Tag Archives: duniawi

Pemeliharaan Allah.

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada baginda Nabi s.a.w. Solawat dan salam kepada baginda dan ditujukan kepada isteri dan para sahabat r.anhum.

Semoga Allah menerima solawat kami kepadamu, ya Rasul Allah. Semoga kami dibbangkitkan kembali dengan menerima syafaatmu, wahai kekasih Allah.

Continue reading →

Rezeki itu Milik Siapa?

Alhamdulillah…

Akhirnya semua kertas peperiksaan telah habis. Dua hari lepas adalah tunggak kertas yang terakhir, untuk kumpulan peperiksaan yang berjumlah kecil.

Setelah segala usaha telah berakhir, doa mesti sentiasa terus dipanjatkan. Kerana usaha hanyalah tangga kepada kejayaan, sebaliknya hak penentu kejayaan bukanlah terletak apa yang usaha yang telah dicurahkan.

Ternyata, segala ketentuan hadir dari-Nya. Jadi kepada-Nya tempat daku berharap, tempat daku memohon pertolongan.

Kini, masih ada satu lagi peperiksaan yang tinggal. Iaitu VIVA atau ujian lisan bagi projek tahun akhir. Insya-Allah, minggu hadapan akan diadakan. Sementara masih ada masa, pesent slide dan persediaan diri dengan segala hasil setelah setahun menjalankan operasi, perlu dilengkapkan sepenuhnya.

Walau apa-apapun, daku, dirinya, mahupun sesiapa sahaja hanyalah layak untuk berusaha, dan berdoa. Ternyata, Engkaulah tempat harapan dan permohonan hamba-hamba-Nya.

Izinkanlah diriku meneruskan perjuangan ini, ya Allah. Di kala diriku serba kekurangan dan kesukaran, Engkaulah-Mu tempat aku berharap, kepada-Mu tempat aku sentiasa memohon pertolongan…

Tidak lupa, kepada yang sentiasa memerhati,

Terima kasih atas doa dan keprihatinan. Semoga Allah membalas segalanya dan dikurniakan rahmat dari-Nya.

Amin 🙂

Continue reading →

ILMU: Dalam Perancangan Yahudi.

Tidak banyak untuk daku menulis kali ini, memandangkan peperiksaan masih belum berakhir.

Ada pelbagai kisah yang cuba kubaitkan, tetapi masa dan aktiviti kian tak menentu kerana minggu peperiksaan ini.

Masih ada dua kertas peperiksaan lagi. Paling dekat pagi rabu ini. Doakan beroleh kejayaan.

Oleh itu, sedikit penulisan sahaja yang boleh kumuatkan di sini pada hari ini.

Continue reading →