Tag Archives: ibu bapa

Apa itu pendidikan?

Daku suka melihat suatu aspek yang sangat luas. Luas sehingga tak ada batasan.

Kadang-kadang batasan pada pemikiran itu membuatkan daku sesak, runsing, dan tiada pergerakan minda. Kesannya, hanya boleh pening dan pusing atas perkara itu sahaja.
Oleh itu,
Setiap Nabi dan Rasul Allah mereka memiliki daya pemikiran (akal fikiran) yang luas dan tinggi. Sehinggakan melepasi batasan mata kasar, mata akal (pemikiran biasa), sehingga terbuka mata hati (melihat dan meyakini kehidupan selepas mati dan akhirat). Mereka Allah s.w.t mengurniakan anugerah ini, agar bolhe membawa ummat ke atas petunjuk dan jalan yang diredhai.

Continue reading →

Jagalah Hati….

 

Sebelum menulis akan coretan ini,

Daku teringat akan suatu kisah.

Lama sudah. Pernah diterbitkan dalam TV dahulu.

“Siah, anak kamu kerja apa sekarang?”

Continue reading →

Suatu Pergorbanan Yang Tiada Noktahnya…

Hhmmm…

Hari ini hari Sabtu kan?

Hari apa ya? …… Sebab jarang jika hendak menulis hari Sabtu.

Entahlah. Tapi macam ada sesuatu yang menarik saja untuk cuba menulis pada hari ini.

…………….

Continue reading →

Kisah Ahmad dan Puteranya.

Hujung minggu hari itu baru sahaja pulang sebentar ke kampung halaman. Perjalanan pada waktu petang di lalu lintas Pulau Pinang memang sibuk. Pin pon-pin pon. Macam-macam jenis kenderaan dan menyesakkan. Walau bagaimanapun, setelah sampai ke seberang, kesesakan semakin berkurang. Alhamdulillah.

Mengambil masa antara 1jam hingga 1jam 30 minit tidaklah terlalu membebankan daku untuk pulang ke kampung pada hujung minggu. Malah, waktu petang menjadi kegemaran kerana banyak betul kerja di universiti nak kena siapkan. Syukur kepada Allah, ibu dan ayah sentiasa menanti kepulanganku dan bertanya, “nak balik pukul berapa? Nanti nak masak nasi lebih.” 🙂

Nak kata selalu pulang, tidak selalu juga. Dalam 1 bulan hanya dua tiga kali sahaja. Cukuplah sekadar menghiburkan diri dengan suasana yang berlainan daripada universiti sambil bersantai di rumah tengok TV.

Continue reading →

Peringatan Demi Peringatan

Sementelah mengharungi kehidupan di dunia ini, pasti sesiapa pun tidak dapat lari dari rasa seronok, gembira, malah menjadikan asset kehidupan dan keinginan pada dunia adalah segala-galanya. Perlu sentiasa berusaha, meningkatkan daya kerja, komited dan prihatin, malah boleh samping ke peringkat melakukan pengkhianatan, dendam dan permusuhan dek kerana tertipu dengan harta dan kesenangan palsu di dunia ini.

Disebabkan keasyikan menjadikan kemewahan dan kesenangan yang diperoleh dalam kehidupan ini, mereka leka dan lalai mengerti kewujudan hak tunggal dunia adalah bersifat sementara. Ini adalah hak yang kekal wujud pada nilai dunia. Namun, ramai yang tidak pernah sedar dan ingin mengambil iktibar dari nilai sebenar sifat duniawi. Kerana, mereka nampak dan dapat gambarkan setiap yang dimiliki dan apa-apa yang ingin dicapai di dunia ini.

(agak kecil skop pandangan, mengejar masa)

Continue reading →

Hari Raya Korban

Selamat hari raya korban 1431 H…

Ulang tahun kebesaran dalam Islam, mengenang kembali sejarah korban, dan pengorbanan yang paling besar antara tugas seorang Rasul, kasih sayang antara hamba, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi buat Allah s.w.t, yang menciptakan dan menentukan setiap kejadian buat hamba-hambaNya.

Bukan mudah ingin melaksanakan perintah Allah s.w.t ini, mengorbankan anak sendiri, iaitu Ismail a.s. Namun, demi Allah, demi Allah, demi Allah, dihilangkan segala gerak hati dan naluri kasih sayang antara manusia dengan ahli keluarga, direjam Iblis laknatullah yang cuba menghalang tugas seorang Rasul supaya tidak melaksanakan perintah yang berat ini, demi Tuhan yang Maha Esa yang lebih mengetahui setiap tujuan diciptakan ujian dan perintahNya.

Continue reading →

Kesilapan ibu bapa dan si anak

Perkara ini bukanlah baharu, ia telah berlalu dan berlaku sejak berkurun lamanya, sehinggakan telah disabdakan oleh Rasulullah dalam hadithnya yang mahsyur berbunyi:

“ Di antara tanda-tanda hari kiamat, akan lahirnya seorang hamba perempuan yang melahirkan tuannya (majikannya), dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin lagi papa, bercompang camping, sebagai pengembala kambing; kini sudah menjadi kaya hinga berlumba-lumpa membina bangunan.                                                                                     (Riwayat Muslim)

Hadith ini digelar sebagai ummu sunnah, yang jua memberi maksud ibu kepada segala hadith sepertimana yang kita diketahui, Al-Fatihah ialah ummu Qur’an yang bermaksud ibu (leader) kepada segala surah dalam al-Qur’an.

Continue reading →

Blog anakku sayang

Bukan ciptaan sendiri. Tapi blog orang lain.

Saje nak memperkenalkan di sini. Agar lebih ramai orang yang memerhati dan menimba ilmu pengetahuan khusus mengenai pendidikan awal anak-anak.

Baik untuk mereka yang inginkan anak, sudah melahirkan anak, mahupun yang sudah beranak pinak, untuk melayari laman maya ini.

Ramai orang yang nak memiliki waris, atau anak yang ramai. Namun, ramai pula yang mewariskan para remaja yang rosak akhlaknya, rendah akidahnya, tidak sopan bicaranya, malah menderhakai pula kepada ibu bapa. Mereka tetap adalah anak mereka (bukan kita ya! heee…). Lahirnya tetap dari gabungan sperma dan ovum, melengkapkan proses kelahiran. Dididik dari kecil, dikasihi malah disayangi sejak lahir lagi. Namun, bila besar, jadi macam2 pula. Di mana silapnya dan mengapa perkara ini berlaku?

Continue reading →