Menjadi seorang penyabar.

Sabar itu merupakan usaha yang agung dan anugerah yang terlalu jelas. Sifat sabar merangkumi segala sifat kebaikan, dan sifat sabar dalam usaha jahat merangkumi segala jenis usaha kejahatan.

Besar nilai sabar pada diri seseorang hamba Allah yang menanggung ujian dari Allah. Ada ketikanya dia menerima kesenangan, dia bersabar agar tidak berlebihan dan menignati orang lain maka Allah tambah ganjaran untuknya. Manakala apabila meneriam musibah dia bersabar, maka Allah mengampunkan dosa dan menambah darjatnya di sisiNya.

Ini nilai sabar. Dan, yang paling penyabar ialah Allah SWT.

PenyabarNya Allah!

Cuba bayangkan. Allah yang Menciptakan segala-galanya. Dia juga memberikan nikmat dan menentukan rezeki, nikmat, kelebihan dan segala-galanya pada setiap makhluknya. Semua datang dari Dia, segalanya bermula dariNya.

Tetapi,ada dua jenis makhluk ini sukar betul nak taat perintah Allah. Merekalah yang merosakkan muka bumi, dan buat kerosakan lain sesuka hati. Sehingga makhluk lain memohon perlindugna dan bantuan Allah atas sifat kerosakan mereka ini.

Itulah manusia dan jin. Walaupun dilebihkan dari makhluk lain dengan akal fikiran, mereka tetap lalai dan leka dari beriman dan taat kepada perintah Tuhan.

 

Di sinilah kesabaran Allah. Sentiasa dididik dan memberi petunjuk agar hambaNya itu sedar kewujudan dan perlunya kembali kepadaNya.

Semua manusia begitu. Dan, Dia tidak pernah menzalimi pada setiap makhluk yang diciptakan olehNya.

Disebabkan perkara ini, antara nama Allah ialah as-Sabar, maknanya yang Maha Penyabar.

Kalaulah Allah itu seperti manusia (yang makin lama makin hilang sabar), maka semua benda kat dunia ini dah ranap dibalas olehNya kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri.

 

Apabila  seorang yang beriman denganNya pula memiliki sibar sabar,

Maka ini merupakan kebaikan yang panjang dan pilihan. Jadi, bersyukurlah kepada seorang hamba Allah, yang sabar dalam setiap ujian dan nikmat yang dikecapi saban hari.

 

Mendakap hamba yang penyabar.

Orang yang sentiasa bersabar, mereka berada di antara dua keadaan.

Pertama, mereka perlu kenal jurang jatuh sifat sabar, kedua, lubang jauh dari sifat sabar.

Jurang jatuh dikenali sebagai dayus, iaitu langsung tak ada perasaan melindungi atau menegakkan keadilan atas tanggungjawab yang dipikul. Lubang jauh ialah marah, yang langsung tidak mengambil peduli perasaan dan keinginan orang lain, melainkan memenuhi keinginan dan meluahkan nafsunya sendiri.

Jadi, hamba yang penyabar itu berada di atas dua jurang ini. Dia memiliki perasaan dan ada ketikanya terasa ingin melonjak perasaan yang dirasai. Tetapi, dia menilai lebih baik menyimpan dan dihilangkan, kerana bukan itu kehendak Ilahi.

 

Petua Supaya Mendapat Sifat Sabar

Telah banyak kaedah yang dikongsi di laman ini bagaimana inign diperoleh sifat sabar. Di sini dilampirkan lagi, hasil dari carian di internet (dah lupa apa lamannya).

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu

 

Akhir kata kali ini,

Sabar jua adalah satu pintu dari tarbiyah mendidik nafsu pada peringkat mutmainnah. Pintu kedua ialah perlu menahan derita dan mehnah atas ujian Allah yang dibina khas untuknya.

 

Tinggalkan komen