Tag Archives: tasawwuf

Tawakal itu mencukupi

Alhamdulillah…. Hari ini ialah hari yang mulia. Baik dan tenteram. Dihiasi dengan detik-detik renyai hujan di awal pagi.

Di pagi Jumaat yang indah dan permai ini, daku berada di luar daripada kawasan pembelajaran. Demi menyelesaikan beberapa urusan di beberapa tempat yang berbeza, daku telah melalui beberapa perjalanan dan pengembaraan.

Jadi, ada sedikit kesempatan di sini, daku menulis sedikit celotoh tentang tawakal di sini.

Continue reading →

Melihat Sesuatu ke dalam Sesuatu :Fiqh dan Tasawwuf

Kadang-kadang hati ini pilu apabila diri ini terasa kekurangan hubunganku dengan Tuhan. Seperti ada sesuatu tidak kena telah kulakukan sama ada sesama manusia mahupun hubunganku dengan-Nya.

Daku  masih boleh bersabar dan buat tidak endah akan kekurangan yang berlaku disebabkan urusanku dengan manusia yang lain. Sama ada ditipu,  dihina, dicela, dan sebagainya apabila telah terjadi. Tetapi daku rasa serba gelisah apabila hati ini tidak dapat melaungkan nama Allah, mahupun berdetik untuk menghampirkan diri kepada-Nya.

Lemah untuk berzikir kepada-Nya.

Alpa untuk membaca atau menghafaz kalam-Nya

Mahupun membesarkan kekuasaan-Nya

Daku mula menilai sesuatu. Tentu ada sesuatu yang tidak diingini oleh Tuhanku telah hamba yang lemah ini lakukan.

Adakah kerana banyak bintik-bintik hitam di hatiku?

Adakah ada syubhah dan kerosakan dalam makanan harianku?

Kerana kesibukan urusan duniawi?

Atau kelalaianku mengagungkan manusia buat akan-Mu?

Sekiranya ia terjadi, daku mohon kepada-Mu, ya Allah, ampunkalah kekuranganku, kelemahanku, dosaku, dan kehinaanku.

“Janganlah engkau memesongkan hatiku selepas engkau memberikan petunjuk dan pemberian rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi.

Bimbinglah kami

Bantulah kami

Ajarkanlah kepada kami apa yang tidak kami ketahui.

Continue reading →