Tag Archives: kehendak Allah

Daie: hari ini, esok dan selamanya

 

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, ada sedikit kesempatan pada hari ini untuk terus menulis. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada sifat istiqamah nak terus melakukan.

Sifat istiqamah ituagama lah yang sebaik-baiknya dalam setiap amalan agama. Amalan bukannnya perlu bertimbun dan bergunung-gunung, tetapi perlukan istiqamah sama ada sedikit atau banyak sesuatu amalan yang dilakukan.

Continue reading →

Perubahan? Taufik Allah!

Masa kini bergerak terlalu pantas. Dalam beberapa minit sahaja berlalu, tetapi kerja dulu masih tidak dapat diselesaikan lagi.

Bagaimana daku dapat mengenal perubahan masa? Adakah daku terlalu sibuk sehingga sentiasa menganggap tinggi nilai dan kepentingan masa?

Continue reading →

Perancangan yang berterusan

Hari ini daku berbicara akan perkara ini lagi.

Hal ini kerana bagiku, perkara yang akan cuba daku lakukan ini terlalu besar impaknya kepada diriku sendiri dan kepada orang lain yang bersama-sama denganku. Jadi, hendak atau tidak, perkara ini perlu terus dilakukan sehingga nampak buah hasil atau pencapaian bakal diterima.

Ia saling berkaitan. Bukannya satu perkara yang asing-asing. Maksudnya, tiga perkara dilakukan dalam satu masa. Perkara pertama selesai, sambung perkara kedua. Pertama kedua selesai, bersambung ketiga dan seterusnya.

Continue reading →

Monolog suatu tugasan yang berterusan

Alhamdulillah…. Segala puji bagi Allah dengan limpahan rahmat dan petunjukNya telah memberikan daku kekuatan dan kemampuan untuk menyiapkan satu tugasan berkenaan pembelajaranku.

Dengan siapnya first draft untuk tesis ini, maka bermula episod kedua setelah mengumpul karya, analisis dan menyatakan pandangan di dalam tesis tersebut. Episod kedua ialah pembetangan, pembetulan dan kemukakan semula akan tesis yang sama-sama telah diselidiki.

Moga Allah s.w.t memudahkan akan urusan yang kaan berlaku selepas ini. Moga Allah sentiasa memberikan petunjuk, kemampuan, kemudahan dan keupayaan untuk melakukan perkara ini.

Terima kasih juga kepada sekalian teman, sahabat, dan sesiapa yang mendoakan untukku. Moga Allah s.w.t menyediakan kepada kalian ganjaran yang banyak, seterusnya juga memudahkan untuk kalian akan segala urusan kehidupan ini, baik untuk di dunia atau di akhirat nanti.

Terima kasih sekali lagi.

Continue reading →

Ujian besar dalam dakwah.

Daku tak tahu sama ada orang lain mengalami perkara yang sama atau tidak. Tetapi bagiku sendiri,

Nak benar-benar mendakap perkara akhirat dan keyakinan pada Allah, adalah perkara yang terlalu sulit dan payah.

Masakan tidak. Orang lain hidup dan sentiasa senang-senang dapat itu ini begitu begini, kita susah-susah tahan diri dari melibatkan perbuatan dan bersenang-senang seperti mereka. Bukannya tidak mahu, bukan lagnsung tak ada keinginan, tetapi selalu terbayang kurniaan dan bimbingan Allah serta gambaran nikmat dan kemuliaan di akhirat sekiranya menahan ini semua, sekadar kemampuan yang ada.

Continue reading →

Suatu Penilaian.

Hhmm….

Nampaknya telah lama tidak menulis di sini. Saja menyepi kerana menilai sesuatu.

 

Sesuatu yang berlaku kepada diri sendiri. Mana yang terbaik dan apakah yang perlu daku lakukan.

  Continue reading →

Allah Sebagai Pembimbingku

Adakah pelik apabila manusia berkata, “Allah yang akan tarbiyah (didik/bimbing) dia?”

Mula-mula daku sendiri pun rasa pelik apabila berkata, “Allah yang akan tarbiyah aku.”

Macam tak percaya. Macam merepek saja.

Continue reading →