di beberapa kawasan, daku terpaksa tinggalkan beberapa perkara, yang memang di luar jangkaan.

Ceritanya begini.

Tempoh masa lepas, daku berada di Kuala Lumpur. Setelah menyiapkan beberapa urusan pelajaran di sana, daku ingin pergi ke tempat lain utk urusan lain.

Tetapi disebabkan banyak barang dan beban nak bawa, jadi daku terpaksa tinggalkan barangku dgn kawan2 di sana. Hampir kesemua.l, supaya senang sikit sikit nak bergerak.

Continue reading →

Coretan sahaja….

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah… hari ini ada sikit kesempatan untuk menulis. Banyak kekangan masa dan kemudahan, disebabkan terlalu banyak bergerak, tugasan dan berada di tempat yang berbeza.

Bersyukur banyak kerana Allah s.w.t masih member keizinan dan kelapangan untuk gerakkan hati dan tangan menulis di sini. Bersyukur Allah pilih untuk meneruskan, tanda ada usaha yang diterima di sebalik penulisan ini. Insya-Allah…

(Masakan tidak? Setiap minggu bagi masa untuk create idea dan menulis, untuk perkara yang mudah? Jika tanpa pertolongan Allah, nescaya daku tetap hamba yang lemah dan tidak terdaya).

Continue reading →