Tag Archives: islam

Pengajaran hadith: tentang IMAN.

Hidup seorang daie,

Tidak sama dengan kehidupan orang yang lain.

Walaupun mereka hidup di bumi yang sama, tetapi cara fikir, cara hidup, dan cara kerja tidak sama seperti manusia biasa.

Continue reading →

Salah faham dalam agama.

 

Bukanlah daku orang yang bagus untuk menyatakan atau menjelaskan akan perkara ini. Tetapi atas dasar tanggungjawab dan pengalaman yang ada, daku sampaikan mengikut kemampuan yang ada.

Agar daku tidak dipersoalkan dan dihisab di sana nanti, disebabkan tak pernah berusaha menyampaikan akan perkara ini.

Continue reading →

Makanan kena sentiasa jaga!

Makanan kini ulama’ sangat memberi penekanan untuk bijak mengendalikan dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.

Hal ini kerana makanan yang haram, rosak, tidak bersih, disediakan oleh orang yang mengambil sumber secara haram, atau apa-apa sahaja perbuatan yang salah dalam menyediakan makanan,

Nescaya ia akan memberi kesan tidak baik kepada orang yang makannya. Terutama pada orang yang berusaha memelihara kesihatan rohaninya.

 

Islam dan Baitul Maqdis

Dikatakan, ketika zaman Saidina Umar r.a ingin menawan Baitul Maqdis dari tangan Kristian, puak dan paderi Kristian telah bermesyuarat bagaimana untuk menghalang orang Islam yang sedang mara dan tidak terkalah ini. Sekiranya mereka berjaya menawan, nescaya tewaslah kunci Baitul Maqdis di tangan tentera Islam.

Maka, setelah lama bermesyuarat, semua pakat bersetuju ada dua cara yang efektif untuk menghalang mereka ini daripada mara. Pertama, makan makanan haram. Kedua, berzina.

 

Perkara ini terus dilakukan oleh mereka. Dibayar para pelacur, rupawan, jelitawan untuk menawan hati para Sahabat Nabi s.a.w agar goyah iman dan takwa mereka, terjerumus ke dalam perangkap dosa dan kemurkaan Allah s.w.t. Perempuan murahan ini direncana tiada baju dan kain menayang badan dan wajah di hadapan para pejuang dan sahabat sejati Nabi s.a.w. Di tangan para perempuan murahan ini juga disediakan pelbagai jenis makanan haram. Apabila dimakan sahaja makanan ini, nescaya tiada lagi bantuan dan rahmat Allah bersama mereka.

Rancangan ini sampai ke telinga Panglima Islam, Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. Kegusaran dan kerisauan akan perkara ini difikirkan dengan saksama, bersama para sahabat r.anhum yang lain. Mereka terdidik dengan akhlak dan tarbiyah Nabi s.a.w. Apabila setiap urusan khususnya dalam agama ingin direncanakan, maka bermesyuarat dahulu, kerana di situ terhimpun kerahmatan Allah dan tiada kerugian apabila seseorang bermesyuarat.

Akhir mesyuarat, mencapai kata sepakat. Maka, perintah dilaksanakan. Semua sahabat bersedia mendengar dan taat, akur pada perintah yang dititahkan oleh panglima Islam.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Surah an-Nur, ayat 31 dibacakan. Bacaan yang sayu dan mendayu, menusuk ke setiap jiwa para pejuang Islam. Gema ayat ini di telinga, menanam kemas ke dalam hati-hati mereka. Tidak goyah dan berbolak-balik, wahyu Allah sememangnya dalam genggaman dan amalan harian mereka.

Terus ditunduk pandangan mereka. Pandangan dipelihara, nafsu ditekan. Tiada kedengaran maksiat bersuara, hati-hati tawajuh fikir akan kebesaran Allah dan agamaNya, zikir memuja memuji Allah s.w.t. Sabar akan dugaan dan fitnah menimpa, bersyukur kini mereka di hadapan Baitullah ketiga.

Tiga hari tiga malam, para orang upahan gereja ini menari-nari menayang badan di depan para pejuang Allah. Puas sudah dipujuk rayu memandang dan melihat ke arah mereka, tetapi para sahabat r.anhum sentiasa tunduk memandang muka bumi, sibuk berzikir dan memuji Allah s.w.t. bersama-sama.

Terjelupuk layu para penggoda. Mengaku kalah pada iman menggunung para sahabat yang mulia. Kota suci ini berjaya ditawan oleh para pejuang kebenaran, bukan sekadar kota berjaya ditawan, syaitan dan nafsu berjaya dikalahkan.

Akhirat ialah tujuan mereka. Hati tidak terpandang pada keindahan palsu ahli-ahli dunia.

 

Maka, ehwal makanan ini amatlah besar untuk disedari akan impaknya. Sekiranya tidak dipeduli, nescaya hati mudah dikotori, seterusnya amal ibadat tiada kesan dan nilai pada diri.

Siapa yang ingin disalahkan, sekiranya tidak pernah nak berusaha benda yang sendiri isi ke dalam perut sendiri. Apabila iman rosak, fikiran menuju maksiat, bertanyalah dulu pada makanan yang diisi selama ini. Apakah dari sumber yang halal? Bagaimana gaya pemakanannya, mengikut nafsu atau sunnah? Tiga kali isi dengan pelbagai hidangan, atau sekali isi dengan satu dua hidangan? Makan dan minum tangan kanan, atau sesuka hati kiri dan kanan? Banyak makan kedai atau makan di rumah orang yang dikenali hidangkan? BErzikir untuk makanan atau mengumpat ketika tengah menyediakan makanan?

Semua perkara ini memberi kesan ketara pada makanan, yang asalnya dari tumbuhan dan haiwan yang sentiasa memuji Allah s.w.t. Jika buruk tangan atau cara disediakan, maka buruk juga yang akan diterima.

Jika ini pun tak pandai dan boleh nak dijaga, janganlah berharap benda yang lebih besar nak dapat ditawan dan dijaga. Sungguhpun nampak kecil dan ringkas, tetapi inilah yang dianggap besar oleh penghulu agung, Nabi Muhammad s.a.w. Nabi s.a.w sangat menitik beratkannya, sehingga dididik para sahabat dan ummatnya memelihara dan prihatin akannya.

Tiada dalam buku sahabat makan lebih dari sekali. Tiada erti kenyang dan makan sendiri-sendiri. Tiada dalam kamus mereka makan ikut nafsu, tinggal cara Nabi.

 

-cantik…pandai buat.

Tak pandai jahit. Tapi mak pandai jahit. Jahit baju raya setiap tahun. (nampak seronok dapat mesin baru 🙂 . Mungkin nanti bila-bila nak minta tempah buat satu )

-sibuk urus tiga projek besar. Ketiga-tiga nak kena gerak sekali. Letih nak kena buat semua, tak ada pembantu. Tiada masa yang baik untuk selesaikan semua. Doa… Allah bantu nak selesai dan berupaya melakukan tiga perkara satu masa.

Doa banyak-banyak! :O

 

Continue reading →

Kemuliaan agamaku.

Dulu,

Daku tidak percaya akan suatu kekuatan. Sekadar tahu-tahu begitu saja adalah.

Tetapi, kini daku cukup takut dan gentar akan kekuatan ini. Jika diungkapkan oleh mulutku sekalipun, daku akan menimbang ia dengan sangat teliti, agar tidak sebarang perkataan yang keluar, yang mungkin tidak mendatangkan kebaikan sama sekali.

Itulah kekuatan doa. Dan, daku cukup yakin kerana adanya doa (olehku atau orang lain), masih berdiri daku di sini dan ada pertolongan yang tidak diketahui.

Continue reading →

Iman dan Islam

Alhamdulillah,

Bersyukur kepada hadrat Ilahi kepada limpahan hidayah dan taufikNya

Masih lagi dikurniakan pelbagai nikmat dan rahmat kepada hamba Allah ini.

Walaupun pasti ada dugaan, ujian, dan cabaran dalam kehidupan duniawi,

Tidak sesekali Dia menarik nikmat terbesar dan paling bernilai dalam dunia dan akhirat nanti.

Itulah nikmat Iman dan Islam.

Continue reading →

Apa yang dirisaukan?

Kehidupan…

Kadang-kadang berada di atas, kadang berada di bawah.

Kadang-kadang keadaan susah, keadaan-keadaan gembira dan senang.

Itulah kehidupan.

Tetapi,

Keadaan kehidupan ini hanya pada konsep hidup di dunia ini, bukan di akhirat nanti.

Konsep kehidupan akhirat pula ialah tiada lagi jatuh bangun. Tiada lagi atas atau di bawah.

Konsepnya sama ada terus meningkat atau terus menurun. Terus bertambah nikmat atau terus bertambah azab.

Itu sahaja.

  Continue reading →

Seorang Yahudi Memeluk Islam

Ini suatu artikel yang menarik.

Berkenaan tentang seorang non muslim yang tertarik dengan Islam dengan hanya menggunakan akal yang rasional.

Tanpa merujuk terus pada dalil atau hujah, Islam telah menonjolkan kebesarannya dan kebenaran agama bagi seluruh penduduk tidak kira sesiapa.

Benarlah. Allah yang meredhai Islam tidak pernah menyalahi segala aturan kehidupan (sunnahtullah) dan pemikiran fitrah insan.

Continue reading →

Menanam Pokok atau Menghiasi Cabang?

Hhhmmm….. daku cuba untuk menyesuaikan diri. Sesuai dengan keadaan yang berlaku ketika ini.

Penulisan  di sini juga agak terganggu. Tetapi, insya-Allah tidak akan lama. Sedikit masa lagi akan kembali seperti sedia kala.

Apa-apapun, segala kebaikan yang telah dilaksanakan janganlah ditinggalkan hanya kerana datangnya urusan luar dari jangkaan. Kerana setiap kebaikan ada imbalannya. Setiap keburukan juga ada imbalannya. Jika benar niat kerana Allah, maka pasti Allah yang Maha Melihat akan memberikan ganjaran yang baik buat hamba-hamba-Nya.

Biiznillah.

Continue reading →