Abu Yazid al-Bustami

Nama sebenar Abu Yazid ialah Abu Yazid Thaifur bin Isa Surusyan Al-Bustami. Beliau dilahirkan dan meninggal dunia di Busthami pada tahun 261H/ 864 M, tetapi ada pendapat yang lain menyatakan pada tahun 264 H/877M. Menurut ramai sejarawan dan pengkaji Islam, beliau merupakan antara orang alim, ahli sufi dan wali Allah s.w.t.

Pada suatu ketika,  ada seorang yang terkenal akan kealimannya di sekitar bandar Bustam. Beliau mempunyai ramai pengikut dan penyanjungnya,  tetapi beliau masih lagi ingin turut serta dalam majlis yang menjadi kelolaan dan pelajaran yang disampaikan oleh Abu Yazid. Setiap pengajaran yang diterima oleh Abu Yazid dipelajari oleh si alim dengan tekun dan saksama.

Suatu hari, si alim berkata kepada Abu Yazid: “wahai Abu Yazid, pada hari ini genaplah tiga puluh tahun lamanya aku berpuasa dan berdoa sepanjang malam sehingga aku tidak pernah tidur. Namun pengetahuan yang anda sampaikan belum pernah menusuk dan menyentuh hatiku. Walaupun demikian, aku percaya akan pengetahuanmu dan suka mendengar akan ceramah-ceramah yang anda sampaikan.

Abu Yazid berkata, “wahai saudaraku, walau anda berpuasa siang malam sehingga tiga ratus tahun sekalipun, sedikit pun pengajaran dariku ini tidak dapat anda hayati.”

“Mengapakah berlaku sehingga sedemikian?” si alim itu bertanya

“Kerana matamu tertutup oleh dirimu sendiri,” jawab Abu Yazid.

“apakah yang harus aku lakukan? Biarlah aku menghadapinya walau sebagaimana cara sekalipun untuk membuka mataku sendiri dan menghayati setiap bait pelajaran yang anda sampaikan.”

“jika cara ini aku katakan kepadamu, pasti anda tidak akan sanggup melakukannya.”

“Katakanlah, aku pasti akan mengikutinya! Aku akan lakukan sepertimana yang anda nasihatkan.”

“Baiklah!” jawab Abu Yazid. “ Sekarang anda turuti akan setiap pesananku. Cukur janggut dan rambutmu. Tanggalkan pakaian yang sedang anda pakai ini dan gantilah dengan pakaian yang dibuat oleh bulu biri-biri. Kemudian, gantungkan seuncang kacang pada lehermu, dan serahkan sebiji kacang kepada anak-anak yang anda temui. Katakan kepada mereka: ‘ akan aku berikan sebiji kacang kepada ssesiapa yang memukul kepalaku.’ Seterusnya, pergilah kamu mengelilingi kota, terutama sekali di tempat di mana ramai orang telah mengenalimu dan teruskan perbuatan anda itu. Itu sahaja cara yang harua anda lakukan.”

“Maha Besar Allah! Tiada Tuhan kecuali Allah!” Terkejut si alim.

“Jika seorang kafir mengucapkan kata-kata itu nescaya dia akan menjadi muslim,” kata Abu Yazid. “Tetapi dengan mengucapkan kata-kata yang sama anda telah mempersekutukan Allah.”

“Mengapa begitu?” soal si alim.

“ Kerana anda merasakan bahawa dirimu terlalu mulia untuk melakukan perbuatan seperti yang telah aku sarankan tadi. Kemudian anda mencetuskan kata-kata tadi untuk menunjukkan anda seorang yang mulia pada mata masyarakat, bukan diluahkan kerana untuk memuliakan Allah. Dengan cara sedemikian bukankah anda telah mempersekutukan Allah?”

Begitu mendalam sekali pemikiran dan hikmah yang Abu Yazid nyatakan. Benar, lelaki tersebut terlalu keberatan untuk melakukan. Sebagai meluahkan rasa kesal dan terasa keberatan untuk menerima cadangan yang dikemukan oleh Abu Yazid, si alim memohon pada Abu Yazid memberikan cara yang lain kepadanya.

“Hanya itulah yang dapat aku cadangkan,” Abu Yazid menegaskan.

“Aku tidak sanggup melakukannya,” si alim mengulangi kata-katanya.

Lantas, Abu Yazid kembali mengingatkan kepada lelaki alim itu dengan kata-katanya sebelum ini, “bukankah telah aku katakan bahawa anda tentu tidak akan sanggup untuk melaksakannya dan anda tentu sekali tidak akan menuruti kata-kataku.”

Pelbagai pengajaran yang sangat telus boleh diambil dari kisah dan perbualan Abu Yazid al-Bustami ini. Kisah ini nyata sekali berlaku di mana-mana tidak kira siapa, tidak kira suasana. Hujah yang dilontarkan oleh ramai orang untuk menunjukkan ketinggian martabatnya di mata masyarakat, sanggup berdolak dalih semata-mata mencari kesenangan bukan untuk mencetuskan perubahan. Tidak kira untuk dirinya, atau kepada masyarakat di sekelilingnya.

Disebabkan ego yang wujud dalam diri, walau diri adalah lingkungan orang yang bersalah dan dikesalkan, sanggup mencanang cara yang tersendiri yang kononnya bukan kejadian itu wujud oleh ehwal dirinya. Kesilapan dan kekurangan dirinya tidak sesekali ingin diperakui, malahan mencari jalan untuk melindungi diri.

Ketinggian martabat seseorang tidak pernah melambangkan kemuliaan peribadi acuan Allah pada diri seseorang. Tersebut dalam pesanan Rasulullah s.a.w sendiri, Allah s.w.t lebih menyayangi seorang yang kaya tetapi rendah diri dari seorang yang miskin tetapi selalu bermurah hati. Hal ini kerana, semakin tinggi ilmu, pangkat, mahupun hartanya, makin sukar dia ingin berpijak pada tanah, semakin kabur matanya untuk merendah diri walau hanya untuk teman di sebelah.

Sukar dan sulit. Kerana kesukaran dan keberatan itu Allah Azza wa Jalla sangat memerhati dan menyayangi siapa yang sanggup berada dan menerima keadaan tersebut.

Mengapa tidak mahu menjadi hamba yang disayangi Ilahi? Buangkan sahaja pandangan yang mewah pada darjat duniawi, rendah hati dan bermurah diri, sekiranya ingin meraih kebahagiaan yang tidak berbelah bagi.

(Mungkin orang alim itu lebih baik dari ini kerana sedar akan kekurangan yang ada dan ingin mengkoreksi akan kelemahannya.)

-baru pulang dari kampung. Ucap selamat dan nasihat untuk adik yang bijak itu melanjutkan pelajaran ke MRSM.

-semoga selalu tersenyum dan ceria ya 🙂 Jaga kesihatan sentiasa 🙂

One response

  1. […] Sumber cerita Like this:LikeBe the first to like this post. […]

Tinggalkan komen