Ujian apakah ini?

Sekarang ini bulan Ramadhan. Bulan kerahmatan dan keberkatan kepada sekalian ummat Islam.

Tetapi,

Hati ini tak mencapai kemuncak ketenangan. Sering kali minda dan hati ini berputar pada suatu perkara yang sama, pada peribadi yang sama.

Daku tahu, ini kehendak Allah. Kerana dulu daku bukan macam ini. Daku tak pernah kenal dan tahu akan nilai dan mata pada hati.

Tetapi, Allah berkehendak kepadaku untuk mengenalinya. Allah berkehendak pada mata hati itu terbuka, dan melihat pada suatu yang tak wujud pada pandangan mata.

Tetapi, perkara ini sangat sukar nak katakan kepastian. Kenapa? Kerana bukannya terpampang di depan mata zahir ini, tetapi terasa dan terbayang di mata batin.

Dan,

Mungkin banyak kali tersasar kerana nafsu menguasai diri ini.

 

 

Ya, kini daku telah berubah. Berubah dari fikir untuk duniawi, kepada fikir untuk ukhrawi. Kerja untuk diri sendiri, kerja untuk bersama-sama dan demi ummat. Mencari keredhaan manusia kepada mencari keredhaan Allah s.w.t.

Kini, daku tidak lagi berjalan seperti dulu. Masa dan peribadiku terdahulu telah dikikis satu persatu demi kehendak Allah dan RasulNya. Hal ini menjadikan pandangan dan keinginanku pada setiap urusan dunia dan akhirat terlalu kritis dan bertanggungjawab.

 

Oleh itu, jika diperhatikan pada perbezaan peribadi dan pemikiranku kini, secara logiknya tidak mungkin daku masih lagi fikir perkara yang bukan-bukan. Tentu sahaja hati, minda dan gerak kerjaku berputar pada perkara yang lebih tinggi maksud dan tujuan, serta jelas untuk mencapai matlamatnya.

Tetapi, ada satu perkara yang lain, lain pula gaya fikir dan pandanganku ke arahnya. Hati ini berputar pada perkara yang berbeza, dan perasaan ini daku tak boleh kawalnya.

 

Daku cuba juga.. banyak kali… untuk tidak fikir dan melihat ke arahnya….

tetapi tak boleh…

 

Sudah lebih tiga tahun daku tidak menemui atau bersapa dengan peribadi ini. Tiada secara jelas melihat dan benar-benar pandang pada diri ini.

Tetapi, mengapa rasa dan penglihatan di hati ini membuatkan daku seperti selalu bersua dan bersapa? ….. Terlalu susah nak berikan jawapan. Tiada bukti nak katakan kebenaran.

Tambahan lagi, ini bulan kerahmatan dan keberkatan. Tak mungkin nak fikir pada perkara yang pelik dan berlebih-lebih lagi.

 

Apa yang boleh daku lakukan? Daku hanya boleh merancang pada perkara yang zahir, bukan perkara yang batin.

Allah menguasai diriku, Dia juga menguasai batinku.

Daku merancang yang terbaik untuk diri dan masa depanku. Tetapi, Allah yang terbaik dan sempurna, juga merancang dan menentukan sesuatu yang daku tidak tahu.

 

Daku masih tak dapat kepastian mengapa jadi begini. Ada perasaan dan pemikiran ini.

 

Mungkin Allah ingin mengujiku. Apakah aku tahan dan sabar dengan penampakan yang tiada siapa tahu benar atau tidak akannya.

 

…….Apa-apapun yang berlaku, daku anggap ini merupakan sebahagian lain ujian Allah kepadaku. Daku tiada bukti nak nyatakan kebenaran berpihak kepadaku. Daku tiada kuasa mengubah sesuatu yang telah berlaku.

Kepada Allah daku berserah diri. Engkau lebih mengetahui akan setiap juzuk ujian yang Engkau ciptakan pada diri ini.

Tinggalkan komen